Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang dikasihi. Aku merupakan seorang wanita bujang berumur awal 30-an yang bekerja dalam bidang profesional.
Aku bekerja 300km jauh dari rumah dan masih menunggu giliran untuk pertukaran ke negeri asal. Alhamdulillah walaupun jauh dari keluarga, aku suka bidang kerja aku.
Aku mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang cukup supportive. Kewangan pun stabil. Kesihatan terjaga. Semua mencukupi alhamdulillah. Tapi, ada satu benda yang buat ibu bapa aku risau iaitu soal jodoh. Typical la kan.
Aku yakin bukan aku seorang yang terperangkap dalam isu ni. Ramai yang senasib kan? Orang kata umur dah 30 lebih, tak kahwin-kahwin, nak jadi anak dara tua ke?
Sejujurnya bukan tak cuba. Macam-macam iniatif dah cuba tapi tak ada rezeki. Pernah bercinta tapi zaman sekolah cinta monyet macam tu jela.
Kawan-kawan sekeliling pun ramai yang masih bujang. Sejujurnya dulu tak rasa tertekan sangat. Tapi bila dah semakin berumur, ada lah rasa teringin nak berumah tangga dan ada cahaya mata sendiri.
Masa zaman belajar, aku tak rasa nak bercinta. Bila ada yang mendekati, aku reject. Tapi reject dengan baik okay.
Start umur 27 tahun baru lah aku memulakan langkah untuk berkenalan dengan beberapa individu (kenalan ibu bapa, dan kawan-kawan).
Online? Aku belum cukup percaya lagi. Takut kena scam ke apa.
Bermula dengan lelaki pertama. Kenalan ibubapa. Kami berkenalan selama 3 bulan. Semua okay. Tiada masalah.
Kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Aku pula jenis yang bukan clingy jadi untuk aku okay je asalkan kami still keep in touch.
Tiba-tiba satu hari tu ibu aku telefon dan minta aku jangan berhubung lagi dengan lelaki tu. Bingung sekejap. Tiada ribut tiada apa kenapa pula tiba-tiba.
Katanya, ibu lelaki tu bagitau ibu aku yang dia sebenarnya sudah ada pilihan lain dan tak sampai hati nak bagitau aku.
Okay. Aku tak gelabah. Relax dulu. Habiskan kerja dulu. Lelaki tu masih contact aku macam biasa. Tak cakap apa-apa macam yang ibu dia bagitau.
Balik dari kerja, aku mesej dia. Tanya ada apa-apa nak bagitau ke? Tapi dia kata tak ada. Jadi aku forward apa yang ibu dia mesej ibu aku.
Aku tanya betul ke ni? Saya nak dengar dari mulut awak sendiri. Tiba-tiba respon lelaki tu macam agak marah dan kata aku tuduh dia itu ini.
Dia kata perempuan merunsingkan. Dia penat kena jaga hati ibu bapa, hati orang lain. Aku jadi confuse. Dia okay ke tak sebenarnya.
Mungkin dia hanya mencari alasan.
Aku tak sedap hati. Jadi aku terus cakap sampai disini jela perkenalan kita. All the best. 0-0. Haha.
Ibu dia banyak kali contact untuk minta maaf bagi pihak anak dia. 3 bulan lepas tu, aku dapat tau dia tunang lepastu kahwin. Hahaha, mampu gelak jela.
Next, kenalan kawan-kawan. 2 minggu kenal lepastu terus jumpa. Melalui text macam okay tapi bila dah jumpa lain pula perangainya. Haha.
Senang cerita tak boleh nak masuk la. Tak click orang kata. Tapi kami okay, setuju untuk terus berkawan je. Yang ni memang sekejap je perkenalan. Bagus. Aku rasa tak buang masa banyak.
Yang ketiga, kenalan ibu. Yang ketiga ni katanya sangat takut nak memulakan langkah sebab profession aku. Setahun juga la tunggu dia contact tapi tiada khabar berita. Aku nak contact tapi tak ada nombor pula. Haha.
Mujurlah aku jenis yang tak murung menunggu ke apa. Move on. Ada banyak lagi benda nak fikir. Ramai juga yang bagi alasan takut dengan profession tu.
Tapi kalau dia betul-betul berminat, mesti dia akan overcome perasaan takut tu. Padahal aku jenis tak kisah pun. Haih kerja pun boleh jadi penghalang.
Kemudian, kenalan kawan-kawan lagi. Yang ni lama juga kenal dalam setahun lebih. Nak kata selalu jumpa tak juga, dalam 2 bulan sekali je.
Tapi dia ni macam tak ada gaya nak ke next step. Jadi, aku terus terang dengan dia yang aku berminat untuk berkenalan dengan lebih serius.
Aku tanya dia macam mana? Tapi jawapan dia menghampakan ya. ‘Kalau ada jodoh, ada la’. Macam tak bersungguh ya. Macam mana nak ada jodoh kalau tak ada effort? Haha.
Aku jenis tak suka buang masa, buang tenaga. Jujur aku cakap kat dia kalau tak nak cakap tak nak.
Lepastu dia bagitau yang dia nak fokus career, tak bersedia nak pegang tanggungjawab besar. Okay kan senang bagitau awal-awal. Tak kalut.
Haha.
Yang latest tu sedih juga la sebab dah start ada perasaan kan tapi tu la kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Again move on.
Sekarang take a break kejap. Tak ada orang nak berkenalan. Mungkin sebab umur pun nak makin tua. Haha. Kerja pun makin menimbun.
Bagi aku nak cari pasangan ni memang ambil masa sebab kita nak hidup dengan dia selamanya bukan sehari dua. So memang kena betul-betul kenal. Tak boleh tangkap muat je.
Jadi nak bagitau dengan orang-orang yang senasib dengan aku, walau terdesak mana pun kita, buatlah pilihan dengan bijak. Baik lelaki mahupun perempuan. Tak apa biar lambat asalkan selamat. Hehe
Zaman sekarang banyak betul kes aneh-aneh. Kenalan aku sendiri bercerai sebab baru tau pasangan dia songsang. Hmm nauzubillah.
Janganlah aniaya orang.
Kalau tau diri macam tu, janganlah kahwin dengan orang lain. Kesian kat orang tu. Mental jadinya. Takut dengan dunia akhir zaman ni.
Semoga kita semua dijauhkan dari benda-benda sedemikian.
Akhir kata, aku minta doa semua harap kita dikurniakan pasangan yang baik, rezeki yang tak putus, dan semua benda yang baik-baik lah.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang diredhai-Nya. InshaAllah. Aamiin.
– Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit