Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-kiriman-tuhan/).
Salam, nama saya Siti berusia 30 tahun dan ada menulis confession jodoh kiriman Tuhan baru-baru ini.
MashaAllah saya sangat terharu kepada sesiapa yang memberi komen-komen murni dan mendoakan yang baik-baik di dalam confession saya. Terima kasih ya.
Tujuan saya menulis confession kedua ini adalah bagi menjawab persoalan kepada 1 komen iaitu apakah soalan yang saya tanya pada bakal suami saya sebelum mengambil keputusan untuk menerima peminangan hi darinya.
Di awal perkenalan saya dan Iz, memang saya tetapkan kalau dia sebut perkataan cinta memang saya akan terus tinggalkan dia.
Sebab dari awal saya memang dah terangkan pada Iz saya tidak berminat untuk ada perhubungan dengan mana2 lelaki lebih dari seorang kawan dan dialah satu-satunya kawan lelaki yang saya terima.
Bukan senang lelaki ingin mendekati saya dan bukan senang juga saya ingin mendekati lelaki memandangkan saya seorang introvet. Iz juga bukan lah seorang lelaki yang pandai bercinta atau menyusun ayat mengarang kata,
Namun disaat dia menunjukkan gambar saya pada guru agamanya sebelum dia dm saya di salah satu media social, selain dari gurunya mengatakan ini perempuan yang baik untuk dijadikan isteri dan cara nak tackle kena jadi kawan dulu, jangan terus melulu. Ya itu lah kata kunci kalau nak rapat dan cuba dapat hati saya.
Sewaktu mengenali Iz, saya dapat merasakan yang iz berusaha nak cepat-cepat mengikat saya dengan tali pertunangan walaupun ketika itu kami baru kenal. Saya kata kenapa nak cepat-cepat? Saya tak selesa sebab elok je saya cakap saya sedia memberi peluang dia dah semangat nak himpun duit kahwin.
Dia cakap sebab dia betul-betul serius nak buat saya jadi isteri dan dia takut saya hilang dan jatuh ke tangan orang lain. Waktu itu saya termenung sebab tak pernah terlintas di fikiran saya nak pergi sejauh ini dengan seorang lelaki. Kawan saya kata jangan suka menolak, takut tertolak jodoh sendiri.
Saya buat solat istikharah setiap malam. Cara saya, habis solat mesti saya tengok gambar Iz. Pernah saya terdengar satu ceramah kalau kita buat istikharah dan fikir orang itu, atau lihat gambar dia rasa tenang, in shaa Allah ia jodoh yang baik tapi kalau teringat je serabut mungkin kurang baik atau tidak sesuai.
Maka jawapan yang saya dapat semuanya tenang dan saya bertambah rindu padanya tanpa sebab setiap kali selesai istikharah.
Pernah beberapa kali selepas istikharah, Iz ws saya kata, saya tiba-tiba teringat dekat awak tak tahu kenapa. Kadang ibunya ws saya sembang dengan saya dengan ramahnya sama juga, betul2 lepas istikharah. Bagi saya itu green light dari Allah.
Setelah beberapa Kali Iz menyatakan ingin mengikat saya dengan tali pertunangan, saya putuskan untuk tanya beberapa soalan tetapi ia rahsia. Saya cakap pada diri saya, kalau lulusss saya akan terima peminangan darinya. Kalau gagal saya anggap tiada jodoh atau red flags dari Allah.
Walau istikharah saya semua green light tapi saya sentiasa waspada sebab bab jodoh bukan kita nak hidup setahun dua tapi harapan sampai ke syurga. Jadi mesti ada usaha pilih betul-betul apatah lagi saya ada trauma masa lalu seperti yang saya ceritakan di confession sebelum ini
Soalan saya senang tetapi memerlukan jawapan yang cepat, lancar dan tak perlu banyak fikir. Maksud saya spontan dari hati sendiri.
Soalan pertama saya, apa tanggungjawab suami? Jawapan Iz, suami bertanggungjawab memimpin isteri dan anak-anak untuk menuju jalan yang baik sampai depan Allah. Suami adalah pelindung isteri tak kira walau dalam apa jua situasi dan keadaan.
Itu antara jawapan yang saya ingat sebab masa saya tanya soalan tu kami sembang secara santai sambil jalan-jalan tanpaaa dia tahu kalau dia gagal memberi jawapan yang memuaskan maka dia akan kehilangan saya.
Kedua, apa yang awak faham pasal NAFKAH. Berat sikit saya nak tanya soalan ini sebab kalau lelaki salah faham mungkin dia akan fikir saya mata duitan. Tapi saya cakap dalam hati kalau dia fikir macam tu takpa, tapi minta maaf saya tak kan terima dia, saya anggap gagal.
Saya tanya ada sebabnya, sebab arwah ayah saya gagal untuk faham apa itu NAFKAH sebenar pada isteri. Bukan saya tanya sebab nak nafkah banyak tiap bulan. Tidak sama sekali berilah ikut kemampuannya andai ada jodoh, saya terima dengan hati yang syukur.
Jawapan Iz, nafkah zahir kena sediakan makan, minum dan tempat tinggal yang selesa untuk isteri, duit nafkah isteri tak sama dengan duit barang dapur, air, eletrik dan sebagainya. Duit isteri adalah hak isteri. Nak buat apa pon hak isteri.
Saya terkejut sebab memang betul jawapan dia. Dia kata kalau batin bukan sekadar atas katil tetapi juga memberi perhatian dan kasih sayang.
Saya tanya macam mana boleh tahu detail semua ni sebab saya ada tanya beberapa orang yang bersungguh cuba berkenalan dengan saya sebelum ini dan jawapan mereka.. hmm jauh betul dengan Iz.
Dia cakap sebab guru agamanya ada ajar bab perkahwinan juga dan dia take note pasal ni sejak jatuh hati pada saya dan ada niat nak memperisterikan saya. Sebab katanya takut kalau salah faham bab nafkah risau disoal dan dipertanggungjawabkan dekat akhirat. Baik Lulus.
Ketiga, awak nak duduk mana selepas berkahwin? Jawapanya dia kalau boleh nak bina sebuah rumah disebelah rumah ibunya. Sebab itu tanah mereka. Saya diam, saya tanya kalau kita ada jodoh dan saya nak duduk dengan mak, nak jaga mak saya boleh ke?
Dia senyum dan kata boleh asal saya selesa, dia pon bahagia. Alhamdulilah sekarang suami masih duduk di rumah Ibu saya dan kami juga ada sebiji rumah rezeki di awal perkahwinan. Terima kasih suamiku kerana memberi ruang isterimu menjaga ibuku.
Rumah mertua dekat saja dengan rumah Ibu saya jadi kami juga selalu balik melawat ke sana. Ibu mertua juga sudah pergi kerana covid, tinggallah ayah mertua kesayangan saya di rumah bersama abang dan kakak ipar saya yang sangat baik.
Soalan terakhir bab anak. Entah kenapa saya selalu takut kalau lambat dikurniakan anak. Pernah sewaktu sekolah, ada kawan baik Saya pernah kata saya ni kurus dan rendah nnt kahwin mesti susah dapat anak. Benda tu dia buat macam lawak tapi saya takut sampai laa usia saya 20an.
Saya tanya andai Allah uji lewat mendapat zuriat macam mana? Adakah dia akan tinggalkan saya dan cari si dia yang lain?
Dia pantas menjawab saya nak kahwin dengan awak bukan soal zuriat. Zuriat itu rezeki dan ia hak Allah nak beri cepat atau lambat. Tugas kita usaha dan doa. Kalau ada alhamdulilah, kalau tak ada in shaa Allah kita tetap akan bahagia.
Akhirnya, saya beritahu dia, nak tahu tak jawapan saya terima atau tidak peminangan awak? Saya cakap sebenarnya sepanjang kita keluar berdua ni, semua yang kita sembang dan segala. Soalan yang saya tanya pada awak yang awak jawab secara spontan itu semualah akan tentukan saya terima atau tidak.
Dia terkejut masa tu. Dia kata alamak kalau dia tahu mesti dia plan nak jawab lebih baik. Saya gelak je, dalam hati kata ingat spm ke nak kena study awal nak jawab apa?
Saya kata saya terima dia. Alhamdulilah jawapan dia semua memuaskan hati saya. Iz lega sangat masa tu. Dia kata boleh tahan mencabar nak cuba dapat hati saya. Dah laa dulu nak ajak jumpa bertentang mata pon jenuh.
Bagi saya soalan yang simple ni kalau lelaki gagal nak jawab, saya agak takut nak teruskan perhubungan. Saya anggap pintu hati saya terbuka kerana Allah yang berkehendak adanya seorang lelaki untuk jaga dan melindungi saya di dunia ini. Mati-mati saya ingat tak kan berkahwin sampai bila-bila.
Alhamdulilah, perkahwinan kami masih baru hampir nak mencecah 5 tahun, masih awal. Tapi apa yang iz nyatakan di atas daripada semua soalan saya, dia berjaya melaksanakannya dengan baik sekali tanpa culas setakat ini.
Buat suamiku andai engkau terbaca penulisan ini suatu hari nanti, ingin isterimu ucapkan terima kasih kerana sudi menerima setiap kekuranganku dan menyambut setiap kelebihanku.
Terima kasih kerana sabar di dalam mendidik isterimu yang serba kurang ini dan melayan ku seperti permata yang amat berharga dan bernilai di hatimu. Kata suamiku yang tak pernah berubah sejak ku kenal sampai saat ini. Sayang adalah seorang perempuan satu dalam seribu.
Suami saya bukan sempurna, tetapi dia lah seorang lelaki yang berusaha menyempurnakan hidup saya. Harapan saya hubungan kami sampai ke syurga sebab bagi saya dialah suami, dialah ayah, dialah abang dan dialah sahabat untuk saya.
Setiap hari saya jatuh Cinta dengannya sampai ke saat ini tapi saya hanya beritahu tahu dia dalam nada gurauan sebab malu.. hehehe.
Ohh ye saja saya selitkan kenangan awal perkahwinan yang saya rindukan, sejak kecil saya tidak memakai barang kemas. Bila suami dan arwah mak mertua tengok mereka terkejut sedikit. Mereka tanya saya memang saja tak pakai barang kemas ke selain cincin kahwin dan tunang.
Sebab kot laa Saya hanya pakai waktu tertentu macam kenduri. Saya cakap saya ada barang kemas dulu, tapi zaman dulu mak saya pernah gadaikan barang kemas saya masa kecil sebab masa tu memang memerlukan dan saya okay faham.
Reaksi muka mak mertua dan suami sedih. Arwah mak mertua pernah cerita dulu mereka sekeluarga pernah hidup susah, jadi selalu laa dipandang hina,selalu kena perli sebab dia tak ada barang kemas dekat badan sedangkan wanita lain semua ada masa tu,
Jadi bila dia tengok saya, dia teringat kisah lalu dia laa agaknya. Tapi saya okay jaa tak pakai barang kemas, muda ni kadang malas pakai kalau ada pon.
Keesokkannya arwah mak mertua ajak pergi kedai emas dia suruh saya pilih nak rantai tangan yang mana dia belikan. Saya malu, saya cakap tak pernah dapat hadiah mahal2 macam ni. Mak mertua senyum dia cakap pilih laa sebab lepas ni mungkin tak ada dah.
Ya betul, tak lama lepas tu memang mak mertua meninggal. Allahhuakhbar sedih sangat saya masa tu. Saya hanya sempat menjadi menantunya selama 4 bulan dan saya tengah mengandung waktu itu. Dia tatang saya seperti anak sendiri.
Suami cakap arwah pesan nanti birthday saya jom belikan rantai untuk siti, dia nak ikut suami belikan rantai leher emas sebagai hadiah untuk saya. Nak surprise. Dia nak tambah duit untuk suami tapi tak sempat.
Masa saya pakai rantai leher hadiah suami tu, suami saya pandang saya lama, dia cakap abang gembira kalau tengok awak pakai barang pemberian abang rasa puas dan seronok, dan awak anggap ini juga hadiah dari mak abang ya.
Itulah kenangan yang saya tak kan lupakan. Bukan emasnya tetapi kebaikan dan sifat keprihatinan yang tinggi arwah Ibu mertua yang saya rindukan. Selalu ambil berat tentang saya.
Setiap malam saya dan suami akan bermaaf-maafan kalau ada kurang dan cela dalam kehidupan seharian. Saya sentiasa bertanya, abang redha tak dekat saya? Bila dia jawab abang redha hati saya menjadi tenang. Kita tidak tahu siapa pergi dulu.
Pesanan saya jangan putus asa dengan doa, nak jodoh yang baik, nak keluarga bahagia, nak rezeki melimpah, nak dapat zuriat atau nak apa sekali pon dalam hidup ni teruskan berdoa tanpa henti. Tiada yang mustahil disisi Allah. Sekali lagi saya ulang TIADA. Doa yang diulang-ulang pasti Allah kabulkan. Andai bukan di dunia pasti di akhirat.
Kalau ada ujian melanda, katakan aku ada Allah.
Terima kasih bagi sesiapa yang sudi membaca confession saya yang panjang ini, doakan saya dan suami kekal bahagia sampai ke syurga dan semoga doa kalian yang baik-baik ini berbalik juga pada anda semua, aamiin ya mujib.
– SITI MARYAM (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
MashaaAllah, terima kasih sebab sudi berkongsi. Saya lah yang tanya tu hihi :D Rasa sebak baca jawapan suami awak dan seluruh cerita ni. Kalian memang ditakdirkan untuk each otherrr.
Ada satu tulisan awak yang buatkan saya akan sentiasa ingat iaitu “Dalam dunia tak ada satu benda pun milik kita melainkan milik Allah. Kalau saya nak bakal suami baik dan setia dengan saya, saya tak perlu minta dengan dia sebab dia pon makhluk sama macam saya, lemahhh. Tapi minta pada pemilik hatinya iaitu Allah”. Ayat awak ni buatkan saya tersedar dan berasa tenang. Alhamdulillah
Saya kagum sangat dengan awak sebab sangat yakin dan selalu bersangka baik dengan Allah. Berbeza dengan saya, kadang kala mempersoalkan takdir Allah dan berasa marah. Kalau awak sudi berkongsi, ada tak nasihat atau ilmu untuk sentiasa yakin dan selalu bersangka baik dengan Allah :) Maaf ya banyak tanya pula