Jodoh Memang Ada Untuk Semua Ke?

Hi.. Aku tulis kat sini untuk sekadar luahan + aku nak mintak cadangan apa yang aku patut buat..

Aku rasa confession akan undang kecaman but whatever. Aku M, umur 29 tahun & bekerja alhamdulillah.. Aku still belum kahwin.. Aku rasa korang boleh agak ya apa aku nak citer ni..

Dulu masak aku belajar aku tak rasa ada bf cari pasangan hidup tu penting.. Aku tau belajar je.. Seumur hidup aku aku tak pernah ada bf & seketul 2 je kawan lelaki..

Now bila aku umur 29 tahun baru aku sedar kekurangan kalu kau tak reti bergaul dengan berlainan jantina.. Maksud aku pergaulan yang sihat la..

So now aku baru tahu aku kekurang banyak dalam tu.. Aku tak berapa aware redflag lelaki.. & aku tak berapa aware bahasa lelaki ni mcm mana.. Haa macam tu..

And bila aku dah kerja baru aku start ada strong feeling nak kahwin.. Dah masa ni kawan – kawan aku dah start kawin & mostly jumpa time belajar.. Aku time belajar ?? Tak fikir apa..

Masa kerja ni memang mostly kawan aku lelaki.. Tapi tu la.. Lelaki orang.. Tunang orang.. Suami orang.. Haa gitu… Dah apa je tinggal untuk aku?? Lol…

Yang muda lagi dari aku siap ada anak dah.. Aku ??? Susahnya nak jumpa jodoh .. Aku suka kat orang.. Orang pulak tak suka aku + ambik kesempatan je kat aku..

Mudahnya orang lain jumpa jodoh.. Aku ni kadang sampai terfikir betul ke tuhan cakap setiap manusia tu diciptakan pasangan??

Kalau ada kenapa 29 tahun aku hidup tak pernah ada yang approach aku pun?? Betul ke ada untuk aku?? Hodoh sangat ke aku?? Hina sangat ke aku??

Aku sedih.. Kadang – kadang cakap pasal ni pun buat aku rasa sedih & nak marah.. Like hina sangat ke hodoh bodoh sangat ke aku ni sampai Allah pun anggap aku tak layak semua tu??

Kadang dengan ayat “Nanti ada tu” or “Allah tak bagi lagi sebab dia nak bagi yang the best” or “Allah bagi rezeki lain dulu tu.. Nanti mesti dapa”

Aku rasa nak marah, sedih.. Benci meluat aku dengar ayat tu dari kawan kawan aku.. Like nanti tu bila?? Kau boleh gerenti bila?? Kau boleh gerenti aku dapat tak?? (ni on my bad days la.. Kalau on my good days, aku boleh react positive je)

Janganlah cakap yang “Tak perlu la fikir nak kahwin jee.. Banyak benda lain lagi boleh buat” sebab tak perlu la aku tulis apa aku dah buat seharian aku.. Nanti jadi panjang pulak..

Dan jangan la cakap “Bersyukur je apa ada nya” sebab nakkan sesuatu bukan bermaksud kau tak bersyukur dgn apa yang ada.. Sebab aku still mengaku aku bertuah dalam banyak aspek kehidupan.. Dan kalau kau follow that logic..

Patutnya cakap jugak kat orang yang ttc “Ada anak pun susah jugak” or dekat orang yang menganggur tu “Kerja pun beban jugak boss problem staff problem” haa gitu..

Dan kawan aku baru baru ni ada suggest untuk aku try online dating apps.. Which is why aku buat confession ni..

Masalahnya hati aku tak terbukak nak guna online apps.. Setahu aku tu memang port hak orang tapi berlagak single kumpul.. Aku jadi benci.. Kawan aku suggest tadi pun buat aku rasa benci nak marah dengan suggestion dia..

Kawan aku pun balas dah bukan kahwin terus.. Kenal la dulu kan.. But the process of it is just too tiring for me.. Imagine je pun aku dah penat..

Dan aku pernah jugak dapat 1 chat dari someone yang tak berkualiti aku jadi malas.. Tu sekali je aku try pastu aku uninstall.. Kawan aku pun jadi diam terus bila kau cakap ni..

Aku rasa kalau kau tak pernah try dating apps, tak pernah kena tipu & kau allah dah mudahkann urusan jodoh kau memang senang cakap..

Memang senang suggest itu ini.. Tapi yang pernah kena tipu ni yang kena tanggung.. Lagi2 perempuan.. Sebab dalam dating apps banyak laki orang dari bini orang..

& kalau aku try.. Dah tu kalau dapat lagi yang tak berkualiti lepas ni, aku kena ulang balik proses sama ?? Nak ulang banyak mana. ???

For me process kenal online lagi penat dari kenal offline sebab offline ni process dia can take place naturally..

Tapi online ni macam kau kena force sikit… Dah pastu put effort tiber kalau laki orang macam mana?? Dapat orang tak berkualiti lagi macam mana 

Dan kan aku kata aku ada suka someone tapi tak dipandang.. Aku tak rasa aku fully moved on lagi.. Maybe aku ada mengharap lagi kat dia tu pun memainkan peranan jugak sebenarnya kot..

Aku cuba pujuk diri aku untuk cuba berkenalan dengan orang lain cuma tulah.. Circle aku now memang limited.. Kalau nak try jugak memang dating apps je.. Tapi tu lah masalah aku pulak dengan dating apps..

Ok, balik ke dating apps tu.. Tapi aku tipu la tak terfikir.. Patut ke aku bukak hati aku untuk try?? Just to make friends je dulu ke???

Macam mana nak dapat yang berkualiti?? Dah macam mana kalau tak jumpa jugak?? Kalau patah hati lagi sekali, aku jugak yang susah..

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Oh mai oh mai nak M uiiiiiiiiiii.
    Kau baru 29 tahun luahan marah pada Tuhan pasal jodoh. Astaga nak tak takut jatuh kufur ka?

    Anak saudara acik umur 33 tahun. Bujang. Muka retis. Cantik putih, slim supermodel body hot, Muslimah jenis tak keluar malam lepak dengan opis mate laki. Jenis tak buang masa lapar perhatian macam betina terdesak tapi sekali pon tak pernah acik tengok dia sebut nak kahwin bila tiap kali jiran kampung sebelah datang raya rumah keluarga besar kami. Elok ja jawab doakan.

    Dah kau baru umur 29 tahun bitter sangat dengan Tuhan.

    Kadang kau tak dapat jodoh bukan sebab kau hodoh tapi hati kau tu bermasalah. Tibah dengan Tuhan kau bitter. Kau yang tak reti bergaul.

    Nasihat acik jangan guna dating app kalau kau tahu tuh banyak boya perangkap pompuan BITTER terdesak cam kau.

    Gunakan social media. Update life kau yang kau sembang terpaling macam mana kau dah buat tuh.

    Kalau kau ikhlas bahagia sama hidup sendiri dan diri sendiri baru kau boleh tarik orang yang nak bina hidup berumah tangga sama kau.

    Ini kau sendiri bitter cam hanat. Mesti sama kawan bujang yang cantik pon kau kuat dengki suka sakitkan kawan kawan bujang kau. Ada dosa sakitkan hati sahabat yang ikhlas dan baiklagi cantik dan tak masalah cam kau pon boleh beratkan jodoh.

    Mungkin kau nih sejenis kawan gi vacation pon kau nak join tapi ujung ujung bila masa bayar dah 3 4 hari balik travel baru nak transfer duit. Kawan pula kena mengemis minta kau transfer duit. Tuh pasal kau jumpa laki yang pergunakan kau.

    Acik speku betina kuat tayang muka sebesar alam dalam wasap dan media sosial pagi semua tuh yang kuat bitter karna ditipu jantan. Pasal kamu betina hanat nih dengan sahabat sama jantina kedekut. Berkira. Nak beri hadiah nak belanja mahal jangan mimpi. Tapi bab jantan BENGAP TRANSFER RIBUAN baru rayu belom jadi makwe dah delusional hulur duit lapar jantan kah kah kah kah kah

    Cermin dosa sendiri nak.

    Mungkin akibat dengki iri hati sama kawan bujang yang cantik dan bahagia dan tak kongsi rezeki sama kawan dah menikah ada anak suami tapi sponsor duit untuk jantan laju ituh pasal kau dipergunakan jantan level hati busuk kepam cam kau.

    Cuci hati.

    Diri sendiri dengki iri hati rupa orang.

    Diri sendiri buruk sangka sana Tuhan

    Diri sendiri kedekut berkira sama keluarga dan sahabat

    Nak orang luar tibah jatuh cinta nikah dengan betina hati busuk cam kau?

    LAMBAT LAGI!

    Solat taubat dah jadilah pemurah dengan orang yang layak.

    Sayangilah diri sendiri, ahli keluarga dan sahabat yang halal.

    Baru Tuhan hantar dan mudahkan jodoh.

    Pompuan bujang hot tenang sahaja berbahagia nikmati saat bujang bebas tak pening dan penat jaga anak urus hidup bersama suami. Tapi hati bitter tak berapa nak lawa tambah hodoh dalam diri dengan luahan hati ginih. Aduh nak

    Acik dah kahar mohon sedar diri

  2. macik belum try da ngalah,,,
    xmasuk bertanding da rela angkat bendera putih,
    engko nk mcm mane macik, kenal terus kawen? cmtu?
    setiap org lalu jln yg berbeza, ade org mmg rezeki muda2 da kawen ade anak,
    ade org mcm macik la, nk masuk 30 masih single…
    try jela ape saje suggestion, nk tp xnk cube..
    nak kawen, tp xnk kenal org, penat, takut,proses susah..
    ala duk diam jela cmtu macik,gelabah2 pon jodoh tak ke mane

    • Ntah la.. Bila aku baca coter ko ni, aku dapat rasa negative vibe je dari ko. Pernah ko pk tak yang mungkin jodoh ko berat sebab hati ko tak bersih, dengki iri hati sesama kawan, selalu salahkan orang lain tapi ko tak tengok Salah silap ko sendiri? Mebi jodoh ko berat sebab belom smpi masa ataupun ko perlu buang dulu sifat dengki iri hati dan bersihkan hati ko dulu. Mungkin juga ada perangai dan sikap buruk padang diri ko yg ko kene ubah sebelom ada lelaki baik yang sudi peristerikan ko jadi suri hati dia.

  3. Aku pernah rasa dan lalui macam ko.Hingga sekarang pun aku rasa dan lalu apa yg sedang ko rasa

    Tapi bila ada sorang kawan aku yg cantik dan dapat jodoh laki dia kaya serta baik kadang aku rasa cemburu.

    1 hr kawan yg cantik ni oernah share kat aku yg dia dulu selalu berdoa minta pada Allah.Kata kwn aku tu…walaupun Allah itu MAHA ESA dan maha tahu apa yg ada dlm hati kita..tapi sbga hamba kita kena la meminta iaitu berdoa.Kwn aku pesan doa tu pulak kena jelas..Maksudnya kena sebut apa yg kita nak.Ko nak lelaki yg macamana,ko nak yg baik ke,yg kaya ke,yg romantik ke @ whatever ciri yg ko nak la..Kena sebut bg jelas walaupun Allah itu maha tahu ..Kita kan hamba dan kita tahu Allah itu MAHA KAYA…so jangan minta sikit2..minta (doa) sebanyak2nya sebut semua yg kita nak..Tapi kena la ada adab berdoa..Kena tunaikan tanggungjawab kita kpd Allah dan kena mengadu dan minta dengan sesungguh hati..menangis..merayu…
    meminta bersungguh2..

    Selepas dgr kwn aku tu..tetiba hati aku berbunga untuk berdoa…Dan aku sangat yakin yg Allah mendengar doa aku..Kadang bila penat berdoa dan rasa nk give up aku cepat2 bersangka baik kpd Allah dengan pujuk hati aku..sikit lagi dah Allah nk bg…Kadang aku berangan kerana kata ustaz apa yg kita fikir itu jd 1 doa juga..

    Sekarang pun asal teringat aku akan berdoa dan aku jd seronok berdoa..Rasa lega bila tadah tangan dan “bercakap” dengan Allah ..

    Jom la kita sama2 berdoa dan terus berdoa..Lama lama takkan la Allah tak maqbulkan?

    Kalau ko rasa nak ikut apa yg aku cadang ..ikut lah…
    Kalau taknak tak payah ikut

  4. Awak kena ubah mindset awak. Cuba usahakan untuk senyum and jadi lebih ceria dan light. Kadang kita tak perasan muka kita masam jadi susah orang nak tegur atau approach. Lepastu work on your appearance sikit. Lepastu dah confident sikit awak cuba la approach orang pula bagi nombor kalau awak rasa suka. Tak salah tapi benda kena usaha sikit kalau tak ada orang approach. Jangan lah asyik salahkan Tuhan ya. Tuhan tu baik, kita je lalai tak bersyukur.

    • Saya doakan moga Allah diberikan jodoh yang baik2. Aminn.

      InshaAllah, setiap penanti adalah suatu ganjaran pahala. Mungkin awak rasa nak give up, lost hope. Tapi yang pasti pahala awak tengah mengalir kerana bersabar.

      Sabar itu juga satu ujian. Sabar itu memang memenatkan. Bukan semua orang dapat bersabar. Moga Allah kurniakan kesabaran untuk setia menanti.

      Kalau awak dah tak mampu nak dengar apa orang cakap, awak tak payah dengar. Time dorg cakap awak try ubah topik tak pun larikan diri dari perbualan sebentar. Moga yang baik2 untuk awak. Orang yang tak pernah rasa memang takkan faham apa2.

  5. Adik cuba join grup mencari jodoh dlm facebook. Kawan dulu dlm fb. Dari situ dapat perhatikan orangnya bagaimana. Komennya kena tak dengan jiwa. Akan ambil masa sikit tapi lebih selamat. InsyaAllah.

  6. Saya Andalusia umur 45 tahun nak masuk 46 dah. Cara cari jodoh yg adik sebut tu, saya dah try. Ada yg lagi hardcore. Tapi memang betul kata adik, online dating apps ni banyak yang scam je. Sbbnya lelaki yang betul2 ikhlas nak cari jodoh boleh dikatakan tak ada atau tak ramai. Majoriti kat situ ada suami orang acah2 dia single berangan nak berskandal/berbini ramai, lelaki pisau cukur yg nak sambar perempuan yg elok pekerjaannya lagi berduit, lelaki yang tgh cari pompuan utk stok geli2 projek di Genting atau rumah sewa dia, mcm2 la..

    Camni ye dik… Manusia ni tak sama. Masing-masing ada jalan hidup dan takdir dia sendiri. Masing-masing ada rezeki dan bahagian dia sendiri yg Allah dah tetapkan.

    Cth Allah nak bagi rezeki orang tu ada kerja bagus, financially independent boleh beli mcm2 dgn duit sendiri. Ada orang tu rezeki dia kawin muda sangat, dapat suami pulak sgt baik dan bertanggungjawab lagi penyayang. Yang sorang lagi tu, tak boleh berikan zuriat tapi suami isteri bertuah sebab 4 orang anak angkat dibesarkan dari kecik mcm anak sendiri semua membesar sihat. Sekarang 4 orang tu dah dewasa pun dan semuanya berbakti jaga husband and wife yg dha tua skrg. Ada pulak tu yg rezeki dia dapat ketenangan hati dan selalu dipermudahkan urusan tiap hari cari duit halal utk anak isteri guna tulang empat kerat siang malam bekerja berhujan berpanas walaupun dia miskin tegar kais pagi makan pagi. Sebab dia tak nak meminta-minta pd org lain, dia yakin pasa usaha sendiri dan rezeki yg Allah bagi.

    Betul kata kawan adik tu. Jangan berhenti berdoa. Teruskan berdoa dan mengadu pada-Nya. Adik sebenarnya tak perlu nak banding-bandingkan diri kita dengan orang lain, nanti lagi stress dan jiwa kacau. Sebaiknya cuba adik muhasabah diri, renung dan fikir sedalam-dalamnya. Tengok betul2, apa kelebihan dan kekurangan diri adik? Sebenarnya apa yang adik nak? Dan apa yang adik betul2 perlukan dalam hidup adik sekarang juga akan datang? Nak dengan perlu, tak sama ye. Lagi satu, dah berapa jauh dan besar mana usaha yang adik sudah curahkan utk semua yang adik nak/perlu tu? Tanya diri sendiri, jawab dengan jujur. Keinginan adik nak ada suami saja atau teman hidup atau kedua-duanya? Adakah keinginan itu disebabkan peer pressure atau adik rasa adik memang sudah bersedia sepenuhnya (mentally, physically, emotionally, physically, financially)?

    Jangan sedih dan marah, dik. Bila kita nak orang tu tapi dia dia tak nak kita, anggap je takde jodoh dan sila move on. Mungkin kita anggap dialah yang terbaik utk kita, tapi siapa tau mungkin dia lebih terbaik utk perempuan yg lain dan memang Allah dah tetapkan itu jodoh mereka? Siapa kita untuk pertikaikan? Pujuk hati adik utk redha dan berdamai dengan takdir. Let it go. Entah-entah jodoh kita yang Allah nak hantar tu, 10x atau 100x lagi baik dari yg kita pernah mengharap atau pernah suka tu. Mana kita tahu.. Cepat atau lambat je, saat tu akan sampai.

    Move on, don’t look back. Jangan peduli cakap2 dari mulut longkang pasal diri adik. Stay and think positive, sincerely love yourself first before others (not selfish ye) and make yourself genuinely happy luar dalam, dari ujung rambut ke ujung kaki. Bila adik dapat buat semua tu dengan jayanya, tahniah! Aura adik yang glow dan positive tu akan auto attract orang lain tak kira lelaki perempuan nak approach dan kenal adik. Masa tu, choose wisely siapa yang kita nak jadikan kawan, teman, atau pasangan hidup. Be a smart woman.

    Artikel pasal ‘How to love yourself’, ‘Love yourself first’, ‘How to make yourself happy’ semua ni adik boleh search online. Sangat-sangat membantu. Mungkin adik akan dapat ‘sesuatu’ kat situ. Teruskan usaha cari jodoh, pelbagaikan lagi cara2 yg adik nak usahakan. Nak cara mudah ke, cara senang ke, cara moden ke, cara tradisional ke. Yang paling penting, bukan cara haram di sisi Allah atau cara illegal. Naya dik. Mana tahu, adik cuba dulu. Never give up. Macam org selalu kata, belum cuba belum tau. Think positive, stay positive! All the best :-)

  7. Halah2 dik. Muda lagi. Kakak ni dah 3 series hampir 4 series. Kena tipu dengan lelaki banyak kali. Ambil kesempatan. Tapi, masih yakin jodoh tu rahsia Allah. Sabar dik. Kadang rezeki kita untuk menjaga keluarga. Meluangkan masa dengan keluarga. Ramai wanita-wanita yang dah berkahwin, sempat jumpa keluarga sendiri setahun sekali je, itu pun kalau ada masa. Ada yang 3-4 tahun sekali baru dapat balik kampung. Nikmati apa yang ada sambil mencari. Tapi, hati-hati. Kakak ni dah kena puas dah. Orang kanan kiri pula sibuk mendoakan kita, asyik sebut soal jodoh. Niat mendoakan memang baik, tetapi kadang sakitnya Allah saja yang Maha Mengetahui. Jodoh tu memang Allah dah tulis dah. Cuma jalannya kita tidak akan tahu. Mungkin bukan di dunia. Tapi, di syurga. Jadi, kita sama-samalah usahakan untuk masuk ke syurga. Kakak pun banyak lagi nak perbaiki diri. Mungkin, ini juga cara Allah nak didik kita dik.

  8. Sorry but kena fikir balik kita siapa nak pertikaikan janji Allah? Dah susah-susah sangat awak buka je la kaunter tepi jalan, ‘MENCARI JODOH’. HAHA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *