Assalamualaikum para pembaca. Aku seorang hawa dan masih solo. Cukup la setakat itu untuk intro aku. Apa yang aku nak share ni hanya sekadar apa yang terlintas di fikiranku. Harap para pembaca tak bosan membacanya.
Pada awal tahun ini, aku berpeluang untuk menunaikan umrah bersama ibu bapaku. Dan itu membawa aku balik ke nostalgia 10 tahun lepas di mana aku pernah dijemput untuk menunaikan haji pada usia yang muda (dalam lingkungan awal 20-an). Alhamdulillah dengan rezeki yang Dia berikan ini.
Apa yang aku boleh ceritakan, banyak yang telah berubah berbanding dengan 10 tahun dulu. Kini, tanah suci Mekah dan Madinah lebih maju kerana telah banyak hotel didirikan. Bahkan, hotel yang aku pernah duduk dulu di Mekah sudah pun runtuh untuk dibuat jalan raya. Tetapi, rasa dan suasananya tetap sama. Apa yang aku maksudkan adalah ketenangan jiwa yang tidak ada di tempat lain walaupun negara lain jauh lebih cantik.
Begitu juga dengan doaku yang masih sama walaupun setelah 10 tahun ketika melawat ke Jabal Rahmah. Kenapa dengan Jabah Rahmah? Jabal Rahmah bermaksud bukit kasih sayang dimana pernah diceritakan tempat ini adalah tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa setelah mereka berpisah. Jadi sudah tentu ramai yang bujang mengambil peluang untuk berdoa agar dipertemukan dgn jodoh yang mereka inginkan.
Begitu juga dengan aku yang tidak melepaskan peluang untuk berdoa di situ. Bahkan 10 tahun lepas, aku masih lagi berani untuk mendaki hingga ke puncak. Namun, lawatan ke Jabal Rahmah kali ini aku hanya berdoa di bawah dek kekangan masa yang diberikan untuk berhenti di situ. Pada ketika itu, aku mula rasa sebak sebab 10 tahun dulu aku pernah menapak ke situ jugak untuk berdoa hal jodoh tidak bernama.
Kali ini pun sama, masih lagi doa untuk jodoh yang tidak bernama. Aku jadi sedih seketika kerana Allah tidak memakbulkan doaku lagi sedangkan kawan2 ku ramai yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dan ada yang mudah mendapat jodoh. Tipu lah aku tak rasa cemburu akan hal itu tapi aku cepat2 tepis rasa sedih tu dan cuba bersangka baik akan perancangan Allah kerana Dia lebih mengetahui akan keadaan hamba-Nya.
Dulu doa aku begitu rancak dan spesifik bila soal jodoh. Aku mohon pada Allah untuk pertemukan dengan lelaki yang alim, baik, hensem, kaya (cliche sgt.hahahha). Kali ini, aku hanya berdoa padaNya, agar dipertemukan dengan lelaki yang Dia rasa terbaik untuk aku dan pelihara si dia agar terhindar dari melakukan dosa serta sentiasa berada di jalan yang lurus. Selepas itu, aku sedekahkan al-fatihah untuk jodoh tidak bernama aku ni. Alhamdulillah, sampai sekarang setiap kali lepas lepas solat, doa itu aku amalkn untuk dia.
Dan ketika berada di sana jugak, waktu itu aku beri’tikaf di masjid nabawi. Aku mengambil peluang untuk membaca terjemahan Al-Quran dan aku memilih surah yusuf. Selepas membaca kisah yang terjadi antara Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha, tiba-tiba aku terfikir bahawa inilah yang tuhan mahu sampaikan.
Pengajaran yang aku boleh dapat dari surah Yusuf ialah “kalau kau mengejar cinta manusia, dia akan lari jauh dari kau. Tapi kalau kau mengejar cinta abadi iaitu Allah, nescaya Dia akan hadirkan rasa cinta itu sendiri tanpa perlu dipaksa.” Dan itu membuat aku flashback ke zaman aku bercinta dulu sebab kalau aku tengah bercinta sememangnya bagai nak rak tapi last2, tak kemana. Mmg sedih dan kecewa dengan hubungan yang tak menjadi ni sebab penat sangat sampai aku rasa mcm dah lali.
Selepas itu, aku sambung pulak tadabbur surah An-Nur. Secara ringkasnya, surah ini menceritakan tentang menjaga batas pergaulan iaitu jauhi zina, perkahwinan dan lain-lain lagi. Tapi aku tertarik pada ayat yang ke 26, “ wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya”. Dekat situ, aku terfikir yang mungkin aku patut berubah untuk jadi lebih baik, baru jodoh aku pun macam tu jugak.
Tapi aku teringat dengan kisah Asiah, seorang isteri kepada firaun yang sangat zalim dan juga menyekutukan Allah. Siap mengaku tuhan lagi. Tapi Asiah dijanjikan oleh Allah antara wanita yang akan masuk ke syurga kerana ketaatan beliau kepada Allah walaupun suaminya jahat. Dan juga kisah Nabi Luth dan isterinya dan lain2 lagi. So, pasangan yang baik itu bukan atas penilaian kita tetapi penilaian Allah sendiri. Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu “baik” untuk setiap hambaNya.
Kita hanya tahu apa yang kita nampak tetapi Allah Maha Tahu setiap hambaNya luar dan dalam. Pasangan yang baik itu adalah apabila kita bersamanya, diri kita menjadi lebih baik di sisi Allah. Mungkin untuk kita ubah dia, dia ubah kita atau sama-sama berubah.
So, kita kenalah berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan kita. Kalau terjadi sebaliknya, itu bukan kerana silapnya ayat Allah melainkan satu ujian untuk kita. Ingatlah, Allah bagi ujian ikut kemampuan hambaNya dan kadangkala bertujuan untuk menguji keimanan serta meningkatkan darjat di sisi-Nya. Itulah yang terjadi dekat Asiah. Akhirnya, Allah kurniakan ganjaran syurga untuknya.
Ayat seterusnya yang terkesan di hati aku ialah ayat 33 surah An-Nur jugak, “Dan hendaklah menjaga kesuciannya, yaitu orang – orang yang tidak (belum) mampu menikah, hingga Allah memberikan kecukupan (memampukan) mereka dari karunia-Nya.” Apa yang aku cuba faham tentang ayat ini ialah berkenaan dengan menjaga penghormatan diri yakni jauhi diri dari mendekati zina. Aku kesal dengan dosa2 yang aku pernah buat masa bercinta.
Tidaklah sampai terlanjur cuma sewaktu bercinta, ada lah keluar berdua-duaan, msg2, video call. Bila aku kenang balik, rasa mcm buang masa je dengan dosa kering aku. Biasalah, tgh mabuk bercinta kan. Konon nak zahirkan rasa sayang pada dia. Tapi semua tu dah lepas dan aku sekarang ni pun cuba berubah menjadi lebih baik. Dan aku berharap perkenalan aku dengan mana2 lelaki selepas ini tidaklah smpai melalaikan dan kalau boleh biarlah sampai bila-bila.
Dari situ, aku mula muhasabah diri dengan apa yang berlaku dan sekarang ni aku cuma boleh bersangka baik dengan Allah kerana Dia je tahu apa yang terbaik untuk aku dan sememangnya jodoh itu rahsia Allah yang telah pun ditetapkan. Aku yakin, “jodoh tidak bernama” aku ni ada di luar sana. Allah je tahu waktu yang sesuai untuk kita ditemukan. Yang aku buat tambah terharu dengan ayah aku bila dia kata selagi aku tak kahwin, selagi tu dia akan tanggung aku.
Aku speechless waktu tu sebab ayah aku bukan lah sejenis lelaki yang sensitif. Dia jarang keluarkan kata2 sayang tapi dapat dilihat dari perbuatan dia. Masa tu aku rasa mcm bersalah ngan ayah aku sebab dah mcm membebankan dia. Tapi aku akan terus istiqamah berdoa kepada Allah dan mendoakan yang baik2 sahaja.
– Cik solo
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit