Jodoh Psiko Dari Baituljannah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-psiko-dari-baituljannah/).

Haii tergelak jugak baca komen2 dari akak2 dan abang2. Ada jugak yang kecam. Takpee sebab kisah pun 3 tahun lepas. So alhamdulillah sekarang mungkin lebih matang dan difikirkan balik, kalau benda ni tak jadi aku mungkin takkan jadi lebih peka dan mampu bagi pengajaran pada semuaa.

First, ramai jugak yang tanya berani jugak keluar 8pagi-12 malam. Aku buat apa sebenarnyaa.. Haaa macam niee.. Tak dinafikan, ada jugak salah akuu dalam hal ni. Sebab ikutkan sangat keinginan diaa untuk berjalan2, berborak2 dan sebagainyaa.

Aku pun pernah terfikir time tuu kenapa gigih sangat dok keluar dengan diaa sampai tengah2 malam. Sebab sumpah penat nak matii yee keluar seharian. Tapi dah nama pun psiko, dia akan psiko kau lah. Cakap dia nak spendtime lah, tak sempat jumpa lah apa lah. Perlu diingatkan semula bahawa aku pun manusia biasa. Nak jee tinggalkn time tuu, tapi fkir sabo japp aku masih boleh deal lagi. Hahaha

Psiko dia ni sampai dia anggap aku bini/bibik diaa. Kalau korang nak tahu, dia ada bela burung parrot. Kecik2 smuaa. Dan kan aku time tu cuti sem, dia suruh aku jaga semua parrot tuu kat rumah aku. Time ni dia dah dapat kerja.Kiranya dekat rumah, aku dah macam suri rumah pulak. Membasuh mengemas pastu kena take care semua parrot dia. Bagi makan apa semuaa. B0dohhnyaa sayaaaa, huhu.

Kan aku cakap tadi dia dah dapat kerja kan, aku ingat beban aku dah kurang sikit nak keluar dengan dia. Tanggapan aku salah rupanyaa. Pagi2 aku kena keluar pkul 7, amek dia dekat rumah hantar dia pergi kerja, pastu petang pukul 5 aku kena ambil dia balik. Then pergi makann. Pastu solat apa semua, jalann lah sampai malam. Sumpah time tuu mental tortured.

Pernah 1 hari aku macam tak tahan, aku bersuara pasal hal keluar hari2. Aku amek dia balik kerja, aku terus cakap nak makan area rumah je. Then tetiba dia cakap, ‘kenapa buat keputusan tak bincang dengan abang? Tak tanya abang nak makan kat mana dulu apa semua?’dengan nada yang marah.

Aku tetiba naik angin sebab dia fikir tekak dia je. Sepanjang aku nak hantar balik tuu, aku mengamuk menjerit apa semua sebab dah tak tahan. Mungkin time tuu pukau dia dah tak lut dkt aku kot. Hahahaha. Then dia buat2 nangis cakap aku tak ikhlas apa semuaa. Dramaaaa sangat hahaha

Psiko seterusnya ialahh bila one dayy aku demam. Aku tak jawab call dia apa semua. Dan dia dengan gigihnya contact bff aku dekat fb untuk tahu rumah aku. Bff aku memang tak bagi lahh alamak sebab aku duduk sorang kat rumah. Dan time tu pun pukul 11 malam. Giloo apa jantan nak datang. Dia nak datang tu sebab nak bagi makanan lah. Bubur je pun.

Then kawan aku suggest suruh pass kat dia and bff aku sendiri akan datang rumah aku. Pastu, tak pasal2 bff aku kena maki sebab taknak bagi alamat. Bff aku dah datang rumah aku sebenarnya lepas dia tahu aku demam dan dah bawakkn burger time tu.

Bila si psiko ni tahu bff aku datang bawak makanan, dia terus mengamuk. Aku tak tahu apa jadahnya dia nak mengamuk. Lepas aku tanya, dia cakap nanti aku tak hargai makanan dia. WATDEHEKKK HAHAHAHAHA.

Mesti korang tertanya aku duduk sorang ke, mana family. Actually aku duduk rumah parents. Mak aku time tu pergi haji.. So aku rasa doa mak aku menyelamatkan aku dari bala si psiko ni sebab hari2 aku wassap mak aku doakan aku kat sini baik2.

Walaupun 2 minggu aku hadap laki psiko nie, aku redho jee lah. Pengalaman kann. Budak lagi time tuu. Sampai ke harini mak aku tak pernah tahu kes aku dengan si psiko.

So ending diaa, aku masuk je sem baru, aku cakap kat dia nak fokus dan aku cakap kiteorang tak sesuai. Then dia cakap lepasni kalau dia dah tak contact aku, maksudnya dia dah tak peduli pasal aku. Dan satu perlu dia tahu, AKU HAPPYYYY TIMEE TUU HAHAHAHA. Rasa macam baru baik dari kena pukau.

Kesimpulannya, aku harap jadikan kisah aku ni pengajaran khususnya pada golongan muda yang baru nak cuba. Lagi2 yang tak pernah bercinta. Jangan semudahnyaa percaya. Betul kata2 komen tuu, tapi jangan kecam aku hahaha sebab aku pun rasa b0doh jugak time tu.

Aku percaya ada hikmah semua benda terjadi. Lama2 kita akan jumpa yang terbaik jugak kan. Jangan desperate macam aku dulu. Nak bercinta je tak jadi sebab awal2 dah kecewa. Hahaha takpe sis sekarang alhamdulillah dah bahagia. Doakan baik2 yee.

Terima kasihh kerana membacaa. Assalamualaikum

– Hampir Menjadi Mangsa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *