Jodoh Online, Gemuk dan Miskin

Salam semua. Sebab tajuk ni yang hot sekarang kan, saya nak cerita pengalaman saya serba sedikit tentang cari jodoh online.

InsyaAllah saya akan berkahwin dengan lelaki pilihan saya hujung tahun ini jika tiada apa arah. Dan kami berkenalan di salah satu portal online. Disini saya nak beri beberapa tips dan pengalaman untuk siapa yang ragu-ragu nak guna. Kita usaha, Allah yang tentukan insyaAllah.

1. Cara berkenalan

Saya daftar atas cadangan kawan sebab katanya kena usaha kan. Jarang buka kecuali bila ada yang kirim salam. Dan sangatlahhhh banyak manusia pelik disini. Perlu hati-hati. Bila ada yang berkenalan, lepas 5,6 kali berbual, benda pertama saya minta adalah his facebook/ any social media. So far, hanya 2 orang sahaja yang saya beri fb saya (termasuk tunang saya huhu). Fb ni mungkin orang boleh berpura-pura terutama bab agama, tapi anda pun boleh lihat perwatakan, gaya hidup dan minat seseorang (bagi saya ini sama penting dengan agama). Jadi kami pun sambung berkenalan di messenger fb. Sampaikan masa jumpa parents pun, kami masih belum bertukar nombor.

2. Jangan ambil masa yang lama di alam maya, bawa ke alam realiti.

Dalam proses kenal tu, tak lama masa kami ambil untuk berjumpa. Mungkin kerana dua-dua ada mindset untuk mendirikan rumahtangga. Rupa-rupanya, tunang saya merupakan kenalan kawan saya. Jadi kepercayaan banyak terbina dari real life.

3. Gemuk

Kami mempunyai rupa yang biasa2 sahaja, tapi kami aim untuk jaga berat badan dan stay fit selepas kahwin. Secara jujur, saya punya bmi sekarang cukup-cukup makan dan menghampiri lebih berat badan. Tengah usaha diet. Ingin saya tekankan kita perlu kurus sebab KESIHATAN yang utama, bukan penampilan diri. Tolong jangan bagi alasan, nak si dia terima seadanya. Kita yang membinasakan diri sendiri dengan makan banyak. Tunang saya beritahu dia nak isteri yang jaga bmi, dan secara jujur, saya sangat gembira sebab saya pun impikan keluarga yang sihat dan cergas. Saya tanya kalau saya gemuk lepas beranak camna. Dia kata, dia akan bantu exercise sama-sama dan jaga pemakanan. Hantar slimming centre pun ok. Harapnya dia akan ingat janji dia.

Jadi mohon semua tak kira lelaki atau perempuan, jaga kesihatan sebab kita nak hidup lama kan dengan pasangan jika diizinkan Allah. Dah, jom la kita eat clean dan kawal nafsu makan ya.

3. Miskin

Lelaki pula, tolong jangan salahkan perempuan bila kami cari yang berkerjaya. Sebab dah ramai sangat yang bila terima seadanya, lelaki yang banyak ambil kesempatan (tak semua tapi ramai). Kebanyakan yang daftar website jodoh pun wanita bekerjaya sebab tak sempat nak berkenalan di tempat lain, secara tak langsung memang ada sedikit ego walaupun semua nak jadi isteri solehah. Bukan nak yang kaya pun, cukuplah yang bertanggungjawab dan mampu menyara kehidupan anak beranak. Pada mulanya saya ingat bakal suami saya juruteknik sebab diruangan pekerjaan dia tulis kerja bahagian teknikal dan sewaktu dgnnya (xberapa ingat), dan memang saya tak kisah sebab yang penting adalah dia bekerja. Rupa-rupanya dia adalah seorang jurutera. Jadi, mohon lelaki faham yang kami ni hanyalah mahukan rasa tanggungjawab itu di alam perkahwinan.

Itu sahaja tips yang saya nk share. Semoga yang belum cuba akan berani mencuba dan yang sedang mencari akan dipermudahkan. Gunakan akal sebelum jatuh hati ok.

Salam,

– Solehah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *