Jodoh Fast & Furious

Pertama sekali aku kenalkan diri dulu. Mulan, perempuan awal 30 an. Personality aku ni masa kerja serius and garang sebab kerja serius tapi suka juga loyar buruk dengan kwn2. Kerja gomen p&p. Stabil boleh dikatakan.

Sekarang menetap bersama dengan keluarga. Tak pernah ada serius relationship. Single pro max. Rupa orang cakap cantik (orang la cakap) cuma bmi underweight cekeding la orang kata. Sebelum ni pernah mencuba online dating. Semua platform lah pernah cuba tapi tak ada juga rezeki.

Last situationship aku yang tamatkan awal tahun ni sebab si lelaki takut nak proceed disebabkan age gap (dia lebih muda). Tapi aku rasa dia pun tak ready.

Aku ni boleh dikatakan awet muda tak nampak macam dah 30an (macam baru habis spm). Cuma tenaga tu dah 30an laa haha cepat penat ehh dah masuk 30an ni mencikk.

Sekarang dah pun delete semua account online dating apps dan redha. Mungkin aku ni ditakdirkan untuk menjaga parents yang dah pun berpencen ni walaupun rasa macam parents yang jaga aku hahahaa.

Satu hari, tiba-tiba adik lelaki cakap dia nak kenalkan dengan kawan dia. Aku berseloroh laa kawan mana pulak. Tak sangka dia betul-betul serius eh kenalkan.

Aku perkenalkan nama dia Nick (nama samaran). Muda dua tahun dari aku. Kami ni berjiran je selang beberapa rumah. Tapi dari kecik tak pernah pun rapat. Parents kenal sesama parents tapi tak rapat sangat lah. Hari-hari kalau nak pergi kerja memang lalu lah rumah dia ni. Pernah je dengar nama dia dari adik aku sebelum ni.

Nick ni kerja dekat KL. Nature kerja jurutera jadi selalu lah jugak merantau mengikut projek. Orangnya matang. Serius. Anak imam. Kulit putih melepak. Jarang makes joke.

Nick kata tahun ni dia ada nampak aku dua kali. Sekali masa sembahyang raya dekat surau (tak sia2 kita makeup onz ke surau di pagi raya). Sekali lagi masa kenduri pakcik aku untuk pergi haji baru-baru ni. Nick ni pun tengah serius mencari dan nak kawen. Dia pun setuju je adik aku nak kenalkan kami. Jadi kami pun berkenalan.

Nick ni boleh dikatakan fast and furious juga dalam berkenalan. Istilah lament, tak rilek juga laa speed dia ni. memang 100 soalan2 yang taaruf tu semua dia tanya. Cumanya aku rasa dalam masa tiga hari terus tanya semua soalan ni aku rasa macam terkejut.

Selalunya kalau berkenalan dengan lelaki kan ada perasaan happy excited butterfly kann. Tapi entah kenapa aku tak rasa macam tu.. sebab cemas dengan soalan2 yang ditanya kot eh, macam planning anak, career, kahwin, semua dalam dua hari.

Mungkin aku ni dah terlalu selesa hidup bujang idk? Pastuu tau jadi apa? Aku terus loya muntah2 hahaha lemahhh laa. Terus tak selera makan nokkk. Adehhh.

Selepas selesai semua soalan yang dia nak tanya. Aku pun tanya apa pendapat dia tentang aku. Dia kata on paper okay. Wahh macam exam ye kau ni. Hahaaa.

Selepas selesai bahagian dia, aku boleh buat kesimpulan dia ni nak kawen sebab sunyi. Bujang sorang2 dekat kl. Kerja tough jadi nak wife yang supportive dan memahami. Dan dia nak a housewife kalau boleh. A traditional stay at home wife.

Dia plan nak kawen hujung tahun. And anak nak at least tiga. Aku ni shock hahh kawenn? Betul kee ni aku ni nak kawen? Dalam planner tahun ni aku cuma plan nak travel je hahaha.

Aku pun mula counter balik dia. Dalam loya2 mual ni kan. Sampai mc aku tau. Dia expect aku akan berhenti kerja kalau anak dah dua tiga. Aku cakap aku ni memang akan terus bekerja and no plan to quit. Yelah aku ni dah kerja gomen kot ada pencen ruginya quit. Dia kata okay.

Aku lupa pulak nak tanya pasal nafkah kan kalau quit boleh ke bagi aku ikut gaji bulanan aku sekarang? Hahaa. Dia counter am i open for kids? Yes aku memang nak kids. But tiga? Nope two is enough kalau ada rezeki.. sebabnya aku tak nak pregnant umur 35 ke atas banyak risiko.

Lepastu aku concern cara dia handle stress and konflik. Aku tanya dia buat apa kalau dia marah. Dia cakap dia akan keluar. Aku raised an eyebrow sekejap. Jadi setiap kali gaduh akan keluar rumah ke? And dia cakap dia tak boleh pendam marah tu sebab dia akan snap.

Kat sini aku dah rasa takut. Boleh nampak dia belum boleh handle kemarahan dengan baik. Aku terus terang benda ni penting untuk aku. Aku tak nak lelaki yang baran. sebab aku ni boleh dikatakan degil juga. Hahahaa.

Also dia ni suka hiking and memancing. Aku bagitau dia aku memang tak suka hiking jadi dia agak frust juga mungkin mencari member hiking bersama. Tu pun dah lain dah aku rasa energy tak match pulak.

Nak dijadikan cerita. Kami keluar hujung minggu tu juga. Aku setuju sebab aku nak tengok orangnya macam mana. Kiranya semua proses ni tak sampai seminggu. Parents aku izinkan aku keluar dengan dia. First time keluar dengan lelaki berdua.. Memang fast and furious sampai date tu pun fast and furious hahaa. Macam eh tau2 habis date?

Dia bawak aku makan kafe. Kitaoanrg jalan2 sekejap naik kereta lepastu balikk. Perwatakan dia boleh dikatakan soft spoken. Tenang.

Cumanya lepas jumpa, aku takde pape perasaan- neutral je macam tu. Takde sparkss orang kata. Tak jugak tak suka tak jugak suka. Aku tangkap gambar dia tapi dia tak tangkap pun gambar aku. Ceh dia ni. Tak romantik langsung.

Disebabkan pace kitaorang yang tak sama ni, aku jadi macam frust. Sebab dia nak cepat. Aku pulak nak take my time knowing people. Walaupun orang cakap umur dah terlajak kan. Maybe aku ni hopeless romantic kot.

Aku nak dia nak kawen dengan aku sebab dia sukakan aku. Bukan sebab dia sunyi and aku by chance ada depan mata dia. Bagi dia ada istilah bercinta lepas kawen tu. Aku pulak anti istilah tu. Dah laa tak pandai melawak adehh cmne nii walaupun ni masalah kecik je.

Both parents kitaorang tau pasal perkenalan kami ni. Takde masuk campur pun sebab baru awal perkenalan kan. Cumanya dalam masa seminggu ni semuanya berlaku terlalu cepat. Bila meluah ke kawan, kawan aku cakap macam baca novel kisah kau ni.

Aku buntu. Aku plan nak terus terang untuk bagi aku masa berfikir. Tapi yelah berapa lama aku perlukan kan. Ada juga yang nasihat kenal je dulu nanti mana tau lama2 suka. Hahahaa aku pening sekarang ni. Loya aku belum hilang lagi ni.

Sekian..

Yang panik,

– Mulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *