Jodoh Rahsia Tuhan

Salam.. Hai semua. Aku straight forward jelah ya malas nak mukaddimah panjang2.

Aku Adinda, berusia awal 30an, seorang isteri seorang ibu dan seorang suri rumah sepenuh masa. Aku mai terdetik nak cerita kisah aku berkait dengan tajuk di atas. Izinkan aku..

Perkahwinan aku bersama Kanda hampir mencecah usia 4 tahun.. kami punyai seorang anak lelaki yang comel berusia dalam lingkungan 2 tahun. Kami bahagia, hidup sederhana, lengkap segala galanya.

Sebelum berkahwin aku berkerja di salah sebuah bandar metropolitan di Selangor. Masa tu aku memang tengah angau bercinta dengan AM dan dialah cinta pertamaku.

Aku tak pernah bercinta masa belajar. Berkawan dengan lelaki ada cuma aku memang tak anggap lebih dari itu, yang aku suka pula jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan denganku.

Memandangkan aku dah habis belajar dan bekerja, aku mula fikirkan masa depanku. Yelah masa tu umur dah 25 tapi masih tak ada siapa2.

Aku kenal AM waktu kami berkerja di bawah syarikat yang sama dahulu. Aku sukakan dia, fast forward kawan aku pecah rahsia dan AM mula buka ruang untuk aku.

Tak lama aku bahagia maka bermulalah episod aku dipermainkan, aku ingatkan dia ikhlas terima aku pada mulanya tapi rupanya sekadar tempat persinggahan sebab waktu tu dia baru putus cinta. Tak sampai setahun kami kenal dia berpatah kembali kepada Ex dia yang dulu.

AM buat aku seperti pungguk rindukan bulan, aku macam perigi cari timba masa tu raih cinta dia, yess i’m the first one who fall in love.

Waktu tu dia di timur Selangor malah aku jauh di barat. Kami tak selalu jumpa disebabkan jarak mungkin, aku pon tak pandai drive lagi masa tu. Last aku jumpa dia, rupanya dia dah plan nak kahwin dengan ex.

Masa tu hati aku hancur katanya “Abang pon tak tahu berjodoh atau tak dengan dia sebab ayah dia mintak hantaran 20k mana abang nak cari.

Kalau dia reject abang, abang masuk pinang sayang.” Hahahaha kelakar bukan?? Dia ingat aku ni apa.. Tapi yang lagi kelakar aku masih menyimpan seribu harapan. Bodohnya aku.

AM mula senyap, call tak berangkat mesej kadang tak berjawab tinggal bluetick. Kalau dulu tiap saat ingatkan aku untuk makan mandi solat, teman sleep call tapi tidak lagi kini.. Aku mula rasa penat.. Dia tinggalkan aku macam tu je..

Masa tu aku jadi macam mayat hidup.. Makan pon taknak, berat aku dari 60kg turun jd 55kg. Sebelum ditinggalkan ada aje yang cuba nasib nak berkenalan denganku tapi aku tolak mentah2 konon setianya aku. Haha.

Aku mula rasa muak dengan lelaki.. Selagi mana dia tidak berhasrat untuk memperisterikan aku, aku anggap itu hanyalah gurauan dan hanya untuk mainan semata.

Lupa nak bagitahu, aku kerja biasa2 sahaja sebagai sales asst kedai buku company dari overseas.

Satu hari, aku yang tengah asyik layan lagu jiwang di ‘earphone’ sambil menyusun buku2 disapa seorang lelaki beruniform lengkap, berbadan tegap, sado dan hitam manis orangnya dengan ketinggian yang sederhana..

Sedia maklum, taste aku bukanlah lelaki sado badan berketak, dari zaman belajar lagi aku anti dengan lelaki jenis ni jadi aku sedikit paranoid dengan lelaki spesis ni. Mindset aku lelaki sado ni “playgirl” dan gatal.

“Err kerja sorang je ke harini?” sapanya tanpa memberi salam. Aku jawab dengan sopan “Ya.. Kerja sorang je. Kenapa nak beli buku ke?” soalku.. dan perbualan kami berlarutan entah untuk berapa detik aku pun tak tahu.

Dia minta nickname IG aku, nak follow katanya dan aku pon menuruti sahaja permintaannya. Bagi aku tak salah untuk tambah followers. Haha.

Dia berlalu pergi, hilang dibalik tiang2.. Aku masih terkaku disitu, terdetik bahawa urusan kami tidak berakhir disitu.

Beberapa minit kemudian aku terima satu notifikasi dari IG, ohh dia rupanya. Beberapa hari berlalu.. Dia mulakan langkah ‘direct message’ melalui IG. Makanyaaa berlarutan dari situ kami berkawan..

Rupanya dia memang nak cari calon isteri dan dia cerita ada juga kenal beberapa orang calon tapi semuanya tak menepati citarasa dia, ada yang cuba ambil kesempatan atas status dia sebagai orang kerja kerajaan (senang nak buat loan).

Aku gelak aje sepanjang luahan dia tu. See aku cakap dah, laki sado ni memang playgirl, cuma aku tak cakap la depan2 dia macam tu kan.

Dia bagitahu dia berkawan sahaja belum serious lagi dengan mana2 perempuan, kalau serious katanya dia akan bawa calon tu jumpa mak ayah dia terus dan dia pon akan direct jumpa parents calon bakal isteri dia tu.

Masa tu kami berhubung melalui IG je ada juga dia ajak aku untuk keluar makan tapi aku menolak, malas nak beriya. Last2 dia minta nombor henfon aku, katanya nak meluah, dia minta pendapat aku..

Katanya perempuan yang dia tengah kenal, minta tolong dia langsaikan hutang 15k dengan geng pengurup wang tidak berlesen. Ikutkan hati dia dah selesa dengan perempuan tu dan nak jadikan isteri tapi bila timbul isu ni dia berbelah bahagi.

Dia mintak pendapat aku, aku cakap “kalau betul dia orang yang kita sayang, lautan api pon sanggup redah.” aku suruh dia fikir betul2. Dia senyap, beberapa hari lepas tu dia whatsapp tanya aku kenapa tak contact dia pun.

Ehhh dia ingat dia sape aku nak cari dia. Hahaha. Tup2 dia tak jadi teruskan hasrat dia dengan perempuan tu. Malas aku nk cerita lebih2 panjang sangat part ni.

1st time aku lepak dengan dia dekat gym, aku saja cari hobi baru daripada duk ingat si AM lepastu patah hati baik aku ikut mamat ni main barbell.

Aku tahu aku bukan perempuan pertama yang dia bawa sama pergi gym. Aku rasa keciknyaaa dekat situ, semua jantan terbuka terdedah sana sini. Masing2 tayang biceps triceps.

Kawan dia pandang aku atas bawah. Seram sejuk tahu aku masa tu. Then sorang kawan dia, aku kira mulut sedikit celupar tanya “Perempuan kampung mana yang kau bawak ni.” terus dia cakap “dia bakal bini aku.”

Lepas dia cakap macam tu aku pon “act cool” lah tapi rasa seram tadi menjadi2 satu badan dah roma tegak ni.

Haaaa bermulalah kisah dia sampaikan hasrat hati dia nak jadikan aku isteri. Hah sudah, baru lebih kurang 3 minggu kenal belum apa2 ajak aku kahwin.

Aku blur, aku gelak then cabar dia jumpa family aku kalau betul2 nak jadikan aku isteri. Aku suruh dia mintak izin dengan abang2 aku untuk berkawan dengan aku.

Dia sahut cabaran aku, dan lepas tu terus jumpa abang aku. Segan aku matt, tak pernah2 aku bawak laki jumpa family, inikan pula lelaki yang aku baru kenal.

Dia dah tunaikan janji dia, so sekarang aku pulak kena tunaikan janji. Weh kahwin bukan benda boleh buat main2 ni. Aku cakap dekat dia “saya confirm 2 bulan awak kenal dengan saya lepas tu awak bosan dah” dia cakap “we’ll see, kita tengok macam mana nanti.”

Mamat ni biar betul takkan 3 minggu kenal dah tangkap cintan dengan aku. Huru hara hidup aku masa ni, baru kena tinggal tup2 datang lagi sorang buat main urusan hati. Aku dah cuak, macam mana kalau dia betul2 serious nak kahwin?

Aku terus terang dengan family, lelaki yang datang jumpa tu sebenarnya nak jadikan aku isteri. Family aku tak membantah, diorang kata kenallah dulu mana tahu berjodoh.

Fast forward kitaorang kenal 2 bulan, dia bawa aku balik jumpa mak ayah dia. Family dia pon terkejut, parents dia bagitahu akulah 1st calon dia bawak balik rumah sebagai bakal menantu.

Diorang bagitahu dia memang ramai kawan perempuan tapi tak pernah satu pon dia bagitahu dia nak buat isteri melainkan aku. Macam drama, kelakar weh!

Masa ni lah aku dapat tahu rupanya dia memang playgirl lah dari dulu.. Mana aku dapat tahu, ofkos lah adik dia yang bagitahu. Haha. Aku dah 50, 50 masa ni.

Risau wehhh kalau hati kena main lagi sekali nak2 lagi kau dah kahwin, suami buat hal. Aduhai.. Aku Istikharah dan tak nampak apa2 jalan, jadi aku tawakkalkan hati “kalau dia jodoh aku, inshaa Allah mudah segala urusan kami.”

Pung pang pung pang, 3 bulan kenal kami tunang, then 2 bulan lepas tu kami kahwin. Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. 5 bulan je kenal terus on, expresskan laki aku.

Yess.. He’s my kekanda now and forever. Syukur, bulan madu hampir setahun lepas tu aku pregnant..

Maka lengkaplah pencarianku.. Aku tawakkal sepenuhnya kepada Allah berkahwin dengan lelaki yang aku kenal hanya 5 bulan, dan Alhamdulillah dia sangat2 bertanggungjawab ke atas aku, anak, keluarganya juga keluargaku.

Bila dikenangkan kembali syukur Allah jauhkan aku dari AM, rupanya Dia khususkan aku hanya untuk suami..

Cuba bayangkan kalau abang sado tu tak tegur aku masa tu, dan tak keep on seeking for my attention masa tu rasanya tak adalah si kecil yang comel ni. Hehe.

Jodoh itu sungguh rahsia Allah.. :)

Sekian,

– Adinda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *