Jodoh dan Wanita

Assalamualaikum.. Salam ramadhan untuk semua umat islam, sebenarnya saya ni tak pandai sangat nak menulis, tetapi ada sesuatu nak dikongsi dengan pembaca2 semua.

Mohon maaf sekiranya ada kesalahan penggunaan ayat atau perkataan. (Mohon dibaca dengan tenang dan lapang dada)

Ok sebelum tu, saya kenalkan diri saya, boleh panggil saya Kaklong umur 27, belum berkahwin.

Confession ni untuk wanita dan yang senasib dengan saya, umur dah merangkak ke-30 dan masih belum ditakdirkan berkahwin dan ada zuriat sendiri.

Memandangkan ada confession sebelum ni ada yang cerita tentang kata2 orang sekeliling kepada geng2 single ni terutama perempuan la “perempuan ada expired la” “Jangan memilih sangat la”. Kata2 macam ni dah sebati la kiranya.

Jadi, cadangan saya untuk saya sendiri dan kita semua,

“Cuba kita latih untuk tidak mudah tersentap dengan soalan atau kata2 sebegitu, sebaiknya kita cuba balas, “Sedang diusahakan makcik, pakcik doakan saya ye”

In shaa Allah bila kita selalu jawab macam ni, orang sekeliling akan faham kita tak berminat nak bincang perkara ni.

“Yang dah kahwin pun, elakkan pandang rendah pada yang bujang, Yang dah ada anak kurangkan bertanya atau sentuh soal anak depan yang belum ada rezeki, Sama2 kita fikir sebelum menggunakan nikmat lidah yang dikurniakan Allah”

Niat dan tujuan kita semua sama kan, iaitu NAK CARI REDHA ALLAH, Jadi ingat apa jua keadaan kita hari ni kalau Allah redha dengan itu maka kita syukur,

Yang kahwin dapat pahala buat baik pada suami, yang ada zuriat dapat pahala jaga anak, yang bujang dapat pahala berbakti pada ibubapa, kan semua tu nak dapat redha Allah kan..

Jadi tak ada masalah keadaan kita sekarang ni, buat yang terbaik dengan amanah kita hari ni. Belajar bersyukur apa yang ada depan mata kita.

Jadi ada beberapa tips dan cadangf an la yang saya amalkan untuk kita semua sibuk baiki diri masing2 bukan sibuk hal orang lain.

Pertama, Buang jauh2 hasad dengki, jeles dengan kelebihan dan nikmat yang orang lain dapat,

Cuba tulis dan kira nikmat yang kita dapat setiap hari, dapat membuang air pun dah nikmat sangat dah (cuba kalau seminggu tak buang, kehospital jawabnye kan) tak ternilai banyaknye kan.

Kedua, Perbaiki diri kita dari segi fizikal contohnya nak dapatkan berat ideal ke, nak lebih bergaya ke (tapi aurat masih terjaga) dll.

Ketiga, Perbaiki diri dari segi rohani dan ilmu sebagai contoh nak latih diri bertambah sabar, dan tidak mudah melenting,

(Boleh jadi kita belum berjodoh, belum ada zuriat adalah sebab kita belum cukup sabar nak hadapi cabaran ni), nak baiki cara berkomunikasi dengan orang ke (lebih beradab, tersusun, yakin, jaga hati orang),

Nak sempurnakan tutup aurat ke (mulakan pakai stoking dulu mungkin, sebab kaki kita kan aurat, kemudian labuhkan tudung, tak perlu drastik) nanti boleh senaraikan lagi ye mengikut kesesuaian diri kita la.

Keempat, Tambah ilmu pengetahuan. Dari kita sibuk ambil tahu hal orang lain, atau bersedih sebab jodoh belum datang, mungkin kita boleh sibukkan diri dengan topup ilmu agama (fiqh wanita, hukum hakam, tauhid, kalau rajin baca sirah sekali) hehe.

Topup ilmu tentang rumah tangga dan ilmu relationship (ilmu ni saya rasa sangat penting bukan hubungan kita dengan pasangan atau suami je, hubungan kita dengan orang sekeliling juga supaya kita ni tak mudah salah faham dengan orang, orang pun senang hati dengan kita).

Kelima, Stabilkan kewangan kita, yang ini saya rasa semua wanita bujang tahu dan sangat titik beratkan hal kewangan. Wujudkan simpanan kecemasan sebab kalau berlaku kecemasan kita yang kena bantu diri kita kan.

Dan walaupun belum ada calon lagi, dah boleh mula wujudkan tabung kahwin (tak perlu banyak pun) asal ada, Kalau tiba2 duit dah banyak nanti jodoh belum sampai, boleh belanja mak ayah pergi haji ke umrah kan..

Keenam, Tingkatkan kemahiran diri, Contoh nya Nak belajar masak, Nak belajar menjahit ke, Nak belajar mengaji ke.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita boleh buat untuk hargai diri kita. Tapi saya share sikit2 saja la. Saya pun masih dalam proses nak ubah diri belum capai 30% pun lagi, masih merangkak dan baru sedar diri ni belum sempurna.

Bila kita buat semua ni kita akan rasa diri kita ni sangat berharga, kita akan rasa ada orang sayang kita iaitu diri kita sendiri.

Kita pun tak tahu kita ni berjodoh dengan perkahwinan dulu ke, kematian dulu ke, jangan risau, kalau kita prepare diri kita dengan baik dari semua aspek, tanpa sedar kita dah ready untuk terima jodoh dan terima kematian.

Kalau ada yang kata nak kena lengkap semua perkara kat atas ni, baru kahwin, lambat lagi la kahwin. Tidak semestinya, ini untuk pengisian diri sepanjang perjalanan mencari jodoh, supaya perjalanan kita tak kosong.

Terpulang kepada diri masing2 ini hanyalah pendapat dan cadangan saya dan fleksibel untuk diamalkan bagi yang bujang, isteri2, ibu2.

Sekiranya pembaca2 ada cadangan dan nasihat boleh la sambung diruang komen. Saya amat hargai kepada yang boleh berkongsi untuk topup mana yang kurang kat sini.

Akhir kalam, Saya doakan Wanita yang bujang, Berkahwin, belum ada zuriat, pernah berkahwin, terus sabar dan tabah dengan ujian yang Allah susun untuk kita hari ni, jangan pernah putus asa walau penat mana pun.

Wanita memang kene kuat dan baik akhlaknya sebab madrasah atau sekolah pertama anak2 adalah ibu. Kalau ibu baik akhlaknya maka generasi yang lahir akan hebat membela agama diakhir zaman ni.

Agama islam ni sangat indah, Allah larang hambanya putus asa walaupun kita dalam keadaan nazak sekalipun sebab kalau kita putus asa waktu tu syaitan akan berjaya ajak kita mati dalam kekufuran.

Jadi kejayaan yang sebenar bukan yang kita nampak hari ni, tapi kejayaan yang sebenar bila kita mati dengan kalimah syahadah.

Jadi, “Jangan putus asa hingga kalimah akhir kita Lailaahaillallah”.

Sekali lagi, mohon maaf andai ada kesilapan kata2 dan penggunaan ayat, harap mudah untuk dibaca dan difahami sebab bagi saya agak susah untuk memelayukan dialek kelantan. Selamat menjalani ibadah puasa.

Terima kasih yang sudi meluangkan masa untuk baca tulisan saya.

Ikhlas dari,

– Kaklong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *