Jodoh Oh Jodoh

Assalamualaikum.. Biar saya perkenalkan diri sebagai Odah. Alhamdulillah.. Mempunyai kerjaya stabil. Tinggal bersendirian di ibu kota salah satu bandaraya yang sibuk di Malaysia.

Kedua orang tua masih ada, tinggal di kampung. Dan saya tidak mempunyai ramai kawan melainkan sahabat rapat yang boleh dikira dengan jari jumlah nya.

Namun menjejak ke umur yang sepatut nya sudah berkeluarga (barangkali) saya masih belum berkahwin. Entah kenapa jodoh terlalu sukar untuk insan seperti saya.

Saya tidak lah terlalu buruk parasnya. Masih ada manis dan kecil molek saja orangnya. Serta sentiasa menjaga penampilan..

Cukup itu saja mukadimah untuk saya memperkenalkan diri. Kembali pada tajuk.

Biar saya perkenalkan si cinta hati saya sebagai A. Dia bukan cinta pertama saya tetapi berharap dia adalah yang terakhir. Teman seperjuangan di tempat kerja yang sama.

A pernah berkahwin tetapi sudah bercerai dengan bekas isteri lebih 5 tahun. A seorang yang baik, sangat sabar melayan karenah saya yang kekadang kepala angin. Sentiasa menemani saya ke mana saja.

Juga teman berkongsi suka dan duka. Dan akhir nya dari seorang kawan biasa kami menjadi rapat. Dan saya terjatuh cinta pada A.

Hubungan ini sudah berlanjutan lebih 3 tahun. Tapi saya tak pernah meluahkan perasaan saya pada A secara terbuka. Cukup dengan layan dan kelakuan saya untuk A.

Dan saya tidak pernah cuba untuk rapat dengan mana mana lelaki lain sejak A hadir dalam hidup saya.

Untuk pengetahuan pembaca, A bukan muslim dan mungkin itu juga menjadi sebab kenapa kami tidak pernah meluahkan perasaan masing masing.

Sehinggalah tiba masa, A membuat keputusan ingin meletak jawatan dan akan kembali ke kampung halamannya di Malaysia timur.

Mula mula saya cuba menerima takdir ini. Tetapi tinggal beberapa bulan lagi A akan pulang, hati makin tidak keruan. Umpama terasa ada yang bakal hilang.

Apatah lagi beberapa minggu sebelumnya saya menyedari A ada teman istimewa yang lain. Saya tagih jawapan dari A. Tersedu sedan menangis saya kerana terasa A tidak menghargai saya selama ini.

Dan akhirnya baru saya meluahkan yang saya sangat menyintai A. A memutuskan hubungan tersebut dan kembali kepada saya.

Tapi halangan utama adalah agama kami. Ibu A tidak merestui kami memandangkan jika A berkahwin dengan saya.

A perlu memeluk agama islam. Menurut ibu A bukan saja agama, adat kami juga jauh berbeza. Mana mungkin dia menerima saya.

A meminta restu tapi jawapan ibu nya tetap sama jadi kami memutuskan untuk menyerahkan jodoh ni pada takdir walaupun hakikatnya setiap hari saya menangis memikirkan nya.

Saya tidak berniat untuk melawan ibu A apatah lagi meletakkan A dalam keadaan serba salah. Pada saya, syurga A masih lagi pada ibu nya sampai bila bila..

Setiap kali solat saya menangis.. Berdoa semoga A jodoh yang Allah tulis di luf mahfuz nya untuk saya. Dan berharap ibu A dapat membuka hatinya untuk menerima saya.

Tetapi saya tahu mungkin perancangan saya dan perancangan Allah tidak sama.

Entah apa hikmah yang tersembunyi disebalik takdir ini. Apakah ada sinar di hujung jalan gelita.

Tapi saya tetap mengharap berjodoh dengan A, semoga dia adalah lelaki terakhir untuk saya kerana saya sangat menyanyangi dia.

Teman pembaca, cukup sampai di sini dulu. Terima kasih kerana sudi membaca.. Jika ada kesudian, doa kan agar hati saya terus kuat..

Semoga dibalik dugaan ini, Allah mengaturkan sesuatu yang lebih indah untuk saya.. Terima kasih semua..

– Odah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *