Jodoh Itu Rezeki

Salam admin. Kalau confession saya ni, approve, sy sgt berbesar hati. Rahsiakan identiti ya. Tq.

Saya berumur 38 tahun, anak ke lima dari sembilan beradik. Setelah beberapa tahun bekerja di Kuala Lumpur dengan kerjaya yang agak bagus dengan sebuah syarikat multinational, I have decided to make a step back. Berhenti kerja dan balik meringankan beban ibu. Satu keputusan yang berat disaat kerjaya sedang berada dikemuncak dan offer untuk upgrade pangkat datang.

Diusia ini, saya masih sendiri. Remain unmarried til this age, for me is normal. Ramai lagi wanita diluar sana bernasib seperti saya. Yang lebih malang lagi ada yang sebatang kara, sudah tidak mempunyai keluarga. At least saya masih mempunyai mak abah dan adik beradik yang menyayangi.

Bila stay di KL, tak ada yang kesah pun hal status saya ni. Malah memang ramai wanita bekerjaya diluar sana yang memilih untuk hidup sendiri. Termasuk kawan-kawan rapat saya. Saya bebas bergerak ke mana-mana, bergaul dengan sesiapa yang saya suka selagi masih dilandasan yang betul.

Tapi bila balik menetap dikampung, hal ini menjadi rumit. Payah bebenor. Hal saya yang masih single atau yang sesetengah mereka sebut andartu ni, menjadi buah mulut. Setiap hari ada saja yang bertanya;

‘Bila lagi nak menamatkan zaman solo?’.
‘Tak nak kawen sampai bila-bila ke?’.
‘Tak nak ke ada family sendiri?’.
‘Tak sunyi ke hidup sorang?’.
‘Dah dekat 40 ni. Lagi lama, lagi orang tak nak’.
‘Dah tua kerepot baru nak kawen, susah nak beranak nanti’.
‘Memilih sangat ni. Haa macam gini lah jadinya’.

Sentap mak noks. Bukan saya tak nak kawin. Nakkkk. Nak sangat. Sape tak nak, berteman, ada yang sayang, ada yang ambik berat, ada tempat mengadu nasib, bermanja, berkongsi cerita dan ada zuriat comel pengikat kasih, tapi saya perlu berpijak dibumi nyata.

Allah belum memberi green light. Allah belum ‘berkata ya’ pada setiap doa saya. Allah ‘berkata tunggu’ untuk hajat, istikharah dan tahajud saya, jadi siapa lah saya untuk menentang takdirnya. Bukan sedikit yang menyalahkan saya kerana malas meminta, malas berdoa. Betul. Doa saya belum cukup agaknya. Saya percaya Allah masih merindui rintihan dan pengaduan saya.

Dan bukan sedikit juga yang menyalahkan saya kerana malas berusaha. Homai.. Saya cumalah seorang perempuan. Walaupun pepatah lama, bagaikan perigi mencari timba sudah tidak digunakan, namun saya masih sudi mengguna pakai nya. Sifat malu dan segan masih menguasai diri. Kesibukan melampau membantu ibu menghalang saya bersosial dan berpersatuan yang khabarnya boleh meluaskan pergaulan. Huhu.

Sebenarnya, bukan tiada mak-mak orang yang datang merisik dan bertanya khabar. Dan tidak kurang jugak yang guna pengantara @ orang tengah. Saya sudah berusaha berperilaku sopan dan mempersiapkan diri bila mereka datang bertandang. Tapi makcik pakcik ni plus dengan anak teruna mereka, bila nampak aje kelibat saya, terus cancel. Macam nampak hantu Wan Peah. Agaknya muka kawah permukaan bulan saya yang mereka seramkan. Huhu.

Ada pulak tu yang bawak mat pitt, mat ganja, mat tiga suku, nak kenen-kenen dengan saya. Mesti lah mak ayah reject. Kalau bagi dekat anak dara makcik-makcik kepochi tu pun kena tolak mentah-mentah agaknya. Silap haribulan perang badar setaun. Huhu.

Satu kes lagi, ada yang datang merisik tu kerjanya ‘tanam anggur’. Bila saya tanya, ‘pernah kerja tak sepanjang hidup 36 taun ni?’. Jawabnya simple, ‘tak’. Jadinya, jawapan saya untuk kes calon ni, simple jugak, ‘tak nak’. Orang macam ni, boleh blah lah. Kalau lah dia tu pernah kerja, tapi kena buang mungkin sebab kemelesetan ekonomi ataupun yang resign & rest sekejap sementara tunggu better offer, yes! i would think about it. Ataupun, keja tapi dengan pendapatan yang tak menentu, yes! he will be in my next list. Tapi tidak untuk orang yang menganggur, kutu rayau & kaki lepak. Mereka ni jenis yang tak tau susah payah cari duit untuk tanggung keluarga. Mungkin masih mengharap ibu bapa untuk menanggung mereka.

Tapi, jika hanya disebabkan itu, saya dilabel sebagai memilih, yes! I would admit that. Saya hanya kerja kais pagi makan pagi. Rasanya tak salah saya memilih seseorang yang mampu menanggung saya dan anak-anak esok hari. Kalaupun dia tidak mampu menanggung seorang, at least boleh sama-sama ‘mengais’.

Lelaki yang seusia saya rata-ratanya sudah berumahtangga. Sudah ramai cahaya mata pun. Jadi bila ada risikan untuk jadi yang kedua, saya reject terus. Salah saya lagi ke, bila suami puan terpikat dengan saya? Saya tidak pernah terniat untuk menjadi racun pada hubungan puan dan suami. Saya tidak pernah berbuat apa-apa untuk menarik minatnya pada saya. Allahu.. Walaupun sudah ditolak, saya tetap dituduh perampas.

Kepada masyarakat diluar sana, berhenti lah mengambil peduli. Biarlah saya dengan hal saya.

Jika ini takdir Allah untuk saya, saya redha kerana saya tahu Allah punya rencana sendiri untuk saya. Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita. Agar kita sentiasa bersangka baik. Usaha yang terbaik. Doa yang baik. Insya Allah

– Kak Ngah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit