Jodoh Mat Saleh II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-mat-saleh/).

Assalamualaikum, terima kasih kepada yang membaca Part 1 and requested Part 2. Rasa lebih bersemangat nak tulis but of course saya nak address sebahagian komen2 yang saya baca since saya rasa better cakap terus.

Kepada yang cakap cerita saya angan2, saya pun tak pasti nak cakap apa cause semua orang ada certain aspect dalam hidup dia yang sangat berjaya and happy but also certain aspect tak perfect.

Apa yang semua orang baca pasal jodoh saya, alhamdullilah kisah happy saya but tak semestinya hidup saya perfect but terima kasih approve cerita saya untuk jadi novel, ha-ha!

Lagi satu, ada terbaca yang BM saya tak sound macam orang duduk overseas. Saya cakap tak fasih but saya still Malaysian yang membesar di Selangor pergi sekolah kebangsaan. SPM dapat A for BM okay, ha-ha!

Also, macam mana saya nak ada perfect grammar bila guna bahasa rojak. Saya membesar di Malaysia lebih 20 tahun tapi duduk overseas baru 5 tahun so sepatutnya i sound more Malaysian or mat saleh? Renung-renungkan lah!

Last point sebelum masuk cerita part 2, ada ke masa orang duduk overseas nak cerita macam ni? Ha-ha, orang kerja overseas bukan hamba firaun ye.

Kita pun ada masa nak browse sosial media. Dah cakap saya graduan IIUM so memang logik dah kenal pagi ini lama.

Also, bila rindu Malaysia, selalu baca kisah2 orang satu negara. Yang komen semua duduk Malaysia, so sorry lah ye kalau awak tak faham, ha-ha!

So dah boleh continue part 2, nak senangkan cerita, part ini akan cerita Mr.A’s struggle nak lepaskan tabiat2 atheis dia untuk jadi Islam.

Memang senang nak ucap dua kalimah syahadah, join solat depan mata orang and even puasa (dia kan gym addict, dah biasa buat intermittent fasting) tapi apa yang saya nak adalah seorang yang boleh mendidik dan jadi imam saya.

First struggle, merokok. Bab ini susah nak convince but saya cuba sedaya upaya untuk guna agama and logik. Logiknya, bila kahwin kita nak ada famili tapi tabiat merokok efek kualiti sperm and also, bau mulut pun busuk.

Then kita fokus kepada part agama, Allah SWT dah sayang kita but kita nak rosakkan badan kita. Perlu ke? Memang Mr.A in dilema cause merokok benda biasa and dekat sini perempuan pun merokok.

So dia cuba kurangkan, dari satu kotak 2 hari, satu kotak 1 minggu and then cuba buat sekali sehari. Try kunyah nicotine gum.

Bagi saya, this struggle paling senang cause bapa dia memang tak suka dia merokok so banyak Support dari famili dia, famili saya and diri saya sendiri.

Alhamdullilah, lepas 6 bulan masuk Islam, Mr.A dah berhenti merokok.

Struggle ke-2 adalah dua benda, tabiat minum arak and berparti sampai pagi. Benda ini biasa bagi dia and budaya dia.

Bapa dia selalu minum bersama so tak pernah terlintas yang tabiat ini buruk. In fact, mula2 dia minta kalau dia boleh minum socially, time keluar dengan kawan2 tapi tak banyak.

Memang saya rasa marah sangat and siap buat keputusan nak putus tunang. Marah sangat terhadap diri sendiri sebab percaya yang saya boleh ubah semua benda pasal seseorang padahal diri sendiri pun tak baik.

Dua bulan non stop isu sama yang kami gaduh sampai Mr.A cakap dia boleh nampak apa yang saya cuba sampaikan. Kalau betul ikut logik alkohol adalah semata2 social, kenapa efek hubungan kita?

Sepatutnya, kita boleh jadi lagi rapat. Lagi satu, Mr.A rasa teramat malu sebab dia keluar berparti satu malam sampai tak sedar diri and kawan2 dia terpaksa panggil saya sebab ayah dia tak jawab.

Saya terpaksa tengok dia muntah, cakap berterabur and jadi orang yang saya tak kenal.

Benda ini buat saya sangat2 trauma and setiap kali Mr.A buka mulut nak berbincang pasal insiden ini, mesti saya menangis.

Sampai sekarang saya tak pasti kalau dia berubah sebab reaksi saya or sendiri nampak kenyataan but dia start detox program.

Ubah diet, fokus nak isi masa dengan hobi2 lain seperti swimming, ajar budak2 English classes Online lepas kerja & belajar memasak.

Alhamdullilah, dah lebih 8 bulan and Mr.A dah pandai fokus lebih pada famili.

Ada kawan2 yang terus putus friendship sebab tak ada geng minum but ada yang still continue.

Bagi nak jaga hubungan kami, dia selalu kenalkan kawan2 dia pada saya and benda ini buat kawan2 dia sedar that Mr.A ada tanggungjawab.

Last struggle, nak sujud, ha-ha! Memang perkara ini kita gelak. Yang dah biasa solat tiap2 hari memang benda ini senang tapi Mr.A ini kaki gym treadmill, angkat berat and so on, mana ada sujud.

First time cuba, terus komplain sakit lutut tapi terus malu bila dapat tahu that my dad umur 60 lebih boleh solat and sujud so dia pun cuba taktik pakai blanket sebagai alas and sejadah.

Alhamdullilah, 1st Ramadhan after masuk Islam berjalan dengan lancar. Kadang2 macam budak2 juga, dia teringin nak dipuji so saya pun selalu rajin cakap “I am so proud of you”, “I am so lucky to have met you”.

Ada juga discussion pasal his ex girlfriends and memang dia jujur yang dia dah ada hubungan katil with all of them but semua dah move on.

Dia boleh accept logik saya cause dah buat semua pun still tak sampai jodoh so apa kata kita cuba cara lain.

In fact, dia cakap, dalam kalangan semua perempuan dia date, saya yang banyak bertanya untuk berkenal and selalu nak berusaha untuk fahami satu sama lain. Yang lain merajuk bagi bunga/makan or bawa katil untuk pujuk.

Alhamdullilah, setahun 2 bulan bertunang memang banyak ujian dan saya selalu nak give up. Nampak saja pandai, firm and kuat tapi bab ni Mr.A yang lagi kuat. Dia selalu cakap yang dia tak nak give up and hubungan kita sangat penting bagi dia.

Bagi yang nak tahu update, kami dah berkahwin, baru 3 bulan tapi memang sangat indah. Memang worth it segala cabaran and dugaan.

Bagi yang fikir, nampak perfect sangat sampai tak realistic, memang lah. Nak taip ini pun mengambil masa so memang tak dapat cerita every butir2.

Rasanya tak ada makna nak buat Part 3 pasal perkahwinan since baru lagi tapi lepas baca komen2 lucu, terdetik nak tulis pasal kehidupan overseas saya sebelum jumpa Mr.A.

Pernah terbaca orang share tips2 nak migrate, siapa tahu ada yang bermanfaat tapi nak bagi warning awal2, negara saya duduk bukan glamor macam UK/US. Orang Malaysia dekat sini muat Whatsapp Group & baru2 ini baru dapat Ambassador in our Embassy, ha-ha!

Yang still tak percaya cerita saya, boleh je saya DM awak and awak boleh ziarah saya in Czech Republic ye. Dah lama tak lepak dengan orang Malaysia and awak boleh bawa barang2 Malaysia untuk saya nanti, ha-ha!

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang membaca and Selamat Berpuasa!

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *