Jodoh Rahsia & Amanah Allah

Assalamualaikum semua, luahan saya ini tentang jodoh kami suami isteri.

Nama saya Khairul yang berasal dari Kota Tinggi Johor dan bekerja dekat German.

Saya bekerja sebagai biomedical R&D engineer untuk teknologi medical imaging serta analysis diagnostic. Manakala isteri bekerja sebagai molecular engineering researcher untuk rapid antigen test.

Sebelum kahwin isteri saya juga adalah Co-SV PhD saya dulu. Kami tak couple kerana mama saya selalu titipkan nasihat supaya jaga solat, jaga pandangan dan jaga batas pergaulan.

5 tahun perjalanan phd saya hanya fokus kepada tanggungjawab saya sebagai calon phd sahaja. Lagipun saya terikat dengan etika amalan profesional sebagai R&D engineer dekat syarikat gergasi german.

Selepas saya tamat phd tiba-tiba dapat e-mail daripada isteri saya. Ingatkan dia nak tanya khabar saya. Rupanya dia ingin bertanya tentang penyelidikan saya dekat industri.

Disebabkan dia tanya agak mendalam tentang penyelidikan saya. Apatah lagi masa dia menyelia saya masa buat phd amat menitikberatkan soal adab dan batas seorang wanita Islam. Saya apa lagi terus pikat dia.

Dr, kitakan masih bujang dan umur kita pun masing-masing sudah 36 tahun. Nak tak, kita jadi suami isteri. Nanti lepas kahwin saya boleh tolong memudahkan kerja Dr sebagai researcher dekat universiti.

Lepas isteri saya kata boleh. Terus saya beritahu dekat keluarga supaya bergerak ke Segamat untuk masuk meminangnya.

3 bulan selepas itu kami pun jadi suami isteri. Lepas kahwin saya banyak beri idea kepada dia untuk goreng atas kertas kajian.

Mama saya pesan dekat kami lepas akad nikah. Supaya dalam hidup berumahtangga pastikan akal mendahului ego.

Jadi bila saya tak suka dengan gaya masakan isteri. Terus saya ambil alih tanggungjawab dalam melakukan kerja dekat dapur.

Bila isteri saya tak suka dengan gaya kerja saya dekat ruang tamu kerana katanya tak kemas. Terus dia ambil alih tanggungjawab dalam melakukan kerja dekat ruang tamu.

Maka hasil persetujuan bersama saya bertanggungjawab dekat dapur, bilik mandi dan tandas. Manakala isteri saya bertanggungjawab dekat ruang tamu dan bilik.

Maka benarlah pesan mama saya dulu pastikan akal mendahului ego.

– Yoi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *