Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai post ini disiarkan.
Saya ingin meluahkan apa yang terbuku sehati saya dan andai ada nasihat yang baik kongsilah dengan saya dan bukan kecaman yang saya dapat ek. Maaflah andai saya menggunakan aku dalam penceritaan saya.
Sudah lama ku menanti jodoh hadir dalam hidupku akhirnya seorang sahabat di zamanku sekolah rendah memperkenalkan aku kepada seorang jejaka ku namakan dia jejaka E. E mempunyai sifat yang baik pada awal perkenalan kami.
Namun, setelah mengenali E aku rasakan banyak yang tak kena dengan E. Sebulan ku kenali E tapi tidak pernah bersua muka hanya telefon dan whatsapp yang menghiasi perhubungan kami. E yang pada sangkaanku akan menjadi jodohku tetapi menjadi kenangan yang sangat sedih buat diriku.
E pernah memberitahuku adakah aku boleh menerima dirinya seadanya dia. Sebab dia mempunyai tubuh yang agak pendek, gempal dan gelap.
Sejujurnya perempuan mana yang tak inginkan lelaki yang sedap mata memandang tetapi pada aku lelaki yang kacak itu jatuh pada nombor dua yang ku cari adalah kesefahaman dan keserasian.
Tipulah dalam sebuah perhubungan tiada pergaduhan. Setiap kali pergaduhan mulut berlaku. E hanya ingin kemenangan. Sikap itu buatkan aku tawar hati terhadap E. Aku tidak tahulah kenapa selalu sahaja bergaduh sedangkan kami tidak pernah pun bersua muka lagi.
Akhirnya aku yang minta putus dengan E. Sebab aku tak tahan dengan perhubungan yang selalu sahaja ada yang tidak kena.
Namun selepas tiga hari aku mencari balik E sebab tak dapat nak lupakan E. E pada awalnya seakan dapat menerima aku kembali tetapi ku lihat sikapnya dingin terhadap aku. Mungkin sudah tawar hati terhadapku.
Akhirnya E menyatakan tidak dapat menganggap aku lebih lagi dan hanya dapat menanggap diriku hanya sekadar kawan. Namun, aku tidak sama sekali.
Disebabkan aku terlalu sayangkan E walau tidak bersua muka. Tapi salah diriku yang cepat buat keputusan untuk berpisah. Namun, aku redha dengan ketentuan Allah mungkin jodohku bukan dengan E. E membuatkan diriku menangis seketika kerna tulus mencintai E.
Sejujurnya sampai sekarang aku masih ingat akan E. Untuk telefon dan berwhatsapp balik memang tidak kerana aku sudah menyatakan kepada E aku tidak akan kembali lagi kepada dirinya. Aku sendiri keliru dengan diriku kenapa sampai sekarang aku tidak dapat nak lupakan E.
Aku doakan E berjumpa dengan jodoh yang terbaik buat dirinya. Doakanlah aku biar bertemu dengan jodoh yang serasi dengan diriku dan dapat memahami akan diriku ini.
– Ku Pasrah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit