●Bismillahirrahmanirrahim. Pertamanya saya menulis ni memang sebagai nasihat diri sendiri, tapi rasanya ada manfaat juga kalau nak sampaikan pada orang lain. Tq admin.
●Oleh sebab kebanyakan rakan2 sebaya saya sedang mengalami fasa-fasa mendapakan jodoh atau berbicara tentang jodoh, Maka bagi yang masih belum bertemu mana-mana calon pasangan, sila bertenang dan Mohon sama ambil nasihat :
1. Jangan Terdesak atau dilihat terdesak. Rata2 saya lihat kawan2 yang belum bertemu calon pasangan ni, duk sibuk post sana sini tentang “pencarian tulang rusuk” bagai. Bukannya tak boleh, tapi kadang2 tu post-post tu over dan nampak seolah-olah sangat terdesak sangat nak berjodoh. Maaf ya nak cakap, apatah lagi yang muslimat ni.. ya saya faham, sekarang tengah misi mencari jodoh, tulang rusuk lah.. Tapi tolong hormati maruah diri. Kelihatan terdesak melalui post2 kita tu sebenarnya nampak agak tak matang dan kebudak2 budakan pula. Lebih baik, “mahalkan” diri kita dengan cara memperbaiki diri semasa fasa pencarian jodoh.
2. Persediaan diri. Oleh sebab kita ni kan belum bertemu calon pasangan, apa kata kita duk tenung muhasabah balik, adakah kita ni sebenarnya bersedia untuk ke arah perkahwinan. Renung balik apa matlamat kita nak berkahwin dan apa pula persediaan kita?. Persediaan Ilmu fardu ain, Ilmu berumah tangga? Persediaan kewangan? Persediaan hati? Yang ni semua kena masukkan dalam checklist persediaan sbelum nikah.
3. Isi kelompangan diri. Ada orang cakap, nak kahwin ni sebab nak halang diri daripada melakukan maksiat, ya tak salah, betullah tuu.. Tapi kalau fikir kahwin tu hanya semata-mata untuk mengelak maksiat, kita silap. Bahkan ramai orang yang dah berkahwin sekalipun, tapi masih bermaksiat.. Ini realiti. So, apa kata kita isi kelompongan yang ada pada diri kita tu, melalui bermacam2 aktiviti yang baik dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Setiap apa yang kita isi tu, insyaAllah akan bermanfaat untuk akal dan rohani, bahkan akan memperkukuh jati diri kita kelak apabila ditakdirkan Allah telah sampai jodoh nanti.
4. Yakinlah pada janji Allah. Ya.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya. Kita buat baik ni, insyaAllah tak sia-sia. Cuma, jangan sesekali menjemput jodoh dengan menghilangkan kehormatan diri. Sabarlah dan bertahanlah, masakan Allah tidak mendengar doa hambaNya yang menginginkan. Jangan pula putus asa, kalau dah sampai insyaAllah ada.
5. Fokus pada misi, misi, misi!. Tenang kan hati, lepastu listkan semua misi yang ada dalam hidup kita. Apatah lagi yang masih ada ibu bapa ni lagilah peluang besar Allah berikan kepada kita untuk memberi manfaat kepada orang tua kita. Realiti yang berlaku kadang2, orang dah bernikah tapi tak buat perancangan awal kewangan.. akhirnya tempias kesempitan wang tu kena pada ibu bapa.. Tak bermaksud nak tuju atau mengenakan sesiapa, sebab percaya rezeki masing2 ada. Cuma yang saya maksudkan di sini adalah untuk orang yang sedang single tu. Alang2 belum kahwin, rancanglah nak berkahwin tu dengan rapi, sebab kahwin ni sebenarnya bukan ikatan dua hati saja, bahkan ikatan dua buah keluarga. Maka tanggungjawabnya besar. So, sementara masih belum ada calon, sila berbakti sepuasnya kepada orang tua kita, renung wajah mereka, kenang kembali bagaimana mereka mendewasakan kita, maka cubalah kembali untuk membalaskan jasa mereka. Bahkan cuba menjadi soleh/ah, sambil2 tu minta doa kedua ibu bapa kita.. InsyaAllah, dengan redha kedua ibu bapa, akan dipermudahkan urusan jodoh kita.
Mudah cerita, pohonlah kekuatan daripada Allah untuk kita tetap sabar dan jemputlah jodoh dengan cara terbaik yang kita dapat laksanakan. Mohon audit persediaan diri, Jaga maruah diri dan agama sebab inilah sebenarnya medan nak uji diri kita. Tak perlu nak buat ayat gebang dan kencang cakp nak berdoa untuk jodohh, kalau hakikatnya kita tak pernah letakkan Allah sebagai pengantara. Jodoh yang baik ni mahal, bukan mudah2 nak dapat ya.
Kata orang, walau ditolak tepi bahkan dibuang jauh, tapi jika jodoh pasti kembali jua. InsyaAllah, jodoh itu pasti bertemu. Tak kiralah jodoh yang mana satu, bertemu manusia kah, atau bertemu sang pencipta dulu.
– Qawwiy.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit