Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-ke-2/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/jodoh-ke-ii-2/).
Balik dari sarapan, aku capai fon, terus mesej Aris. Dan ini pertama kali aku hantar mesej kat dia.
‘Terima kasih belanja.. Lain kali tak payah susah2 belanja.. hantar duit elaun makan terus’
Dan aku sangat pasti. Dia akan baca mesej aku dengan gelak dia yang merdu tu. Aww!
Tak lama lepas tu dia balas..
‘Nak elaun, kena nikah dulu laa..’
Ahh! Indahnyaaa hahaha
Adoiii! Ko gatal ye Suri.. Dah pandai nak hantar whatsapp kat jantan!
Ok stop!
Jangan lebih-lebih sangat. Nanti dia menyampah.
Aku off phone. Cukup la bekal kenangan untuk aku semangat hidup sambil tersenyum hari tu..
Aku pun teruskan rutin harian aku. Basuh baju sambil senyum. Masak sambil senyum. Mengemas sambil senyum.
Hmm.. Susahnya nak kontrol. Aku takut je Annalie perasan aku dah tahap gila babun kat Aris.
Tengahari, lepas zohor aku cuba muhasabah diri..
Semalam, aku masih Suri yang biasa.
Tapi, seorang jejaka telah merubah terus hati aku tak sampai 24jam!
normal ke?
Ni baru sehari.. Uniknya perasaan ciptaan Allah. Allah yang pegang hati hamba-hambaNya..
Aku dah mula sayang kat Aris ke?
Perlu ke aku bagitau mak aku yang menantu dia dah jumpa?
Ish! couple pun belum..
Aris betul nakkan aku ke?
Dia ajak sarapan, maknanya dia suka kat aku la kan?
Kalau tak suka, takkan ajak jumpa lagi
Kalau suka, bila dia nak melamar? Eh?
Ye.. Macam tulah gilanya aku. Terasa isi otak aku memang dah tak boleh isi benda lain dah. Aris dah penuhkan kebanyakan tempat.
Tiba-tiba teringat..
Masih ada tempat untuk Allah ke?
Cepat-cepat aku istighfar..
Ya Allah, Kau yang cipta perasaan ini.. Jangan jadikan ianya ujian..
Lepas dah layan blues, aku keluar ke ruang tamu. Nampak Annalie tengah layan Netflix.
Aku duduk hujung sofa. Bila Annalie perasan, dia pause cerita dan kata,
“Ko pegi mana pagi tadi?”
Alamak. Dia perasan aku takdelah..
Aku buat selamba kata pegi cari sarapan kat luar. Sikit pun aku tak menipu..
“Rajin ye.. sebab Elan kata, pagi tadi Aris pun hilang jugak dari rumah”
Masa tu aku dah tak boleh nak berahsia. Aku gelak. Sebelum aku cerita segalanya. Aku memang susah nak berahsia dengan Annalie..
“Elan kata.. Aris tu pun dah tahap gila bayang tau tak ?’’
“Ish.. manada.. ‘’ aku cuba berlagak selamba. Padahal kalau boleh aku nak record ayat Annalie tadi. Dan minta dia ulas panjang lagi.
“Betuull.. Elan kata nampak sangat perubahan diri dia’’
“perubahan macamana?” cewaahh.. aku pancing huraian dengan soalan..
“Entah! Tanya la Elan!’’
Lepas tu dia terus sambung layan Netflix, ‘bertuah punya Annalie!’
Lepas Asar, aku hidupkan fon.
Bila buka. Yang aktif hanya group official kerja. Cuti-cuti pun nak kacau org!
Tiada mesej baru daripada Aris. Hmm.. ni aku malas bila mengharap lebih. Aku bayangkan tadi, dia akan hantar whatsapp panjang berjela. merayu merintih minta aku jadi permaisuri hatinya.. hmm.. yillek!
Malam lepas maghrib, aku cek fon lagi..
Hampa..
Adoiii.. Macam ni ke perasaan semua orang yang dilanda perasaan cinta? Ke aku sorang yang macam ni?
Sebab malas nak mengharap malam tu. aku off fon. Dah la.. esok nak kerja. Tido awal Suri..
Aku pun cuba tidur..
Tapi dalam hati, terdetik ‘entah-entah Aris dah mesej..’
Aku lawan kata hati. Aku pejam rapat mata. Akhirnya terlena juga.. Alhamdulillah..
Tapi.. aku terjaga semula. Pukul 2 pagi.
Tak taulah kenapa tangan aku gatal capai fon. Berharap akan ada mesej daripada Aris.
Tiba-tiba ada mesej pendek..
‘Rindu saya ke tu?’
Aku tersenyum sampai aku sembam kepala ke bantal. Aku tengok masa pada mesej dia. Baru 5 minit lepas dia hantar.
Aku balas pakai stiker je..
Stiker muka Ryan Bakery jeling tak puas hati.
‘Tak tido lagi?’ aku tanya.
Tak lama lepas tu, dia balas..
Aris hantar gambar muka separuh sambil tutup mata.
‘Tengah tido la ni.. ‘
Aduh.. gambar dia.. comel..
Aku balas pulak
‘Bagus la hantar gambar, boleh buat pendinding halau hantu malam ni’
Aris balas stiker marah.
Eleh.. Marah konon. Padahal mesti dah terhibur tu. Confirm punyalah!
Hmm.. Macam tulah kitorang malam tu. Sampai hampir sejam berbalas-balas mesej. Aku pastikan yang mesej last adalah dia yang hantar. So aku takdelah tertunggu-tunggu balasan.. Haha.
Esoknya, aku kembali ke dunia realiti.
kerja..
kerja..
kerja..
Kerja aku melibatkan kewangan. Biasanya aku memang akan letak tepi semua hal sebab tak nak terganggu.
Tapi,
Bila aku cuba seimbangkan satu akaun, asyik silap. tekan kalkulator pun dah tak betul.
Sebab Aris ke?
Biasanya, fon aku akan matikan. Buka waktu rehat je..
Tapi lepas chat dengan Aris semalam, aku jadi tertunggu-tunggu. Pantang aku dengar whatsapp bunyi..
Betul la aku dah tak betul!
Malam tu, aku macam biasa la.. sebelum tidur, belek-belek fon dulu.. berharap yang Aris akan mesej dulu. Tapi hampa.
Aku pun terus tidur. Malas nak tunggu dah..
Tiba-tiba bunyi whatsapp. Yes! happynyaa..
Bila kubuka..
‘Assalamualaikum.. ni sape ye?’
Aku pun jawab elok.. siap bagitau nama.. aku ingatkan orang tersilap nombor.
‘Awak kenal Aris ye?’
Aduh! Hati aku dah rasa sesak. Sape plak ni?
Aku pun tanya dia balik. Siapa pulak gerangan dirinya
Dia perkenalkan diri. Mona (bukan nama sebenar) dan yang paling mengejutkan, dia kata dia..
TUNANG ARIS!
Semacam ada satu batu besar hempap kepala aku.. tangan menggeletar..
Tunang?
T.u.n.a.n.g..
ta wau nun nga..
Tunang yang nak kawin tu ke?
Ke nama dia TUNANG BIN ARIS?
Aku dah tak betul. Automatik airmata keluar.
‘Tulah… kan dah kata jangan dibuai tinggi sangat. Jatuhnya sakit tau!’ macam ada bisikan mengejek dari dalam.
Aris tipu aku?
“Memang la dia tipu.. takkan la dia single.. dia nak mainkan kau je.. kau tu yang bodoh.. perasann.. layankan lagi..”
Makin kuat otakku mengutuk hatiku..
Ya Allah.. sakitnya.. longlai badan aku. Aku tekup muka ke bantal. Jerit sekuatnya.. Sakitnya tetap sama.
Ya Allah.. tolong aku..
Kenapa Kau uji aku sebegini hebat?
Rasa pitam. Tiba-tiba gelap pandangan aku. Aku pengsan! Serius aku pengsan!
Aku tersedar pukul 7 lebih pagi. Subuh gajah. Aku lupa apa yang dah jadi. Aku bangun macam biasa. Dalam mamai, aku pandang fon aku. Ingatan aku pulih. Semua benda yang jadi malam tadi aku ingat dengan jelas.
Airmataku mengalir tanpa diarah. Dadaku berdebar dan sakit. Terasa nafasku pendek-pendek dan laju.
Lain betul rasanya..
Aku istighfar banyak kali..
Allah tegur.
Aku dah jauh sangat terbuai
Allah tegur.
Aku dah jarang ingat dia
Allah tegur.
Allah tegur.
Allah tegur..
Aku teresak. Sedih betul aku rasa.
Jahatnya otak aku, sebab flashback semua kenangan manis aku dan Aris. flashback semua kata-kata manis dia.
flashback semua gurau senda kitorang.
JAHAT!!!
Sampaikan aku terfikir.. kan senang kalau kepala aku terhantuk dan lupa ingatan..
Betullah kenangan itu membunuh..
Rasanya semangat aku betul-betul hilang.
Aku ambil al-quran. Aku peluk dekat dengan dada aku. Sebab aku rasa sakit sangat.
Apa aku boleh buat?
Ya Allah.. hilangkan rasa sakit ini.
Aku capai fon.. asalnya aku nak mesej Aris untuk tanya. tapi rupanya panjang lagi mesej perempuan tu..
Dia kata dia kenal Aris dah lama. Ada perselisihan faham. Tengah gaduh. Dia tak sangka Aris curang.
Ya Allah.. siapa sangka aku akan jadi orang ketiga??
Aku? Orang ketiga?
Tau tak, dulu-dulu kalau ada artis skandal je, akulah orang yang akan kecam penyondol alias pelakor alias perampas.
Sekarang aku pulak jadi orang ketiga??
Karma ke ni? Ya Allah..
Tiba-tiba aku rasa seram sejuk.
Apa aku perlu buat?
Aku tenangkan diri. Aku cuba-cuba kuatkan diri.
Aku pujuk hati..
Cintakan makhluk tak ke mana..
Aku istighfar. Selawat.
Kuat Suri.. Kau boleh!
Kau baru kenal dia.. Allah nak selamatkan kau..
Bayangkan kalau kau tertipu selepas kawin?
Aku cipta ayat-ayat yang boleh kuatkan aku.
Aku tarik nafas panjang, sebelum aku lepaskan perlahan.. aku atur kembali pernafasan aku walaupun susah.
Airmata aku jatuh macam air terjun.
‘Nangis je Suri.. lepaskan semua..’
“Maakk abah…tolong suriii..”
Tiba-tiba aku teringat orang-orang yang sayang aku tanpa syarat. Orang-orang yang takkan tipu aku. Orang-orang yang takkan sakitkan hati aku..
Aku tekad. Malam tu jugak aku balik kampung!
Aku ambil emergency leave. Berapa hari? Entah la.. Nak bernafas pun susah.. Macamana nak kerja?
Dipendekkan cerita, seminggu aku merawat diri di kampung. Lega bila dikelilingi keluarga yang menyayangi diri ini.
Aku tak cerita pada sesiapa.. Cukup aku ceritakan pada Allah.. Biar Allah ubat hati aku..
Sejak peristiwa Mona, aku dah blok nombor Aris. Aku delete nombor fon dia dari senarai contact aku.
Aku tekad.
Aku cakap kat mak aku, siapa-siapa datang merisik, aku terima je..
Kalau boleh aku nak bahagiakan mak abah aku sebelum keduanya menutup mata.
InsyaAllah aku boleh cipta bahagia aku dengan orang baru.
Siapa jodoh aku? Tunggulah.. Panjang lagi cerita ni.. bagi aku minum jap..
Ok. Sambung!
Satu hari, Aris muncul dekat tempat kerja aku.
Punyalah aku terkejut beruk, beruk pun tak terkejut macam tu.
“Kenapa awak blok saya?”
Aku diam. Malas nak layan. Malas nak pandang muka. Benci kononnya.. Padahal sayang aku sikit pun tak terhakis!
“Aris..” aku mulakan ayat..
“Tunang awak mesej saya..Mona.. balik ke tunang awak please..”
Masa tu airmata aku dah mengalir laju.. aku tekup muka. Terangkat-angkat bahu aku nangis. Aku rasa dunia aku dah hancur sebab Aris.
“Bila masa saya tunang? ”
“Mona memang ex saya.. dah plan nak tunang. Tapi tak jadi, sekarang dah takde apa-apa”
“Senangnya lelaki bertukar pasangan kan? Memang Jantan semua sama kan? Kalau awak bawak saya jumpa Mona, awak berani ke?”
Ye.. Ayat kasar tu aku luncurkan sebab aku betul-betul nak tau siapa yang jadi mangsa. Sekarang ni dah terang-terang mangsanya adalah aku.
Mula-mula Aris diam. Lepas tu dia geleng.
“Takpelah.. kalau awak tak percaya. Teruskan percaya Mona”
Aris terus blah.
Aku?
Loading..
Bingung..
Apa nak buat?
Korang tau apa aku buat?
Aku tak buat apa-apa..
Sebab permintaan aku yang sedikit, dipandang remeh. Aku anggapkan yang Aris tak nak aku jumpa Mona sebab dia takut.
So?
This might be the end..
Bye Aris..
Rupanya kau bukan jodohku..
Rindu?
Tak terucap.. Seperti dihiris sembilu.
Aku tak pernah lalu makan.
Tidurku cuma beberapa jam sahaja sehari. Itu pun mungkin kerana keletihan.
Berat badanku tinggal 45kg.
Dengan tinggi 160cm, sudah tentu aku kelihatan sangat kurus.
Tapi aku paksakan jugak makan sebab aku perlu tenaga untuk menangis mengenang nasib.
Sembangku juga tidak seperti selalu. Gelak hanya untuk menjaga hati.
Walaupun pada aku tiada apa yang lucu.
Masa tulah aku banyakkan solatku..
Mungkin ini hikmahnya..
Cinta makhluk tidak kemana..
Cinta makhluk bahagia sementara..
Masa tu aku doa… Ya Allah… pertemukan jodohku dengan sesiapa sahaja yang ikhlas mencintaiku..
Aku officially tidak ada kena mengena dengan Aris..
No more! Zero! Yillek!
Tutup buku Suri..
Mulakan chapter baru dalam hidupmu..
Aku menahan rasa sakit.
Alhamdulillah time heals..
Sakitnya makin kurang pada bulan ketiga..
Tiga bulan tanpa nama Aris.
Aku jadi kuat semula.
Badanku berisi semula. Tiada lagi pipi cengkung.
Beratku 55kg.
Seleraku mula bertambah.
Syukurlah..
Suatu hari, mak aku call. Minta aku balik ke kampung. Ada orang datang merisik. Pegawai polis katanya.
Aku rasa sayu. Sebab aku dah janji pada mak aku, akan terima sahaja siapa-siapa yang masuk melamar aku lepas ni.
Aku malas nak tanya tentang butir diri si dia..
Aku terima..
Aku ikhlaskan..
Sabtu petang, aku balik kampung.
Sampai sahaja, mak aku dah peluk aku kuat. Gembira betul mak aku. Tercapai jugak cita-cita dia nak tengok aku kawin.
Semoga aku dapat ikhlaskan mencintai bakal suami aku ni..
Ya Allah.. jika si dia ni baik untuk aku.. dekatkanlah..
Tiba-tiba terus teringat Aris..
Doa itu jugak yang aku doa untuk dia dulu
Dah! Dah! Jangan fikir Aris dah!
Hidup kau untuk abang polis je sekarang!
Teringin jugak nak berkenalan dengan bakal aku sebelum sah..
Tapi apa salahnya aku teruskan prinsip aku dulu.. Nak terus kawen.
Konon-konon dulu nak sangat jaga ikhtilat.
Tapi dah kenal Aris, hilang ikhtilat. Jadi keparat.
Takpelah.. Siapapun dia.. Harap dia juga terima aku seadanya..
Malam sebelum hari kejadian, family aku dah sibuk buat persiapan menyambut keluarga bakal aku.
Aku mesej Annalie. Aku jemput dia untuk majlis esok. Annalie happy untuk aku. Dia kata kalau takde aral dia datang dengan Elan.
“Mak.. sape nama dia?”
“Nama dia macam artis.. Awie? Hah! Awie.. ”
Aku gelak. Terbayang pulak Awie Wings yang datang melamar.
Hai encik Awie.. saya Suri..
Saya bakal menjadi Suri hidup awak.
Walaupun saya tak kenal awak.
Harap kita dapat bercinta selepas nikah.
Tiba-tiba airmata aku mengalir..
Sebab..
sambil hati aku berfikir tentang Awie..
Otak aku terbayang imej Aris!
Ya Allah.. hilangkan imej Aris ini..
Tapi makin kuat pulak dia muncul.. Suara dia.. Gelak dia..
Airmata aku makin laju..
Please Suri.. no more Aris..
Aku rasa berdosa pada Awie..
Macamana kalau lepas kawin pun aku tak boleh lupa Aris?
Mestilah tak adil untuk Awie..
Aku pasrah.. dan doa.. mintak dipermudah..
Hari kejadian, aku cuma duduk dalam bilik. Aku bersiap seadanya. Bersolek senipisnya.
“Bakal kamu dah sampai tangga!”
Debar aku tuhan saja tahu..
Ya Allah.. bagi aku ketenangan..
Aku cuma mampu mendengar sayup-sayup gelak ketawa orang ramai..
Tiba- tiba mak aku masuk bilik.
“Keluarga Aris nak tengok kamu!”
“Aris? Mak kata nama dia Awie??!”
“Haha.. mak cuma ingat nama artis. Artis tu Aris Ariwatan rupanya.. bukan Awie..”
Loading..
Bingung..
“Cepat keluar!”
Aku ikutkan. Otak aku dah tak boleh berfikir betul. Kenapa nama bakal aku sama dengan Aris?
Aku keluar.
Aku tunduk.
Berdebar sungguh.
Bila angkat muka..
Bukan Aris yang aku rindukan..
“Oo.. ini ke bakal menantu.. ”
Aku salam tangan seorang perempuan separuh abad rasanya.. mak dia barangkali.
Lepas tu aku salam seorang lagi perempuan lebih kurang sebaya.. hmm.. ni mungkin makcik dia..
Bila aku pandang depan, aku terlihat Annalie, dan Elan.. Alhamdulillah datang jugak kawan baik aku. Dari jauh dia dah tunjuk ibu jari..aku cuma senyum.
Aku mencuri pandang pada bakal suami aku. Alahai.. comelnya.. rasanya macam muda betul untuk aku.
Kenapalah nama ko Aris jugak! Punyalah banyak nama kat dunia ni… Aris jugak yang mak ko pilih. Agaknya mak-mak korang semua peminat Aris Ariwatan ye?
Selesai perbincangan dua keluarga.. Alhamdulillah.. lega betul rasa.
Perempuan separuh abad yang aku salam tadi datang mendekat.
“Ni cincin tanda ye..” Dia sarung ke jari. Aku salam cium tangan dia..
“Terima kasih mak..” eh? aku tersasul! perempuan tu dah gelak sambil usap kepala aku..
“Comel!” Dia masih gelak. Makcik jangan la mudah terhibur..saya teringat mamat mudah terhibur yang saya pernah kenal dulu.. huhu
Selesai semua.. Sebelum keluarga tunang aku berlalu.
Tiba-tiba ada suara dari belakang.
Aku familiar sangat suara tu!
“Comel kan?”
Aku toleh belakang..
ARIS??!!
Loading..
Aku tunjuk budak muda yang aku ingatkan Aris tadi..
“Tu sape?”
Semua dah gelakkan aku.
“Tu adik Elan. Belajar pun tak habis lagi!”
Aku masih tak faham.
Aris tunang aku?
Dia polis?
Ya.. aku sebok layan senyum je sebelum ni. Mana ada masa nak tanya kerja apa.
Mona! Mona macamana?
“Takpelah.. awak berehat dulu.. malam ni saya call awak ye.. tunang sayang..”
Aris berbisik.. sebelum meminta diri..
Begitulah ceritanya.. sadis bukan? Haha.. sabar.. cerita tak habis lagi.. Dah korang nak aku cerita sampai habis kan? Hah! Baca! Jangan skip!
Malam tu Aris call aku. Terangkan segala-galanya pada aku.
Mona dah kawin. Bulan lepas. Dengan skandal dia jugak.
Aris tawar hati kat Mona sebab dia berkawan dengan ramai lelaki. Sebenarnya hubungan putus – sambung -putus antara dia dan Mona dah terlalu kerap. Sampailah ada bukti jelas yang mengatakan Mona curang pada Aris.
Masa tu Aris dah berpatah arang. Tekad. Tiada lagi perasaan sayang.
“Kenapa awak tak pujuk saya bersungguh-sungguh hari tu?” Aku dah menangis lagi. Aku tau, itu lebih kepada tangisan gembira sebenarnya.
“Sebab saya tau awak akan tunggu saya jugak..”
Kata Aris lembut je.. aduh.. cairnya ya Allah..
Aku menangis lagi kuat!
“Awak tau tak macamana rindunya saya pada awak??!
Awak dah buat saya hidup tak macam orang 3 bulan ni!
Awak buat saya jadi orang paling tak cekap dalam kerja saya!
Kalau boleh ulang masa, saya berharap tak pernah kenal awak langsung!
Saya tak nak dengar suara awak!
Saya tak nak ingat gelak awak!
Saya benci awaak Encik Arisss!”
Biasanya ayat-ayat tu cuma bermain di minda kan? Tapi tidak kali ini.. semuanya aku luahkan!
Toot! Toot! Tooot!
Talian terputus!
Aris letak fon? Dia marah ke? Aku jadi serba salah.
Aku lemah.
Berserah.
Selang beberapa minit, tiba-tiba mak aku masuk bilik..
“Keluarga Aris nak datang esok. Mak rasa tak sedap hati laa..”
Aris nak batalkan pertunangan ni ke? Sebab ayat aku tadi?
Takpelah Suri..
Kalau betul, tabah laa.. ini bukan pertama kali kau hilang dia. Kau cuma mengulang kisah 3 bulan lalu.
Aku sudah tak mampu menangis.
Malam tu mudah aku tertidur sebab letih bermain emosi..
Esoknya, memang betul seperti di kata..
Keluarga Aris datang semula..
Seperti yang dijangka, pertunangan dibatalkan!
Letih.
Bersuara pun aku tak mampu.
Aris tak datang.
Aku dah jangka.
Aku senyum sambil pulangkan bekas cincin kepada mak dia.
Aku nampak mak aku tenang. Boleh sembang macam takde apa yang berlaku. Syukurlah.. Abah aku cool. Memang jenis tak banyak cakap. Redho ketentuan Allah..
Aku lihat ada family Aris yang bertepuk tampar. Tergelak-gelak. Suka ye tengok aku putus tunang?
Aku cuma senyum sinis mengenang takdir..
Kewarasan aku hilang separuh.
Terasa nak mati..
“Assalamualaikum..”
Tiba-tiba muncul sorang tua berjubah putih.
Malaikat maut ke? Ajal aku dah sampai agaknya..Betul la kot aku nak mati..
Aris muncul. Dibelakang ‘malaikat maut’ tadi..
Aris pun pakai serba putih..
Awak pun dah arwah ke Aris?
Ni cerita cinta ke seram?
“Mana wakil perempuan?” Malaikat maut tadi bersuara..
Mak abah aku dah maju. Diterangkan tentang sesuatu.
“Boleh kita mulakan nikah pukul 2 petang ni?”
What?? Nikah??!
Aku menangis. Macam budak kecil. Semua yang ada cuba tenangkan aku.
Aku peluk mak aku. Mak aku juga nangis. Sampai hati dia berpakat dengan keluarga Aris nak kenakan aku.
“Mak, Suri tak nak..” terputus-putus suara aku. Lemah. Aku tekad. Aku tak nak..
Semua yang ada disitu terlopong. Tiba-tiba senyap.
Aris pandang aku tajam..
Mak aku cuba tenangkan aku..abah aku dah geleng kepala.. mula minta maaf pada semua yang ada.
“Jangan macam ni nak.. Suri fikir elok-elok ye sayang..”
Mak aku menangis sambil pujuk. Mak Aris menangis, Mak Elan menangis. Aris tunduk. Mungkin malu. Mungkin tak sangka.
‘’Suri dah letih..’’
‘’Suri tak nak nikah petang ni..’’
“Suri nak nikah sekarang..”
Senyap. Semua loading..
Sebelum semua tergelak!
Aris mengurut dada. Mak Aris peluk aku sungguh-sungguh. Aku menangis tak cover-cover dah.
Ayah aku masih geleng. Masih mintak maaf atas perangai anak perempuannya. Heran agaknya sebab tiba-tiba anak dia jadi gila.
“Ingat aku tak boleh nak prank korang ke?” Kata aku bila dah tenang. Mak Aris gelak macam sawan. Sama anak beranak. Terharu aku dapat mak mertua yang sangat baik.
“Patutlah Aris suka.. comel bakal menantu mak.. lawak!’’
Aku senyum sambil aku pandang Aris. Aris masih dengan sisa gelak.
Hai bakal suami! Saya Suri. Bakal surirumah awak…
Alhamdulillah.. kami terus dinikahkan tengahari tu jugak. Nikah cukup syarat je.
Sebulan lepas tu, kami dinikahkan semula untuk proses surat nikah selepas prosedur nikah biasa. Cek HIV la.. pengesahan bujang la.. leceh!
Ok.. tu jelah.. so Jodoh ke? dah terjawab.. memang jodoh laa..
Doakan Aris Suri sampai ke syurga ye..
Terima kasih admin..
terima kasih pembaca budiman..
Kalau like 10k aku sambung.. (haha.. memang tak laa..)
Saya mintak halal semua ye.. Bye. Lebyuols.
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Haaa..haaa…kau memang kelakar Suri.
Terhibur baca kisah cinta ArisSuri…semoga jodoh kekal hingga keSyurga…
part last mcm tk logik sbb mana blh nikah terus mcmtu.. kena ada procedure kan??? ke sy salah? tp apapun cerita yg best.
kan suri kata diorg nikah cukup syarat. rasanya kadi pun pakai imam kampung je kot.. sebab tu dia kata kena nikah skali lagi sbb nak proses surat nikah. pernah jugak jadi kat family saya..
Semoga berbahagia sampai syurga sis dan suami Aamiin😍
gigih baca sampai habis..start dari kak shaz tiktok baca part 1 & 2, sambung baca sendiri part 3 kat sini.. haha.. tapi semua ni rekaan saja kan? sebab macam terletak helok semua skrip :p takpelah apa2 pun kalau betul harap jodoh berkekalan insyaallah.. kalau tak pun, teruskan berkarya sis suri :)
Tu lh…gigih gk sy bca smbil snyum²…klu lh jodoh blh dtg semudah tu…huhu…mg akak pn berjmpa jodoh taun nh…dh pnt jmpa org y salah…