Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-pkp/).
Lepas sebulan bertunang, aku yang tengah sebok bekerja, tiba-tiba datang seorang pakcik ni sambil membawa sejambak bunga dan bertanya pada officemate aku, ‘Candy ada? Ada penghantaran untuk dia’ Aku macam blurrr, siapa pulak hantar bunga dekat aku ni?
Masa tu officemate aku dah kecoh sebab aku terima 9 kuntum bunga ros merah, aku lagi laa blurr, dah kenapa kalau 9 kuntum? Siapa yang hantar? Bila aku tengok dekat penama, rupa-rupanya Si Mint, and officemate aku bagitahu yang 9 kuntum bunga tu membawa maksud cinta yang kekal dan ingin habiskan masa bersama seumur hidup.
Ya Allahh!! Masa tu sekali lagi aku nak cari lubang untuk sorok muka dari budak office aku yang menjerit bagai dirasuk jin aprit.
Aku macam dah peliklah kan, dah kenape Si Mint ni tiba-tiba hantar bunga? Bukannya birthday aku ke, anniversary kawin mak bapak aku ke sampai tiba-tiba dia hantar bunga. Then aku pon bertanya pada Mint, mimpi apa tiba-tiba hantar bunga? Dia cakap saja hantar, tanda terima kasih sebab Candy sudi jadi tunang Mint.
Fuuuhh masa tu muka aku dah macam udang galah goreng aku rasa, panas, merah and bahang sebab ni first time dalam hidup aku dapat bunga siap ada maksud mendalam lagi. Boleh tahan Si Mint ni, tak padan dengan pemalu yeee.
Masa ni aku dah mula bukak sikit pintu hati aku tapi dalam masa yang sama aku masih was-was dengan keputusan aku untuk terima pinangan dia.
Ok, jujurlah aku sebenarnya masih tak ada sekelumit rasa sayang or suka pon pada Si Mint ni, ye laa sebab macam terlalu tiba-tiba taw and disebabkan trauma, aku memang susah giler untuk buka pintu hati, bak kata orang hati “iceberg”, memang beku habislah citernya.
Masa seminggu lepas tunang tu, aku ada jugak la terpikir untuk batalkan tapi mak aku pujuk and dia suruh kenal dulu hati budi Si Mint ni dulu. So aku pon pasrah je la dengan cadangan mak aku.
Aku ni the only melayu dekat syarikat aku bekerja ni, jadinya aku dipilih sebagai ambassador untuk product company aku bagi menarik minat pelanggan melayu. Masa tu aku baru je habis shooting, rumah boss aku ni dekat je dengan Ikea. So lepas habis tu aku teruslah pergi sana untuk shopping sikit, ye lah baru dapat duit tepikan.
Tiba-tiba Si Mint ni wasap aku bagitahu yang dia dah sampai dekat Ikea untuk teman aku shopping. Aku macam bengang lah kan, alahaii mamat ni kecoh lah, aku baru nak shopping dengan tenang, tapi disebabkan dia dah sampai aku biarkan je lah, takkan nak halau tunang sendiri pulakkan.
Aku ada beli lilin aromatherapy tapi disebabkan sekarang ni zaman no plastic beg dan demi menyelamatkan penyu-penyuan sedunia, lepas bayar Si Mint ni terus ambil seketul lilin tu and peluk dalam dakapan dia macam peluk anak patung, and dia tak toleh sikit pon muke aku and terus keluar dari kedai tu dengan girang yang macam budak-budak dapat ais-krim tu taw.
Aku memang tak boleh nak sorok dah lah muke aku ni bila tengok perangai pelik dia tu, berkerut seribu muka aku masa tu.
Untuk pengetahuan korang bila kiteorang keluar berdua, dia akan tinggalkan aku jauh sebatu taw, kire macam dia 2 meter dekat depan, aku dekat belakang, memang awkward gilerr taw sebabnya kalau aku nak masuk kedai, dah aku kena jerit panggil dia, aku tanya dia perlu ke nak jalan jauh-jauh, sama je macam aku keluar sorang kalau macam ni, korang nak tahu alasan dia ape?
Dia cakap dia malu nak jalan dekat dengan aku, rasa macam tak boleh bernafas bila dekat sangat. Aku speechless weyhh, agaknya keliling aku ni dah tak ada oksigen kot sampai dia tak boleh bernafas bila jalan sebelah aku.
Itu da satu hal, masa nak balik tu, boleh pulak dia lupa dia parking dekat mana, dah bertawaf aku dekat Ikea tu cari kereta dia. Aku tanya dekat dia, dah kenapa tak ambil gambar tiang or ingat tempat parking sebelum masuk mall? Korang tahu apa jawapan dia?
Dia cakap, Mint takut Candy tunggu lama, so Mint cepat-cepat lah keluar kereta and berlari pergi cari kedai Daiso tu, sambil dia tunduk bawah and tangan tu sambil tergaru-garu manja peha dia.
Aku masa tu cuba sedaya upaya untuk tahan gelak dengan blushingnya lagi. Alahaii comel pulak Si Mint ni, terus aku tak jadi marah weyh.
Long story short, dalam berapa bulan je lagi untuk majlis kahwin kami, yes walaupun tinggal berapa bulan aku masih dalam dilemma untuk teruskan majlis ke tak.
Aku ada lah cuba risik-risik kawan-kawan kolej untuk tanya Si Mint ni orang yang macam mana, and masa tu aku baru tahu yang sebenarnya Si Mint ni dulu pernah minat dekat kawan baik aku masa zaman study.
Ok masa tu aku da rasa tak sedap dah, bukan apa semua ni disebabkan aku ada banyak history yang tak best dengan kolej tu, antaranya student lelaki suka buat challenge siapa dapat aku ni kire hebat and itu buat aku rasa macam aku ni bahan mainan.
Ada jugak situasi yang student lelaki cakap aku ni melutut untuk jadi girlfriend dia la, ada yang cakap aku ni girlfriend dia and hampir 1 kolej semua tahu sedangkan aku sendiri tak kenal pon lelaki tu siapa and macam-macam lagi aku kena.
Then yang paling parah bila melibatkan kawan aku ni, student lelaki ada satu habit yang if tak dapat kawan aku, dia orang tukar arah kepada aku, or bila dia tak dapat aku, dia akan bertukar arah ke kawan aku, dah macam main tukar-tukar hadiah yeee.
So bile dengar yang dia pernah crush dekat kawan aku ni, dah buat aku rasa makin was-was. Sebab aku rasa yang Si Mint ni pilih aku sebab aku adalah pilihan terakhir dia sebab aku pernah terperasan yang dia ada jugak wasap dengan kawan baik aku akhir-akhir ni.
So dekat situ hati aku dah mula goyah untuk teruskan majlis, disebabkan tu jugaklah setiap solat aku akan selitkan doa, Ya Allah sekiranya dia yang terbaik untuk ku dekatkan, sekiranya bukan, jauh kan dia dari aku tanpa menyakitkan hati sesiapa dan kurniakan aku seorang lelaki yang akan mencintai aku seorang dunia akhirat.
Aku pernah tanya dekat Mint soal ni, tapi dia diam seribu bahasa and tak ada apa-apa explanation. Banyak kali aku tanya and dia memilih untuk berdiam diri. Walaupun hati aku yang keras macam iceberg ni mula cair tapi bila Mint mula bagi reaksi macam tu buat aku semakin tawar hati.
2 minggu. Yes majlis kami bakal berlangsung 2 minggu je lagi, semua tempahan, persiapan dah siap dan cuma menghitung hari je tapi hati aku makin tertutup sebab sampai ke hari ni Mint tak pernah tanya aku yang aku ni ikhlas ke tak untuk jadi suri hati dia dan dia tak pernah luahkan perasaan dia pada aku.
Aku ni sejenis yang keras kepala taw, aku tak boleh terima bila tak dapat apa-apa jawapan. Aku pernah tanya pada Mint, boleh tak kalau aku batalkan je majlis ni, tapi dia berkeras untuk teruskan je.
Then kalau teruskan, hati aku ni macam mana? Aku ni memang pilihan terakhir ke? Dia pilih aku sebab apa? Dia terpaksa pilih aku ke? Dia betul-betul sayang aku ke?
Hari-hari aku ditemani lagu Bebaskan Diriku dari Armada bagi memujuk hati aku yang tengah bersedih. Terima kasih Mint sebab bagi aku rasa bahagia yang sementara dan sadarkan aku yang aku sememangnya tak layak untuk rasa bahagia dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kami.
Selepas aku pulang kerja, aku ambil bas ting tong dan pergi ke rumah Mint untuk berbincang dengan parents dia mengenai keputusan aku.
Masa ni parents aku tak tahu apa yang terjadi antara kami dan aku berhasrat untuk beritahu mereka setelah pulang dari berbincang dengan family Mint sendiri sebab aku pasti keputusan aku pasti dipangkah habis-habisan.
Sesampainya aku dirumah Si Mint, adik-adik dan mak Mint jadi pelik and tertanya-tanya kenapa tiba-tiba aku terjongol dekat rumah mereka tanpa Si Mint. Yee, aku pergi ke rumah Mint tanpa pengetahuan dia. Adik Mint call meminta abang mereka balik secepatnya kerana aku ada dirumah untuk berbincang sesuatu.
Masa tu ayah Mint pergi solat di masjid, maka sambil menunggu kepulangan ayah dan Mint, adik-adik Mint ada lah bertanya pada aku apa yang berlaku dan kenapa aku datang ke rumah mereka, Mint ada buat pape ke dekat aku? aku cuma membatukan diri bagai patung cendana sambil menanti kepulangan Mint dan juga ayahnya.
Aku tak tahu berapa kelajuan yang Mint bawak sebab dia sampai rumah kurang dari 10 minit sedangkan jarak dari pejabatnya dan rumah adalah sekitar 40 minit kalau tak jem. Setelah ayahnya pulang, mereka pon bertanya pada aku apa yang berlaku.
Aku pon beritahu mereka, macam ni pakcik, Candy datang sini sebab nakkan kepastian dari Mint dan pakcik makcik sendiri yang betul ke Mint ni betul-betul ikhlas nak kahwin dengan Candy? Atau Mint cuma anggap Candy ni sebagai pilihan terakhir dia sekadar untuk memenuhi keinginan berkahwin.
Candy ada tanya pada Mint apa perasaan dia pada Candy, tapi dia diam dan Mint tak pernah tanya pon pada Candy ape perasaan Candy pada dia and tak pernah pon tanya Candy betul ke nak kahwin dengan dia. Setiap kali Candy bertanya, dia cuma diam seribu bahasa.
Masa tu aku tengok Mint hanya membatukan diri sambil merenung ke lantai dengan pandangan kosong. Mak dan ayah Mint Nampak terkejut dengan luahan isi hati aku dan merenung muka Mint dengan jelingan maut. Mereka bertanya pada Mint, Abang betul ke apa yang Candy cakap ni?
Masa ayah dan mak datang merisik haritu Candy tahu tak? Abang tak ada tanya pendapat Candy or bincang pasal ni ke? Dan Mint hanya mengelengkan kepala dengan perlahan.
Beristighfar terus mak dan ayah Mint setelah melihat jawapan Mint sambil mengajukan lagi soalan dengan nada ketidakpuashatian, Abang ingat kahwin ni perkara main-main ke? Tinggal lagi berapa hari je lagi ni, abang betul ke nak kahwin dengan Candy? Tapi Mint masih membatukan diri tanpa sepatah apa-apa jawapan.
Aku speechless giler and seriously masatu jantung macam baru lepas lari marathon 200km and mata aku mula berkaca. Dalam suasana yang hening tu, tiba-tiba mak Mint bersuara, Candy, makcik mintak maaf ye sebab perangai Mint macam ni, memang dari kecik lagi Si Mint ni memang tak reti untuk luahkan perasaan sebab dia memang pemalu sejak azali.
Lepas tu ayah Mint sambung, pakcik tahu Mint memang betul-betul sayang kan Candy, kalau dia tak sayang dia tak akan suruh pakcik merisik Candy. Tak apalah Candy balik dulu dan bincang dengan Mint, apa saje keputusan Candy pakcik dan makcik tak paksa.
Aku pon bersalam dengan mak si Mint, sempat lagi dia bagi pesanan penaja, jangan gaduh-gaduh ye Candy, bincang baik-baik. Aku hanya tersenyum kelat. Masa dalam perjalanan kami hanya berdiam diri dan ditemani radio.
Sesampai saja di perkarangan rumah, aku yang baru saja nak bukak pintu kereta secara tiba-tiba Mint menarik lengan aku dan memulakan bicara.
Candy, Mint minta maaf sebab buat Candy macam ni. Mint bukan tak nak tanya Candy or luahkan perasaan dekat Candy tapi setiap kali Mint nak cakap Mint tak tahu nak mula dari mana and lidah Mint terkelu.
Candy janganlah tinggalkan Mint, Mint sayang and sukakan Candy dari zaman kolej lagi, yang kawan Candy tu geng Mint yang pandai-pandai cakap Mint crush dekat dia tapi sebenarnya Mint cuma perhatikan Candy je.
Mint sebenarnya dah lama tunggu Candy single and tunggu masa sesuai untuk approach Candy tapi Mint tak tahu macam mana and bila Mint nampak Candy post status haritu Mint terus mesej Candy and tak nak lepaskan Candy lagi dari pegangan Mint.
Candy tolong jangan batalkan majlis ea, pleeaasseee!! Mint tak sanggup kehilangan Candy, sambil air mata membasahi pipi dia.
Jantung aku tiba-tiba macam berhenti berdetak and tekak aku macam tertelan sebiji durian masa aku dengar luahan Mint masa tu. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku sedang bermimpi ke ni? Aku ni dalam cerita novel ke?
Otak aku tiba-tiba blank and aku tak tahu nak cakap apa, sumpahh speechless gileeerrr.!! Yang aku mampu buat cuma mendengar dan melihat Mint yang menatap mata aku dengan pandangan yang berkaca and tiba-tiba Mint bersuara lagi.
Sudi tak Candy jadi suri hati Mint untuk selamanya sehingga Mint tak ada dekat dunia ni? Aarrgghhh masa tu aku rasa macam nak menjerit je taw. Jantung aku yang tadi berhenti tiba-tiba macam kena bom atom Nagoya tu.
Aku tanya dekat Mint, apehal pulak Mint yang kena mati dulu ni? Then dengan slumber Mint jawab, sebab Mint tak sanggop nak hidup dekat dunia yang tak ada Candy.
11/12. Tarikh keramat kami, akhirnya aku dan Mint selamat disatukan dengan 2 kali lafaz. Kenapa 2 kali lafaz? Sebab yang pertama tu suara Mint tak terkeluar sebab nerbesss sangat katanya. Hahaha.
Aku pernah tanya dekat Mint, masa awal-awal dulu kenapa dia bertawaf dekat tempat kerja aku banyak kali? Mint cakap, masa tu jantung dia macam nak pecah and tangan dia mengigil sebab nak jumpa aku.
Dia bukannya saja-saja nak diam masa tu tapi suara dia macam tersekat sampai kalau dia bercakap masa tu confirm akan tergagap-gagap, dari dia malu bagi aku dengar dia gagap lebih baik dia diam je. Masa tu aku memang bantai gelak sakan la citernya and Mint cuma mampu tersenyum kambing gitu.
Doakan hubungan kami untuk kekal ke Jannah dan dikurnaikan cahaya mata tahun ni ye korang.
– Candy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit