Jodoh Sudah Tertulis

Assalamualaikum semua. Ini hanyalah luahan hati aku. Sebabnye sampai sekarang kadang2 aku masih termimpikan dia.

Bukan bermaksud aku rindu. Cuma mimpi ni tak boleh nak kawal. Memori tu masih melekat dalam ingatan.

Aku kenal dia semasa menuntut di universiti awam. First time aku jumpa dia semasa dalam kelas subjek yang boleh dipilih untuk memenuhi kredit sem 2 kot.

Masa tu aku tersilap tandatangan dekat nama dia. Masa tu baru tau yang kitorang ambik course yang sama. Lepas tu kena buat assignment berkumpulan.

Jadi kitorang yang dari course sama 4, ke 5 orang tak ingat dah buat kerja bersama.

Sejak dari itu aku mula chat dengan dia. Kalau masa tu chat dekat yahoo massenger. Kadang-kadang chat sampai pagi. Tapi tu biasa hujung minggu atau hari esok takde kuliah.

Lepas dari itu aku mula tersuka dekat dia. Aku pun confess la dekat dia sebab buat apa tunggu lama-lama. Kalau dia taknak, aku pun boleh tarik handbrake terus.

Dia cakap dia pun sebenarnya suka dekat aku.

Mula dari situ la orang kata bercinta dan semestinya aku harap nanti akan kahwin dengan orang yang sama. Kalau tak, jadi macam ni la berparut. Lagipun ini cinta pertama aku.

Namun aku suruh dia rahsiakan dari kawan-kawan yang lain supaya kalau tiba-tiba berpisah nanti tak rasa janggal dengan diorang.

Mungkin sem ke 4, dia tiba-tiba nak berpisah “awak terlalu baik untuk saya”.

Aku macam sedih jugak la waktu tu, tapi aku bukan jenis yang suka memaksa. Kalau orang dah tak suka nak buat macam mana kan.

Aku pun unfriend dia di mukabuku sebab aku tak nak tengok kalau status dia dengan orang lain melintas di wall aku nanti sakit hati pulak.

Tapi, lepas tu kitorang berbaik semula cuma tak declare. Sampai sekarang aku tak friend dengan dia di mukabuku.

Dipendekkan cerita, lepas habis belajar dia senyap je. Aku message sepatah, dia jawab sepatah.

Jadi aku agak dia macam dah ada orang lain. Masa tu pulak masih jiwa remaja, jadi aku pun ok jelah. Tapi dalam hati aku masih berharap yang dia akan kembali.

Sepanjang masa tu, ada jugak orang yang cuba nak mendekati, tapi aku tolak sebab aku masih berharap. Tak pun aku tunggu kalau tiba-tiba dia dah nak kahwin baru aku move on.

Akhirnya hari itu tiba, dan aku dapat tau yang dia akan menikah, hancur luluh hati ku pada waktu itu.

Aku ambil masa bertahun-tahun jugak untuk cuba melupakan dia. Sebenarnye tak boleh lupa pun, tapi dapatlah hilangkan perasaan ini untuk melepaskan.

Alhamdulillah aku sekarang pun dah berbahagia dengan pasanganku. Sampai sekarang aku pun tak pernah cuba hubungi dia.

Dah tertulis jodoh aku bukan dengan dia. Biarlah dia dengan jalan dia, aku dengan jalan aku. Bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Sebenarnya panjang lagi, tu pun dah skip banyak takut melalut dan takut orang kenal haha. Arigato gozaimasu. Bye Bye Bye..

– B1 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *