Jodoh Tak Kemana II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-tak-ke-mana/).

Assalamualaikum. Aku baru habis baca komen korang semua, hahaha. Aku ingat korang faham maksud aku. Penulisan aku yang teruk. Hmmm aku sebenarnya tak nak lah bagitau secara terang terangan DS tu.. Tapi aku terpaksa je lah tulis kat sini ye..

DS tu Dark Side account. Perempuan tu jadi DS secara sambil sambilan, dapat duit lepas melakukan benda sedemikian rupa. “Hubungan s2kS”.

Dah aku tulis situ, ex bf dia ada sebarkan “video”. Maksud aku video “benda” tu lah. Video melakukan adegan adegan tak sepatutnya.

Punca si Oren terpaksa teruskan perkahwinan secara paksa tu, sama kes macam Nur tu jugak. Family perempuan tu dah beli banyak barang persiapan kahwin, book dewan, dia nak majlis perkahwinan anak dorang grand dan hantaran yang diberikan 20K.

Family perempuan tu dah book kan tiket flight keluarga dia dari seberang sebulan lebih awal weh. Hmm. Macam aku dah tuliskan tadi, mak perempuan tu toksik ya seolah menyokong je perbuatan anak perempuan dia.

“Hanya kau je yang boleh diharap untuk jaga anak aku. Kau kan lelaki baik, tak ada siapa nak terima anak aku. Tolonglah. Aku tak akan pulangkan duit kau lah”.

Semua chat mak dia, Oren ada tunjuk dengan aku. Sebelum dia terpaksa kahwin tu, kamu berjumpa lagi. Tapi kononnya aku ingat betul betul tak akan jumpa lagi. Memang sedih gila masa tu.

Aku tak tahu lah sama ada perempuan tu licik sangat, dia guna apa sampai family Oren tu tersuka ke entah.

Even family Oren masa tu pun ada cakap “mak pun tak tahu lah kenapa mak boleh terima. Tak tahu tetiba je dah nak kahwin si Oren dengan perempuan tu” Sebab perempuan tu yang datang tanpa diundang. Memang dia aim si Oren ni.

Perempuan tu actually ex classmate kitorang eh masa form 4-form 5. Dia memang jenis sosial dari dulu tapi rezeki dia dapat jugak berkerja. Tapi buat part time juga Dark side tu huhu.

Kalau korang baca ni, mungkin ada yang tak percaya. Tapi memang wujud perempuan dan keluarga macam ni. Sampai sekarang masih tak percaya aku dengan Oren ni berjodoh balik.

Perkahwinan dorang hanya bertahan 10 bulan je. Oren ada nampak bukti dari ex bf si perempuan tu. Kan oren dengan perempuan tu PJJ. Perempuan tu check in lagi dengan ex bf dia tu.

Ex bf dia send gambar dorang tu dengan Oren. Dan Oren memang dah decide nak cerai. Dorang pun tak pernah hidup sebumbung.

Sebenarnya Oren memang menunggu bukti yang betul supaya mudah untuk proses cerai tu.

Perempuan tu boleh cakap, “aku tak rugi apa pun kalau nak cerai, cerai je lahhh. Kau fikir aku betul betul suka kau ke hahaha hantaran aku pun 20k kan kau bagi mak aku,

Terima kasih lah ye kau ni bendul sangat aku saja nak pergunakan je kau, tak sangka pulak lepas kahwin aku keguguran eh. Pak sanggup tak jadi, hahaha”

Entah weh psiko gila. Aku memang geram sangattt. Betul betul macam drama weh. Keluarga Oren tu pun dah meluat sangat dengan perempuan tu, sebab rasa macam kena guna guna pun ada.

Masa ni, aku membawa diri ke Kuala Lumpur. Aku kerja kat sana. Sedangkan Oren pulak dia kerja kat utara.

Macam mana kitorang boleh berjumpa balik tu. Lepas 5 bulan dari dia cerai tu, dia ada contact aku semula. Masa ni aku dah tahu dia dah cerai. Dia cerita semua dengan aku.

Tapi at the same time, aku tak berharap sangat. Cuma, jujurlah memang aku tak boleh buang dia dari hati aku. Hati tak boleh paksa walaupun aku kenal dan jumpa orang lain.

Jadi, ditakdirkan kami jumpa ni masa open house raya. Aku lupa lah tarikh kami berjumpa tu. Masa tu, tahun 2020 open house raya kawan sekolah (classmate form 6), kiranya Reunion pelajar form 6. Hah aku masih ingat lagi eh.

Aku fikir Oren tu tak ada datang, ingat dia tak balik kampung. Aku tak ada terfikir pun untuk jumpa dia lagi. Tapi itulah, yang tak terfikir tu lah yang mendekat semula cehh hahahaha

Aku makan, borak borak la macam biasa dengan kawan kawan. Tapiiii tetiba macam awkward pulak, dorang terus senyap. Dari bergelak sakan, tiber senyap. Mungkin dorang pun terkejut kan yang Oren ada datang dengan Ali (ex classmate form 6 jugak)

Awkward tu mungkin ge lah sebab dorang dah tahu apa yang pernah jadi sebelum ni. Kan Oren pernah kahwin sebelum ni, dorang pun dapat tahu perangai sebenar perempuan tu. Dorang pun tahu betapa patah hatinya aku dulu hahahahaha berkecai matttt putus terpaksa hmm.

Jadi start situ, kitorang makin rapat semula. Dia ada datang rumah dengan family dia jumpa parents aku untuk nak berkawan rapat balik hahaha dan terus secara serius.

Dia minta maaf dengan apa yang pernah jadi. Dia explain lah semua benda sebelum betul betul nak kahwin dengan aku. Lagi lagi, aku ni anak perempuan satu satunya eh.. hah jaga jaga!! Hahaha, abang aku lah dia kena hadap.

Tapi tu lah, overall penerimaan family aku ok, dorang merestui. Dorang dah tahu lah benda sebenar yang jadi. Lagi pun, sebelum oren kahwin tu, family aku pun dah lama kenal Oren jugak. Ibu aku pun bagi green light.

Ibu aku cakap, “dulu bukan main menangis berkurung lama, kannn ni Allah dah makbulkan permintaan kau, dapat jugak korang disatukan. Ibu pernah cakap kan dulu jodoh tu tak tertukar, tak akan pernah salah alamat, percayalah mesti ada hikmah nya tu.”

Hahahahaha betul la kata kata tu satu doa jugak kan. Lagi lagi dari mulut ibu aku. Dan, entah lah kenapa aku susah nak padamkan dia dari hati aku. Macam mana nak cakap. Macam hati tu tetap nak dia. Padahal aku dah berdoa minta Allah buang perasaan tu tapi tak boleh wehh..

Tapi tu lah akhirnya kami dipersatukan jugak selepas macam macam dugaan / halangan yang kitorang terpaksa hadap. Jadi, akhirnya berkahwin lah juga kami. Alhamdulillah.

Rasanya macam dah detail kan aku cerita. Lenguh pulak tangan aku menaip ye hahahaha ke masih rasa tergantung? Aku ni tak pandai menulis sangat hmm sebab itu confession sebelum ni tergantung sepi. Maaf ye semua.

Terima kasih sudi baca.

– Anggur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *