Assalamualaikum, gadis xoxo ;) (https://iiumc.com/jodoh-yang-mengelirukan/). Semoga saudari baik2 sahaja, teruskan berdoa dan mintalah perlindungan Allah. Saya terpanggil untuk respon sebab situasi kita hampir sama.
Saya pun tak rasa saya cantik, mungkin tak sedap pun di pandang mata. Tak pandai bermakeup berfashion, lebih selesa berbaju kurung, maxi dress atau skirt labuh. Saya pun sekolah harian biasa sahaja.
Cuma di zaman sekolah tak kronik sangat sebab saya garang dan tak melayan lelaki. Itupun saya tahu selepas habis sekolah, kawan si lelaki tu yg jadi orang tengah. Lepas tahu, saya terus berhenti berhubung dgn lelaki tersebut sebab saya betul2 tak bersedia dan tak mahu bagi harapan. Zaman tu pun berhubung guna yahoo messenger, friendster macam tu. Mana ada texting, call semua ni.
Memang bukan jenis saya untuk di’book’ atau couple. Ibu abah dah pesan daripada kecil dan itu yang saya pegang. Focus belajar dahulu. The right thing will come at the right time. Saya pun selalu berdoa supaya di jauhkan daripada gangguan seperti ini, di jauhkan daripada menjadi fitnah dunia.
Bila sudah menginjak dewasa, saya lebih berhati2 untuk berhubung dengan lelaki. Kalau tak ada urusan penting, maka tak adalah. Tapi benarlah, Allah akan uji kita dengan sesuatu yang kita rasa susah.
Selepas satu, satu yang menghubungi. Ada yang pernah jumpa sekali sahaja, kawan kepada kawan. Ada yang kenalan di universiti, ada rakan di matrikulasi, ada rakan sekelas, ada kawan yg buat program bersama, ada rakan maya sahaja. Semua yang saya rasakan, tak betul kenal pun siapa saya dan saya pun tak kenal sangat mereka. Personaliti mereka pun berbeza-beza. Yang jenis nampak alim warak sampailah jenis rugged bertepuk tampar berlainan jantina. Maaf, bukan niat saya untuk judge manusia. Mereka kawan saya yg saya hormati sama rata. Yang alim luaran belum tentu hebat mengawal hati, yang rugged luaran belum tentu tiada jiwa yang suci. Saya cuma nak gambarkan background dan personality mereka berbeza, saya pun tak tahu apa yg menarik pada saya bagi golongan mereka.
Saya cuba memujuk diri, mungkin ini sementara sahaja, nanti mereka berhentilah memburu, this is just a fling. tapi.. semua pun bersungguh nak buktikan mereka serious. ada yang ajak bernikah gantung meski kami baru berumur 19 tahun. ada yang meminta ustaz menjadi orang tengah menyampaikan hajat. ada yang meminta ibunya menghubungi saya. ada yang meminta saya tarikh untuk meminang. macam2 cara ada. dan semua ini saya hadapi sendiri sambil menangis di tikar sejadah. saya malu nak berkongsi dengan kawan kerana tidak pandai menjaga diri sehingga ‘di lihat’ oleh ramai lelaki. saya juga di kelilingi kawan wanita yang selalu berkongsi kerungsingan perihal jodoh, kenapa tak ada orang yang suka kan mereka, ada juga yg menyatakan sedikit cemburu kepada gadis yang di minati ramai. macam mana saya nak berkongsi pada mereka hal seperti ini?
Satu hari, saya beranikan diri menghubungi ibu. menggigil tangan pegang telefon. saya bagitahu semua kerisauan saya dan kesungguhan saya ke sini untuk belajar tetapi perkara begini pula berlaku. rupanya ibu sangat cool dan tenang. biasalah, usia sebegini memang ramai sedang mencari. ibu pesan supaya jaga diri dan jangan berkasar dengan sesiapa. bimbang ada yg rasa dendam dan tercabar. ibu juga pesan untuk tidak melayan dan memberi harapan. biasalah lelaki, suatu masa nanti bila dia jumpa yg lain dan berkenan di hati, dia akan terbang ke sana pula. just focus on things that you should do right now, don’t get yourself troubled and distracted.
Saya ikut pesanan ibu. saya menjauhkan diri secara baik. saya focus dalam pelajaran untuk graduate on time. Alhamdulillah, Allah permudahkan meski ada tepisan2 yg perlu saya lawan. bila saya mula bekerja, ibu bagi ‘greenlight’ untuk saya berkawan secara serious. saya lebih terbuka kali ini tapi sangat berhati2. saya tak mahu berkahwin semata2 kerana sudah stable atau kerana ramai kawan yg berkahwin. Im not letting peers’ pressure affect my decision-making.
Bila ada yg bertanya, saya beri tempoh 2-3bulan untuk berkenalan ringkas, bertanya perihal latar belakang, expectation in marriage, his mission and vision in life, etc. benda2 besar yg saya kira perlu sebelum betul2 setuju untuk mengikat akad. masa ini saya berpesan kepada diri saya dan calon untuk berfikiran rasional dan jangan biarkan emosi mempengaruhi keputusan. kalau ada jodoh, adalah. kalau tidak, kita teruskan berkawan biasa. kadang boleh jadi sebab kesian, jadi kita rasa sukar untuk menolak. jangan. mungkin sebab masing2 sudah matang, walaupun terpaksa menolak beberapa calon masa ini, kami tidaklah sampai bermusuh.
Masa berlalu dan sekarang saya sudah pun berumahtangga dengan seseorang yg saya kenal peribadinya hampir 10 tahun sebagai kawan tetapi langsung tak penah terjatuh hati. Rupanya suami pun berprinsip serupa saya, tak pernah bercinta, focus pada pelajaran dahulu, bina diri dan kerjaya baru fikirkan hal berumahtangga. Perkenalan serious kami hanya 2 bulan sebelum saya istikharah dan yakin that he is the one.
Alhamdulillah Allah pertemukan kami pada waktu yg tepat, waktu yg masing2 saya kira cukup matang dan bersedia. Tiada rajuk besar dalam hubungan, tiada malam tanpa mohon maaf dan ucapan sayang. Kami yakin keutuhan sesebuah keluarga bergantung kepada hubungan dengan Tuhan dan komunikasi sesama pasangan. Kami juga tahu, perkahwinan tak selamanya sweet tanpa ujian. Sesekali akan ada badai yg menguji hubungan. Doakan kami dan anak2 sentiasa di dalam rahmat Tuhan. Dan buat cik xoxo dan semua gadis juga, di pertemukan dengan yg terbaik. The right man will come at the right time.
– Aisy Annuri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit