Assalammualaikum dear readers. Pertama sekali, terima kasih admin jika confession aku disiarkan. Buat pengetahuan, ini kali pertama aku hantar confession di page ni. Sebelum ni hanya silent reader.
Aku kenalkan. Nama aku Hyun (Bukan nama sebenar). Aku berasal dari negeri pantai barat tanah air. Aku berumur 32 tahun dan masih belum berkahwin. Aku bekerja di salah sebuah company IT di ibu kota.
Sejak negara dilanda covid 19, company aku mengeluarkan arahan supaya kami bekerja dari rumah (work from home). So, start PKP tahun lepas memang aku dah kerja dari rumah sampailah sekarang.
Well, berbalik pada tajuk kita, aku sebenarnya kalau diikutkan lebih suka cara jumpa face to face. Maksud aku, kita jumpa pasangan kita ni secara berdepan,
Contohnya jumpa waktu join NGO punya program ke, atau kenal sebab company kita ada meeting dengan company lain ke, atau join mana-mana club yang kita minat ke.
Macam tu lah lebih kurang. Tapi bukan lah dengan cara yang cliche macam dalam tv tu. Jumpa terlanggar bahu, terjatuh buku lah, heroin nak jatuh hero sambut lah, mata pun bertentang mata lah. Tiber.
Sebab pada aku dengar cara face to face macam ni, kita sedikit sebanyak boleh tengok orang tu dan karakter dia sekali. So bila kita dah ada idea pasal diri dia, dan rasa boleh click, baru boleh nak approach.
Tak lah approach orang membuta tuli kan. Tapi bila kita cari jodoh online pula, kita betul-betul bergantung pada info yang calon letak dekat bahagian description. Kalau dia cakap perkara betul tak apa, it’s good then. Tapi kalau menipu ?
Kita fikir lah sama-sama diknon apa consequences dia. Tapi yalah, kalau luar dari online apps ni pun ada je yang menipu. Dah kahwin, tapi entah macam mana boleh jadi bujang. Eh.
So, walaupun aku ada rasa macam kalau boleh nak follow cara aku sendiri all the way untuk proses nak cari jodoh ni, aku decided untuk create dua akaun portal cari jodoh online.
Yang pertama, B**********M dan yang kedua T********h. Sebab? sebab dulu, ada kenalan rapat aku cakap dekat aku,
“Hyun, kita ni, memang nak jemput jodoh tu datang. Tapi kita jugak kena ingat, ada masanya jodoh tu tak datang dengan cara yang kita nak. Dia boleh datang dalam pelbagai cara. Jadi, kenapa tak cuba dulu?”.
Bila dia cakap macam tu, aku pun speechless.
Aku cakap dengan diri sendiri. Belum apa-apa kau dah nak buat kerja Tuhan Hyun. Ya, aku ambil kerja Tuhan bila aku tentukan dengan cara apa aku patut dapat jodoh.
Allahu. Selama ni aku reject kalau ada orang yang bertanya melalui orang tengah. Ataupun bila ada mak cik-mak cik yang tanya pasal aku melalui orang tuaku.
Pada aku, tak kena dengan cara aku. Sebab aku nak jumpa jodoh aku dengan cara yang aku sendiri dah tetapkan. Aku tak terfikir sebelum ni tapi bila kenalan aku tu cakap, baru sel-sel otak aku berhubung. Masa ni, aku cuma mampu tersenyum kelat.
Well, antara faktor lain, ada juga kawan-kawan aku yang bertemu jodoh diorang melalui apps ni. Diorang banyak bagi sokongan dan dorongan pada aku.
Dah berbuih mulut diorang suruh aku create akaun. Aku je, balik-balik postpone. So, based on those factors, aku decided untuk cuba.
Pada aku, tak salah kalau mencuba. Sebab kita manusia memang tak tahu “dia” akan datang dengan cara apa.
Plus, sekarang ni musim wabak covid 19. Aku pula hanya kerja dari rumah. Automatically, aku memang tak jumpa orang. So circle aku untuk cari jodoh pun akan affected.
Jadi aku ingatkan diri sendiri, you got nothing to lose, Hyun. Plus, ini effort kau untuk cari the other half of you. Ingat yang Tuhan tu bukan pandang result atau pengakhirannya, tapi effort kau yang tak berbelah bahagi.
Memang betul aku sendiri belum jumpa jodoh. Tapi apa yang aku nak highlight, kita jangan simply reject orang hanya sebab cara dia datang tu tak kena dengan cara kita.
Apa yang kita patut buat, buka hati kita untuk pandang dengan cara lain dan terima dengan hati yang terbuka.
Macam mana pun, ini kes untuk cara-cara yang syariah compliance lah ya. Yang belum lagi syariah compliance jangan dimasukkan dalam category yang sama pula ya.
Anyway, sebelum aku terlupa, aku nak bagitahu yang aku baru je seminggu create dua akaun ni dan aku dah niat, aku buka akaun ni betul-betul untuk cari jodoh, cari orang yang memang betul-betul nak mendirikan masjid.
Bukan sekadar nak test market, just nak having fun, cari spare part atau saja nak look around. Aku harap moga Allah permudahkan jalan aku dan semua orang yang masih lagi mencari pasangan mereka. Aamiin.
So readers, Aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa atau ada yang terasa hati dengan penulisanku. Maybe next time, aku boleh share pengalaman aku yang noob ni join portal cari jodoh online.
Thanks for your time readers. In Sya Allah, till we meet again.
– Hyun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit