Jodoh ‘Sementara’

Salam semua. Nama aku Umi (bukan nama sebenar) berumur 20 tahun. Aku terpanggil untuk buat confession ini disebabkan oleh terbaca cerita akak Hawa, (https://iiumc.com/jawapan-doa-istikharah-hawa/).

Pertamanya, aku ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan cerita ini.

Cerita aku bermula dengan aku kenalkan siapa diri aku. Aku seorang yang sangat menjaga dari segi pergaulan laki perempuan.

Aku bersyukur soal ini kerana melibatkan gejala sosial, couple membuatkan aku sujud syukur kerana tidak terjebak dengan hal sedemikian.

Aku tahu soal couple itu telah dinormalisasikan. Jadi mungkin sesetengah pembaca tidak sependapat denganku soal ini. Takpe. Moga sama-sama kita usaha jadi lebih baik.

Aku mula bekerja di kantin sebuah sekolah berasrama sebagai pramusaji merangkap kru dapur juga.

Di situ, aku bergaul dengan banyak pekerja lelaki kerana walaupun aku bergaul dengan mereka, tetap aku membataskan pada hal-hal kerja. Pekerja perempuan hanya 4 orang sahaja, selebihnya lelaki.

Awalnya, aku sudah berkata pada diri sendiri yang aku tidak mahu tersuka sesiapa. Haha… sebab walaupun aku ni menjaga orangnya, aku juga ada hati mudah suka pada orang. Asalkan tindakan aku tidaklah yang melanggar syariat apabila mulai ada benih cinta gitu….

Memang, aku tidak suka pada sesiapa sehinggalah aku dan kru yang lain pergi ke sebuah majlis iftar (bulan puasa masa itu) yang disponsor oleh company kami.

Aku akui susah sedikit aku pada mulanya untuk betul-betul boleh masuk dengan pekerja lain tapi aku usaha hari demi hari.

Di malam iftar itu, sementara menunggu masa untuk ambil juadah, seorang kru yang aku beri nama Firdaus datang menyapa aku.

Pada mulanya, aku malas hendak layan pertanyaan dia. Aku tengah berdiri di suatu beranda, dan menghayati alam.

Pertanyaan dia biasa saja mulanya, berkisar pada latar belakang aku, keluarga aku dan pendidikan aku serta perancangan masa depan aku sebab masa itu aku sedang menduduki peperiksaan STPM. Aku memang bekerja sambil belajar.

Demi menghormati pertanyaan dia, akupun cubalah untuk bertanya dia semula supaya tiadalah dia rasa dia saja yang ‘engage’ dalam perbualan kami.

Aku bertanya tentang keluarganya dan pendidikannya. Pada masa itu, aku dapat merasakan aku selesa berborak dengan dia sebab dia bukan jenis penghukum.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bila dah rancak berborak, tanpa aku sedar aku terlalu menjadi diri sendiri, gelak kuat-kuat dan bahasa yang aku guna pun dah macam bahasa yang aku guna dengan kawan rapat.

Sampailah aku berkata yang nanti esok lusa dah kawin, kena tolong bini tau. Hahaha sebab masa tu aku dapat tahu yang dia graduan kulinari dan pandai masak dan memang tahu buat kerja rumah sebab didikan keluarga.

Mungkin sebabkan itu kot, aku terus cakap dengan dia pasal couple. Aku tanya, kenapa ek orang sekarang suka ikut orang, nampak orang couple dia nak couple jugak?

Dan aku cakap dia tak judge orang sebab aku bagitahu dia pasal pendirian aku yang mungkin pada orang lain terlalu sempit. Dia memang lebih banyak mendengar saja dan mengangguk.

Sehinggalah aku bertukar pendapat dengan dia. Aku bagitahu pada dia yang aku pulak akan kawan je dengan orang tu lepas tu kalau serasi terus kahwin. Tak perlu pun utk menjalinkan hubungan.

Dia diam dan dengar. Ada la beberapa benda yang aku tak setuju dengan pendapat dia. Dia kata dia pulak akan kahwin lepas ada rumah dan kereta.

Aku soal dia semula, habis tu macam mana dengan istilah susah senang bersama? Aku bagitahu dia lagi yang Islam mudahkan perkahwinan. Asal ada kerja dan pendapatan, insha Allah dah boleh kahwin andai memang kita rasa bersedia la untuk membimbing.

Lama juga aku berbual semuanya pasal kahwin saja. HAHAHHA aku tak tahu mana dapat keberanian itu untuk tanya benda yang terlalu peribadi macam itu.

Sejak itu, aku rasa dia lelaki yang bagus, sebab sepanjang perbualan nampak gaya dia laki matang, ada provider mindset dan paling aku suka, dia memang pendengar yang baik.

Bila dah bekerjasama dengan dia dari bulan ke bulan, ada lah seorang kakak senior di situ aka tukang masak, aku gelarkan dia Kak B, Kak B mulai buka cerita pasal Daus.

Aku baru tahu yang Daus cuma anak angkat, tidak pernah kenal mak kandung dia, ayahnya berkahwin dua, tinggal mak dia saja di kampung sebab Daus merantau untuk bekerja. 

Adiknya seorang, dah pun berkahwin dan sedang mengandung. Daus pernah bercinta sebelum ni dengan seorang perempuan yang berlatar belakangkan agama namun dia ditinggalkan kerana kononnya dia bukan orang berada dan tak setaraf dengan keluarga perempuan itu.

Sedangkan mereka berdua memang saling sayang dan dah bersetuju untuk bernikah namun tidak mendapat restu keluarga.

Ikut pada cerita Daus lepas itu, memang dia sengaja datang berjumpa ayah perempuan itu dengan berpakaian biasa untuk menilai penerimaan ayah dia. 

Pada hakikatnya, Daus keluarga berada. Namun, disembunyikan. Setelah putus cinta, Daus ada cuba juga untuk buka hati, namun tiada yang serasi dengannya dan selalu ditinggalkan.

Daus ini anak yang istimewa sedikit kerana sejak kelahiran, dia alami masalah pada kepalanya sehinggalah perlukan pembedahan. Namun, dah baik sepenuhnya sekarang.

Aku sebenarnya kesian pada Daus sebab lama-kelamaan nampak yang dia memang sudah putus harapan untuk kenal orang baru.

Namun, sebenarnya sejak perbualan hari itu, aku pernah terdetik untuk berkahwin dengan laki yang berfikiran seperti Daus sebab nampak benar kematangan dia walaupun umur dia baru 22 tahun.

Hari demi hari, Kak B rancak bercerita tentang Daus yang memang rajin bekerja dari zaman skolah dulu, pandai memasak dan Kak B kata Daus ni tak macam laki zaman sekarang, dia bagus bab agama dan memang mudah dibawa berbincang

. Tidak kasar dan kelemahannya cuma terlalu lembut sampai mudah betul untuk mengalah walau bukan kesalahan dia pun. Ye, aku nampak semua itu. Dan, sejak itu Daus jadi seperti objek kajian aku.

Aku nampak dia laki penyayang, suka layan anak-anak Kak B, suka kucing sangat-sangat dan suka dengar lagu nasyid. Kadang-kadang, dia masak nasi goreng kampung dan memang sedap masakan dia.

Kak B mulai jodohkan aku dengan Daus lepas itu. Sengaja dia usik kami berdua. Dan, lama-kelamaan, aku nampak minat Daus untuk berkawan dengan aku.

Aku kan memang menjaga, jadi aku tidaklah terfikir untuk menjalinkan apa-apa hubungan.

Namun, yang pelik tentang diri aku adalah sejak aku mulai rasa yang aku jatuh sayang pada dia, aku jadi selalu menangis andai ada orang herdik dia, orang bahan dia ke.

Selalu aku masuk bilik solat dan menangis sebab kisah hidup Daus betul-betul membuatkan aku kesian dekat dia dan nak sangat tengok dia bahagia.

Sampailah terdetik dalam hati untuk ada di samping dia bila dia jumpa mak kandung dia. (HAHAH perempuan dengan berangan jauh tak boleh dipisahkan…)

Sehinggalah, suatu hari Kak B bagitahu pada aku yang Daus nak sangat kawan dengan aku tapi dia tak berani sebab (aku kata dekat dia hari iftar tu yang couple tu haram…)

Dan Kak B terus terang yang dia dengan Daus memang rapat sebab dari kecik dulu Kak B pernah mengasuh Daus.

Semua benda Daus akan cerita dan dari situlah aku tahu yang Daus suka dekat aku dan tiada siapa pun tahu yang aku pun suka Daus.

Jeng.. Jeng… Jeng… Jumpa di lain hari pulak ya. Sebab masih panjang perjalanan ni.

– Umi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *