Jodoh Itu Rahsia Allah

Assalamualaikum, Hi semua membaca tegar iiumc.. Perkenalkan aku Cik Bunga. Seperti tajuk diatas, soal jodoh? Again jodoh lagi?? Cliche kan..

Sorry kalau korang rasa pengisian ini tidak bagus, sekadar meluahkan rasa sebab aku tak mampu nak cerita rasa dihati pada sesiapa kecuali pada ilahi. Umurku 24 tahun masih single, seorang gadis utara yang masih menunggu sesuatu yang tak pasti..

Kisah Jodoh belum tiba, tetap lah jodoh itu menjadi rahsia Allah paling indah, wallahi… Aku tidak tahu, hanya mampu berteka-teki dan mimpi siapa gerangan pasangan hidupku dunia akhirat nanti?

Banyak nama, banyak rasa aku lalui dan patah hati berkali2. Sungguh hati ini sedih, hati ini resah Ya Rabb.. Hati ini dambakan rasa ini, rasa yang hanya aku merasai betapa aku ingin dikasihi bukan dari sang lelaki tapi dari yang bergelar suami.

Pada tika, umurku sebegini, ramai rakan-rakan sudah punyai kehidupan sendiri, ramai sedang berlumba2 membina masjid dengan redha ilahi… Aku ?? masih ternanti-nanti, masih mencari-cari, masih menagih simpati…

Sedih? YA AKU SEDIH, tapi apakah aku tidak bahagia? TIDAK sama sekali! Bahagia itu perlu dicari, bahagia aku? banyak nikmat aku merasai terlalu banyak yang perlu disyukuri, jangan terlalu focus pada diri, hargai setiap orang yang ada disisi, kerana masa tidak akan pernah kembali…

Syukurku ke hadrat ilahi diberi keluarga yang sempurna dimata dan kekal di hati. Bahagiaku pada keluarga ini, bahagiaku pada kedua ibu bapaku, bahagiaku pada adik-beradikku, bahagiaku pada pekerjaanku, bahagiaku pada nikmat sihat Allah kurniakan, bahagiaku pada segala nikmat yang aku rasai…

Alhamdulillah syukur Ya Rabb.

Tidak pandai menipu diri sendiri, tidak mampu sembunyikan perasaan hati, kadang aku menangis sendiri persoalkan setiap yang terjadi, apakah aku tidak layak dihargai seorang lelaki? Apakah aku tidak layak dicintai??

Penattttt.. Lelahhhh…. Memikirkan soal hati, tetapi aku sama sekali tidak pernah berhenti….

Doaku setiap hari, dikurniakan suami yang terbaik dari sisi Ilahi yang mampu membimbingku ke Syurga Firdausi. Pohonku merintih dalam setiap sujud, semoga Allah kabuli.

Bersangka baik pada Allah, bukan pilihan.. itu kemestiaan, yakin Allah sedang merencana sesuatu yang indah yang tak terjangka yang tak mampu ditafsir dek akal cetek manusia.

Allah itu maha baik, Allah itu maha mengetahui, tidak ada keterbatasan bagi Allah. Berserah, berdoa, usaha dan tawakal jalan terbaik untuk kita semua.

Moga Allah jaga setiap tingkah laku ini, moga Allah jaga hati ini bagi yang selayaknya untuk dimiliki. Akan tiba masanya merasai kebahagiaan ini saat didunia ataupun diakhirat sana ianya tetap masih menjadi teka-teki sendiri.

Readers yang dikasihi doakan aku bertemu yang selayaknya yang bersama2 mencari redha ilahi, aku juga mendoakan kalian sentiasa dirahmati dan dikurniakan kebaikan dan nikmat setiap sudut dan sisi.

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *