Jodoh Ke? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-ke/).

Salam dan hai semua. Pada yang bertanya dah ada progresskah di antara kisah aku dan Ajis, LOL. Sebelum tu aku nak kongsikan sesuatu..

Setiap apa takdir yang Allah beri kepada hamba-hambaNya itulah takdir yang terbaik buat kita semua. Setiap jalan yang Dia aturkan buat kita, percayalah jalan itu yang terbaik.

Bahkan kita akan bersyukur dengan takdir Allah. Kadang-kadang hikmah tu kita takkan nampak sekarang tetapi dikemudian hari.

Ok lah berbalik kepada cerita asal, mak Ajis sangat baik. Dan hubungan maknya dan aku menjadi semakin rapat. Maklumlah Ajis dah kehilangan adiknya.

Jadi kata maknya dengan kehadiran aku terubat sedikit kerinduan pada arwah anaknya.

Begitu juga aku. Sekurangnya dapat aku menumpang kasih seorang ibu. Hanya yang kehilangan tahu erti kehilangan. We heal each other.

Ajis? Ajis masih tetap Ajis yang sama masih membisu.

Masih bagi ‘mixed signal’. Bila berhadapan buat bodoh, sangat dingin LOL, buat tak nampak.. Tetapi dari jauh berani pulak dia curi pandang anak dara orang hahaha.

Kadang-kadang the way he treat me in front of me macam benci sgt kat aku. Macam marah kat aku. Aku pun confused.

Kenapa kena marah kan. Hidup ni simple. Tak suka gentle je bagitahu tak suka..

Mak Ajis pun sampai sekarang tak pernah tanya pada aku tentang soal hati. Aku? Mari ku ceritakan hikmah disebalik semua ini…

Aku baru sahaja disahkan mengidap sejenis penyakit jarang jumpa yang kronik, yang menurut doktor perubatan tiada ubat untuk disembuhkan melainkan ubat untuk bertahan dari rapid progression..

It’s like slow death lebih kurang. Tetapi Allah kata kan semua penyakit ada ubat kecuali mati.

Bila dapat tahu je aku ada sakit ni, tipulah kalau aku tak down. Kita dah tau kan hidup kita tak lama. Amalan tak cukup-cukup. Bekalan ke akhirat tiada. Banyak benda yang kita berangan nak buat.

Dan yang paling aku bersyukur bila tiada apa-apa hubungan yang terjalin diantara aku dan Ajis.

Hikmah dari Allah. Kenapa Allah tak gerakkan dua hati ini untuk bersatu. Boleh tak bayangkan kalau sebaliknya yang jadi. Tentu keadaan akan lebih complicated.

Tentang perasaan aku, aku sentiasa berdoa agar Allah dapat istirehatkan dia daripada hati dan fikiranku.

Dah lenyap segala pengharapan untuk bersama kerana aku dah tak kan hidup lama. Waktu yang ada sebaiknya aku kumpul amalan sebanyaknya.

Jika ini juga suatu ibadah, iaitulah jihad melawan perasaan, hawa nafsu semoga kematianku suatu hari nanti termasuk didalam mati syahid.

Aku tak pernah salahkan takdir Allah. Aku tahu takdir Allah yang paling indah buat hamba-hambaNya. Cuma aku mohon diberikan ketenangan, kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini.

Kadang-kadang aku rasa kisah aku macam dalam novel. Bila aku kehilangan ibu bapa dan beberapa kesedihan yang telah aku lalui sebelum ini, aku yakin ada sinar dihujung jalan. Mungkin sinar kebahagian ku nanti adalah bahagia bertemu Sang Penciptaku…

Buat Maklang, terima kasih Maklang atas semua layanan baik Maklang. Allah je yang mampu membalas semua kebaikan Maklang.

Maklang cakap lepas aku bagitau aku sakit ‘aku baru je nak menumpang kasih lepas aku hilang anak aku, Allah uji lagi’ Maklang baik sangat.

Sanggup maklang bersusah payah ikhtiar berubat untuk aku. Semoga Allah sentiasa pelihara dan berkati serta redha pada maklang

Buat Ajis.. saya tak tahu perasaan awak. Tapi saya rasa sekarang saya taknak tahu apa yang awak rasa. Saya minta maaf sebab sampai waktu yang saya tulis ni saya masih belum boleh buang awak dari hati dan fikiran saya.

Saya serahkan urusan hati saya pada Allah untuk Dia aturkan. Ajis, berbahagialah… saya tak tahu kelukaan seteruk apa yang awak pernah lalui sampai begini keadaan awak.

Pergila cari sebab untuk awak berbahagia.. semoga Allah kurniakan kebahagiaan kepada awak di dunia dan akhirat

Buat pembaca sekalian, boleh doakan aku tak. Doakan agar segala urusanku dipermudahkan sehingga ke akhir hayatku. Doakan aku sentiasa ceria dan postif dalam melalui hari-hari berbaki dalam hidup ini.

Doakan agar aku direzekikan kematian yang husnul khatimah dan sentiasa dalam redha Allah dan Rasulullah. Terima kasih atas doa kalian semuanya..

– Cici (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *