Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-4/).
Assalamualaikum… tujuan aku menulis bahagian ke 2 confession ni adalah untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang aku baca di ruangan komen confession pertama. Sebelum tu, aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas nasihat dan pendapat yang diberi. Really appreciate that.
Okey, menjawab pertanyaan sama ada rupa aku buruk ke, aku bersaiz XXL ke, seperti yang aku maklumkan sebelum ni, aku boleh dikategorikan dalam golongan yang ada rupa. Tapi untuk cakap aku cantik tu macam melampau lah pulak.
Beauty is subjective. Dan aku kecil molek je orangnya. Tinggi 157 cm dan berat aku cuma 46 kg. Cuma aku macam tak suka la baca yang komen kaitkan hodoh tu dengan saiz XXXL. Gemuk tak semestinya hodoh. Tak baik hina orang.
Tapi, untuk makluman semua, disebabkan rejection yang berterusan lepas jumpa aku. Aku memang selalu rasa aku hodoh. Memang rendah diri melampau. Tapi aku bukannya takde orang nak.
Cuma masalah aku, kalau ada orang nak, selagi aku tak jatuh hati kat orang tu, hubungan akan okey. Bila start je aku jatuh hati, lelaki tu akan serta merta berubah. Maksudnya aku tak boleh start sayang orang.
Dan aku harap tak ada yang mengata aku memilih rupa atau pangkat. Walaupun aku doktor, bekas boyfriend aku masa aku tengah belajar dulu just kerja dekat kedai makan. Masa tu aku kat universiti. Aku sayang gila-gila. Tapi penyudahnya sama jugak.
Dan untuk makluman bekas-bekas boyfriend aku semua masa nak clash, memang jenis nekad betul-betul yang memang aku merayu macam mana pun dia tak akan ada secebis rasa simpati pun. Yang memang clash je dia buat macam aku ni dah mati je.
Aku memang pelik, tapi aku tak tahu la nak cakap. Dan untuk makluman, memang dari aku sekolah menengah aku selalu sangat kena tindih. Pernah masa aku dekat universiti. Aku tidur dalam bilik aku kena tindih, then aku bangun pergi tidur bilik kawan aku. Tapi kena lagi.
Sejak aku dewasa ni dah kurang. Cuma aku tak boleh terlelap langsung waktu siang. Tak kisah la pukul berapa asalkan siang. Mesti aku bangun menggigil terus sakit kepala.
Dan aku akan cuba la berubat dengan mana-mana ustaz. Aku harap, aku dah tak diuji dengan perasaan patah hati ditinggalkan tanpa sebab lagi…
Doakan aku dipermudahkan segala urusan. Terima kasih.
– Amanda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit