Assalamualaikum semua. Aku Liliana (bukan nama sebenar).
Pada tahun 2008, masa tu aku umur 18, aku telah berkawan dengan seseorang bernama Fareez, berumur 19. Tahun ke tahun kami berkawan, sampailah 2013, lalu kami ke next step.
Sampailah satu masa, Fareez tanya tentang perasaan aku, dan dia meluahkan perasaan. Lalu kami setuju untuk mengikat pertunangan, dan alhamdulillah kedua belah pihak setuju.
Kami bernikah. Tahun berganti tahun, kami dikurniakan zuriat dua orang yang comel dan bijaksana pada tahun 2019. Fareez sangat bertanggungjawab. Dunia aku hanya ada Fareez dan anak-anak.
Tanpa ku duga, rupanya hujan di tengah hari. Pada tahun 2020, Fareez kemalangan jalan raya yang membawa sekali jiwa aku, membawa keseluruhan jasad aku.
Aku yang lost, terus terduduk. Dunia aku hanya ada Fareez. Cuma dia. Ya Allah, apa aku nak buat…
Keluarga belah mentua sangat baik dengan aku, luar biasa. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku dilayan begitu baik. Adik ipar yang sangat membantu.
Aku hilang dalam dunia aku. Anak-anak terbiar disebabkan terlalu melayan perasaan.
Sampailah ada satu keadaan aku tersedar bahawa dunia ini hanya pinjaman. Lalu aku bangkit dan kembali hidup. Alhamdulillah, terima kasih yang banyak membantu aku.
Pada 2022, adik ipar ada menyatakan hasrat melamar aku menjadi isterinya.
Ya Allah… aku tak sanggup. Aku bertanya, dia melamar aku sebab tanggungjawab atau betul-betul cinta?
Dan dia menyatakan, dia betul-betul cintakan aku.
Aku? Aku masih keliru dengan perasaan ini.
Banyak aku bagi hint, aku katakan, carilah perempuan lain dan hiduplah baik-baik. Tapi dia masih lagi tak boleh terima apa aku cakap. Dia masih menginginkan aku jadi isterinya.
Aku buat istikharah, dan Allah jawab jawapan aku, tapi aku masih keliru.
Boleh ke aku mencintai dia seperti mana aku mencintai Fareez? Ikhlas kah aku untuk menjadi isterinya? Bolehkah dia dijadikan tempat aku bersandar? Mampu kah aku?
Anak-anak memang rapat dengan keluarga arwah. Teramat rapat, sehingga anak-anak memanggil adik arwah itu “daddy”.
Betulkah apa yang aku buat? Tapi dia masih menunggu aku. Masih lagi dia yang sama. Masih lagi menjadikan aku dan anak-anak keutamaan dia.
Pernah sekali dia cancel meeting penting sebab anak pertama aku demam. Aku katakan aku boleh handle, tapi dia setia di sisi aku dan anak-anak.
Doakan aku supaya aku sentiasa ikhlas menjadi isteri Mr. M.
– Liliana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit