Assalamualaikum admin.. terima kasih seandainye confessions ini disiarkan.. untuk saya bangkit melalui kata2 semangat dari warga iium. cukuplah diri ini dikenali sebagai Halida.. tiada niat nak aibkan mane2 pihak.. minta maaf jika ada yang terasa..
Saya janda umur 25 tahun dan dikurniakn puteri yang baru 2 bulan.. diceraikan pada hari ke 40 berpantang.. kisah saya dengan bekas suami bermula dari tahun 2014.. dimana perkenalan kami oleh seorang kawan. Dipendekkan cerita kami bertunang pada 2015 mase tue saya masih study dan memang majlis disupport oleh bekas suami.. dia seorang penjawat awam.. bertunang dua tahun semua berjalan lancar tiada ape2 dugaan.. bahagia teramat sangat..
Bekas suami seorang yang penyayang, hormat orang tua, peramah.. dan bulan OGOS 2017 kami berkahwin memandangkan saya mase ditahun akhir study majlis perkahwinan bekas suami yang support.. rumah sewa kami semua kelengkapan bekas suami sediakan sebelum berkahwin dan saya hanya masuk je.. kehidupan kami selepas berkahwin tidak semewah pasangan lain.. makan ala kadar je nasi dengan telur dan kicap.. nasi goreng.. dan saya tak pernah minta suami belikan baju baru atau ape2 yg saya inginkan.. saya faham saya tak kerja dan gaji suami cukup2 jee..
Rezeki datang tanpa diduga OKTOBER 2017 saya dapat tawaran kerja kerajaan dan disahkn mengandung.. alhamdulillah JANUARI 2018 saya dihantar bertugas kat melaka suami kat KL.. dua minggu sekali saya jumpa suami naik bas dari melaka ke KL bawa perut yg semakin membesar suami xdatang tempat saya xpe saya faham sebab tol minyak ape semua tue..
Rumah tangga kami dilanda masalah selepas dia nak bawa grab bulan 4.. satu persatu perubahan dari diri dia.. dia selalu marah2, xde mood dan pernah bagitahu xnak selalu contact dengan saya (tidak dapat hidu lagi dia ada orang lain) saya mengandung nak kan perhatian dia.. mengidam ape2 langsung tak ditunaikan.. memang kami selalu bergaduh.. bila merajuk nak dipujuk tapi tak dilayan.. saya mengandung perlukn kasih sayang perhtian dia tapi kenapa dia tak faham.. dia berubah dan tak macam saya kenal 4 tahun lepas sebelum kami kahwin.. pernah dia bagitahu jika saya pergi KL dia tak halal saya jejak kaki kerumahnya.. pergi KL dengan muka manis nak jumpa suami tapi balik melaka dengan air mata.. apa salah saya sampai diperlakukan sebegitu.. begitu cepat dia berubah..
JULAI 2018 saya ambil cuti bersalin tapi sedih sebab saya dihantar ke rumah kakak dengan alasan dia kena pergi kursus (sebenarnya tak pun) saya tak sempat balik kampung dan bersalin kat KL.. hari first keluar dari labour room.. saya minta telefon dia tapi tak sampai 5 minit hati nie berderai dengan satu whatsapp ” B kenapa tak balas msej syg”.. ya Allah.. sakit bersalin masih tak hilang disakitkan lagi dengan kecuranganmu wahai suami.
Saya minta cerai.. tapi dia berjanji nak betulkan keadaan sebab dah ada anak.. okey xpe saya faham.. masa nak balik kampung hantar saya.. dia berhenti kat RnR rupanya duk bergayut dengan perempuan tue.. sedih sgt2.. saya berpantang kat kampung.. dua minggu dalam berpantang bekas suami ade bagi hint “seandainya ape2 terjadi pada rumah tangga kita minta kuat semangat sebab jodoh ajal maut ditangan allah” masa tue saya tak dapat syak sebab dia nk berubah..
Satu hari saya call dia berpuluh2 kali nak bagitahu pasal anak tapi dia tak jawab.. saya guna nombor lain kacau dia mengaku saya nie kawan halida dan bagitahu terserempak dengan dia.. mungkin dia dapat agak saya yang kacau jadi malam tue dengan satu ayat “jika awk yg menyamar jatuh talak satu”.. hari ke 40 berpantang.. sedarkah awak.. awak ceraikan saya sebab penipuan yang awak sendiri.. awak ceraikan saya sebab salah awak.. sebab kecurangan awak.. setahun rumah tangga kami bertahan.. saya ke KL bersama akak nak ambil pakaian tapi baju2 saya dimasukkn dalam plastik smpah hitam.. sebegitu hina diri ini dibuang..tapi dia cerita kami pergi serang dia.. remuk hati nie..
Alhamdulillah dengan izin allah dan bantuan kawan terdekat.. satu demi satu bukti.. dia tak jawab pnggilan saya berpuluh2 kali sebab dia ke cameron highland dengan perempuan tue.. dan rupanya dia curang dengan saya bulan FEBRUARI selepas saya dapat kerja dimelaka.. semua bukti gambar dari bulan 2 sehingga sekarang masih saya simpan yang mereka bersuka ria. Mereka pergi bercuti.. pakai baju sama.. macam suami saya bujang.. tapi masa bersama saya selalu xde duit.. berjanji nak bercuti tapi janji tinggal janji saya tidak pernah ungkit sebab faham kewangan suami.. tapi kenapa dengan perempuan tue dia boleh pergi sana sini.. mungkin perempuan tue kaya kot.. hmmm. Sedarkah awak wahai suami saya sedang mengandungkan anak awak.. saya makan tak makan awk tak tahu tapi awak boleh Bahagia bersenang lenang diatas penderitaan saya.. adilkah untuk saya diperlakukan sebegini.. pihak sebelah suami seakan membenci saya sebab mendegar cerita sebelah pihak suami..
Jadi saya renung dan fikir semula patut semua kesilapan saya sebagai isteri jarang ditegur rupanya dah ada yg lain dalam hati.. bila jadi macam nie semua keburukan saya dicanang sepanjang jadi isteri dia.. kenapa lepas ada anak nak tinggalkan saya.. dulu awak paling excited nak jadi ayah.. macam2 awak plan bersama saya untuk anak.. tapj sekarang.. awak hancurkan.. awak tengok muka anak masa umur anak 6 hari.. saya selalu bisik kat anak “adik nak ayah adik minta allah hantar semula ayah untuk adik.. bergenang air mata mu wahai anak rindukan ayah..mugkin tak pandai nak bagitahu tapi aku sebagai ibu memahami.. anak ibu tak banyak peel. Kembung perut pun tak menangis.. kuatnya kamu sayang..
Sebab fikirkan anak saya pujuk dan rayu dia.. tapi dibalasnya hati dia dah tertutup untuk terima saya.. dan saya dapat tahu dia tak tahan dengan perangai saya.. dia macam dan seakan nak gila layankan perangai saya.. tapi semua tue alasan untuk menutup kecurangan dan kesalahan dia.. dia sebagai suami kena bimbing isteri.. setahun rumah tangga adalah masa untuk sama2 belajar, kenal dan terima kebaikan keburukan untuk kebahagiaan jangka masa panjang tapi dia ?? Sebab ada orang lain semua tue tak boleh dibentuk dan bimbing.. alasan dan sebab yang dia bagi mungkin satu punca semua pihak dia tak suka saya.. langsung tak adil bagi saya.. memang sebulan menangis dan makan hati.. 5 tahun dibuang dan dilupa dengan mudah.. saya ade jumpa ramai ustaz kebanyakkan bagitahu di kena sihir.. tapi allahullam.. dan family dia tak percaya semua nie..
Sekarang saya dah mula bertugas.. anak di kampung dengan mak.. orang lain jauh dengan anak ada suami bagi semangat tapi saya ?? Doakn saya kuat yee kawan2.. adakah jodoh saya dengan dia tak panjang atau dugaan buat kami ?? Perlu ke saya berharap dia kembali lagi ? Aku rinduu kamu yang dulu.. perasaan sayang mungkim sukar untuk aku hapuskan.. sekelip mata awak berubah..
– Halida
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit