Assalamualaikum semua. Thank you admin kalau confession ini disiarkan. Aku banyak terbaca pasal jodoh, dan aku nak kongsi sikit pasal abang aku. Yang aku rasa macam, ada perangai abang aku ni yang buat aku rasa “ohhh mungkin sebab ni laa dia lambat dapat jodoh”.
Abang aku umur 28 tahun, bagi sesetengah orang 28 tu muda lagi untuk kaum lelaki. Tapi abang aku ni memang dah ready untuk kahwin. Cumanya, masih mencari calon.
Actually, sebelum-sebelum ni abang aku memang dah ada kenal-kenal dengan 2 3 gadis, tapi semuanya tak kekal lama. Tak tahu kenapa, ada je yang tak kena. Padahal Ibu aku tak cerewet pilih menantu, dan tak letak syarat pun. Tapi mungkin Allah belum ‘hantar’ calon yang sesuai.
Dan ramai yang nak jodohkan abang aku nk dengan anak dia lah, dengan sepupu lah. And baru-baru ni, ada yang nak jodoh kan dengan kawan dia. Boleh dikatakan, semuanya hebat-hebat. Ada yang engineer, ada yang cikgu, ada yang doctor dan ada yang kontraktor. Tapi, semuanya dah agak lanjut sikit lah usia dia. 30-38.. Ayah dengan ibu aku, sokong je kalau dah itu jodohnya kan.
So ini antara 4 perkara/perangai abang aku yang aku kurang suka.
1. Abang aku peramah, tapi kadang-kadang sifat peramah dia tu nampak macam kebudak-budakan. Macam tak matang, banyak kali juga aku dengan parents tegur dia. Tapi masih sama..
2. Dia jarang bagi duit dekat parents. Tapi sekali dia bagi, memang banyak laa amountnya, tapi aku still tak suka, dia dapat gaji bulan-bulan dia bagi pun bulan-bulan laa. Ni nak jamak terus 3-4 bulan tu kenapa?
3. Dia selalu menunjuk. Duit 3 4k dia tunjuk, kereta dia tunjuk. Aku selalu cakap dengan dia “ramai lagi orang yang lagi kaya dari kau, tapi takde pun berlagak”. Dan aku pernah cakap, tak semua perempuan pandang harta.
4. Ni paling aku tak suka, dia sangat jarang ke surau. Sedangkan ayah aku ‘orang surau’. Dah banyak kali ayah suruh pergi surau, tapi ada je alasan dia. Ni aku rasa, dah berbuih mulut aku ni bebel-bebel kat dia. Tapi still sama..
Ibu selalu juga pesan dekat dia, “macam ni lah.. abang ada 3 adik perempuan, macam mana kalau adik dapat lelaki yang teruk, yang tak pergi surau, tak mengaji, yang tak bertanggungjawab. Rasa-rasanya abang nak lepaskan adik kat lelaki tu tak? Mesti tak kan? Mesti abang nak yang terbaik kan? Dan macam tu juga lah harapan perempuan dan ibu bapa bila ada lelaki nak kat anak dia”.
Dont get me wrong, aku tulis ni sebab aku rasa mungkin itu sebabnya kenapa abang aku lambat dapat jodoh, mungkin Allah nak dia betulkan silap dia dan jadi lebih bertanggungjawab, jadikan dia lebih matang, dan supaya dia boleh menjadi imam yang baik.
Memang kebanyakkannya lelaki yang aku jumpa, memang tak matang (sesetengah, tak semua). Dan harus diingatkan, jodoh tu Allah yang aturkan.
Sekadar perkongsian aku sahaja. Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku, tapi terpulang. Assalamualaikum.
– Chempaka
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit