Jodoh PKP

Nama aku Candy, bukan nama sebenar, aku dilahirkan di negeri selatan tanah air. Aku bekerja sebagai sales executive di sebuah syarikat disini. Life aku biasa je, pergi kerja balik kerja, tak ada yang menarik pon.

Long story short aku ni nak kata cantik, rasanya biasa je tapi ada la rupanya, manis-manis je orang tengok (lah puji diri sendiri, haha).

Ramai yang cuba untuk menakluki hati aku, masuk meminang tapi semua aku reject mentah-mentah sebab aku trauma dengan kisah silam aku yang tidak menjadi setelah 6 tahun berkasih.

Long story short, negara kita dihantui dengan virus yang datang dari china dan kerajaan terpaksa mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan yang pertama.

Pada hari tersebut memang huru-hara sebab semua orang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah dan ke negeri kelahiran masing-masing sepanjang pandemik, termasuklah aku. Aku baru saja berkerja dan tidak mempunyai kenderaan.

So kebiasaannya mak aku yang akan hantar dan ambil aku kerja, tapi dihari kejadian mak aku tak dapat pickup seawalnya sebab jem yang teruk dan aku terpaksa balik sendiri menaiki grab. Malangnya tak ada satu grab pon yang sanggup ambil passanger.

Aku yang dah buntu tak tahu nak buat ape, aku post dekat status wasap tanya siapa boleh tolong aku yang terkandas. Tiba-tiba Mint reply status aku untuk hulurkan bantuan. Aku pon dengan rasa berat hati terima bantuan dia.

Bukan apa, si Mint ni senior aku masa study tapi aku tak pernah pon berborak dengan dia ke, terserempak pon aku rasa jarang-jarang. Jadi aku sebagai perempuan ada rasa was-was dekat situ tapi sebab dah terdesak kerana terpaksa aku relakan.

Setelah beberapa ketika aku terdengar bunyi ngauman enjin ala-ala GTR tu, hati aku da berdebar sampai nak tercabut, otak ligat berpikir ape yang akan aku borak dengan Si Mint untuk hilangkan awkward, redah je la wehh Candy, nak selamatkan diri punya pasal.

Si Mint ni berpusing dekat office aku tu dekat 5 kali sebab tak jumpa aku dekat mana, aku macam pelik la, eh apehal mamat ni nak berpusing banyak-banyak kali, aku dekat sini je kot, aku terlambai-lambai la mengejar kereta dia, kalau tak kang tak memasal lengkap 1 kali tawaf dia.

Lepas da puas pusing baru la dia berhenti depan aku, aku masuk je kereta Si Mint ni terus buang muka ke tepi tingkap, tanpa tengok aku pon.

Hek elehh mamat ni da kenapa, ikhlas ke tak ni nak tumpang kan aku, nak buang-buang muka pulak, so aku buat tak tahu je lah lantak kau lah. Nasib lah aku tak ada pilihan lain. Lepas 10 minit perjalanan baru lah Si Mint ni bersuara,

“Candy ada nak pergi mana-mana tak sebelum balik, pergi makan ke?” Aduuuhhh mamat ni, da lah krik krikk je dalam kereta, boleh plak dia nak ajak pergi makan, hantar je aku terus tak boleh ke?

Disebabkan aku tumpang dia, aku buat layankan je la ajakan dia tu untuk pergi mamak, bagi aku makan sekeping roti canai pon jadi laa, cepat sikit habes, cepat sikit aku balik rumah.

OK, masa dah sampai dekat mamak tu, dia keluar je kereta terus berlari. Aku macam pelik lah, ehh mamat ni da kenapa, rupanya dia berlari untuk bukak kan pintu aku, aku terus rasa macam kau ni da kenapa pulak? Tebiat ke ape?

Tapi aku pon diam je la sambil ucap terima kasih, dan masih dalam situasi yang sama dia memandang bawah je tanpa tengok aku pon. Aku dah annoyed dah time tu, apehal mamat ni.

Lepas da dapat order aku pon tanya la dekat Si Mint ni, dia kerja mana, tak jauh ke ambil aku, then dia pon jawab sambil tunduk dan terjeling-jeling dekat aku and aku abaikan je la.

Alhamdulillah, aku selamat sampai dekat rumah, lepas siap mandi semua tiba-tiba Si Mint tu mesej aku, awal-awal dia minta maaf dekat aku, aku macam dah kenapa mamat ni asyik minta maaf, dia ada calit minyak senyoyong dekat aku ke ape?

Lahh rupanya dia minta maaf sebab apa je yang terjadi tu semua sebab dia pemalu orangnyahh. Lahh kisahnya patot lerrrr begituu, aku ingatkan dia ni cacat ke ape, rupanya pemalu nauzubillah. Aku pon bantai gelak weyhh, macam nak terputus urat kentut aku dibuatnya.

Disebabkan kita dalam musim pandemic, so kiteorang pon berkawan la bermula haritu, dalam hati ni macam layankan je la, sebab bosankan duduk rumah tak buat apa.

Long story short, masa tu da mula boleh pergi tengok wayang, aku pulak teringin nak tengok cerita Final Digimon, Si Mint ni dengar je aku nak tengok cerita tu, dia pon seboleh-boleh ajak aku tengok sama-sama kekonon untuk balas balik budi sebab last time redah onak dan jem masa pandemic tu.

Aku pon iya kan je la, masa tengok cerita tu aku tak sangka cerita tu sedih weyh, aku dok melalak dalam wayang tu nasib tak banjir, dah la dalam wayang tu ada 6 orang je, yang lain tu semua lelaki, bapak maluuuuu weyhh, aku rasa macam nak je gali lubang untuk sorokkan muka aku,

Si Mint ni lagi laa, dia mengelabah terbangun-bangun dari seat tak tentu arah and tanya banyak kali kenapa aku nangis, lagii maluu tahu tak, aku rasa nak je balik tinggalkan dia sorang-sorang time tu. Disebabkan insiden tu aku pon lost contact dengan Si Mint ape je dia mesej aku abaikan.

After a few month, tiba-tiba Si Mint mesej aku lepas kite orang dah lama lost contact, dia jemput aku dating rumah untuk majlis kahwin adik dia. Aku pon iye kan je la, alahaiii bodohnya aku ni, kenapa laa aku setuju dengan ajakan dia tu, bengong betul aku ni.

Di masa hari kejadian, Si Mint ambil aku dekat rumah and bawak aku pergi rumah dia sebab aku taka da transport kan, and dia pon cakap dia nak ambil, aku pon layankan je lah. Masa nak balik tu, aku salam dengan mak dia, tiba-tiba mak dia tanya aku,

Candy, nanti raya makcik dating rumah boleh? Aku pon dengan blur and bendulnya aku pon jawab, boleh makcik, nanti datang la.

Masa tu aku blur-blur taw, aku ingatkan makcik tu nak datang beraya sebab tu la aku setuju. Tapi bila pikir-pikir balik apehal plak makcik ni nak datang raya? So aku abaikan je la.

Kalau tak silap aku masa raya kelima, Si Mint bagitahu aku yang dia dah on the way cakap nak datang beraya. Aku pon tak pikir ape, aku iya kan je la, sebab aku pikir beraya je, so ape masalahnye kan.

Sesampainya mereka, aku pelik mana Si Mint? Kenapa mak ayah dan adik dia je yang ada? Tiba-tiba ayah Si Mint bersuara dan bertanya kepada abah aku sama ada aku masih single atau sudah berpunya? Masa tu aku duduk dekat dapur sambil buatkan air untuk tetamu.

Aku blurr lagi apehal pakcik ni tanya macam ni, bila abah aku bagitahu yang aku masih single, mak Si Mint keluarkan sebentuk cincin yang masih didalam kotak, dan menyuarakan hasrat untuk merisik diri aku untuk Si Mint.

Jantung aku terus rasa macam nak meletup masa tu. Aku tak pernah terpikir pon untuk dirisik dengan Si Mint ni, dia pon tak pernah tanya apa-apa pada aku kecuali tanya sama ada aku sudah berpunya ataupun belum.

Masa tu aku rasa kalau Si Mint ada depan aku masa tu, memang aku cubit-cubit je dia, pandai ea buat kejutan yang macam ni, kenapa tak tanya tuan punya badan dulu, geram betul aku.

Kata mak Si Mint, boleh tak dia datang rombongan meminang pada akhir bulan 12 ni? Lagi laa aku macam nak menjerit masa tu. Yang aku lagi geram, abah aku cakap dekat parents Si Mint, sekejap ye saya tanya dekat Candy dia setuju tak.

Abah aku pon datang ke dapur, aku macam ape ni abah, tiba-tiba je ni, akak tahu pape. Abah aku boleh pulak cakap, ko diam, sambil dia kira satu eh eh eh, dua eh eh eh, tiga eh eh eh, empat eh eh eh, lima eh eh eh, OK.

Dah kenapa bapak aku ni, dia boleh pulak lakonkan watak bapak puspawangi dalam cerita musang berjanggut tu. Habis je kiraan lima, dia terus ke depan dan berkata setuju dekat parents Si Mint.

Mata aku dekat dapur terus terbuntang dan speechless yea. Kegilaan apekah yang sedang berlaku sekarang ni? Aku ni mimpi ke ape? Aje gilerrrr.

Aku pon malas nak cakap banyak and pikir banyak, aku iyakan je la, dek kerana umur aku last 20’s tahun tu, aku pon terima je lah pinangan Si Mint, sebab aku malas nak pikir cari pasangan lain and ape je yang mak ayah aku pikir terbaik untuk aku, so baik lah jadinya.

Maka jadi lah aku tunangan Si Mint pada bulan 12 dan ikat setahun hidup. Aku nak makan kejap, kalau ada permintaan baru aku sambung lagi ok.

– Candy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *