Jodoh Tomboi Comel dan Mr. M

Saya Mimi, seorang yang lasak, aktif dan hidup dengan dunia sendiri. Saya sangat mencintai kerjaya saya kadang2 saya kerja 7 hari seminggu dan lebih dari 10 jam.

Saya berambut panjang blonde selalu ikat poney tail, t-shirt jaket, jeans dan boots pakai harian saya.

Saya juga suka convert kereta kedai sport rim kedai paling saya suka lepas tu masuk federal. Saya ada 6 orang abang.

Saya tidak ada masa bersocial bukan antisocial. Abang2 saya cakap saya membosankan, hihihi. Hujung minggu saya akan masuk hutan dengan abang2 saya.

Satu hari ada orang masuk meminang saya, Ayah saya suka dengan mamat ni (saya gelar dia M). Kami jumpa 2x, sekali dia makan di rumah saya.

Saya buat bodoh sahaja, kali kedua beli cincin dan cuba baju, saya perhatikan M cuma ikut rentak saya sahaja dan dia nampak serius.

Saya istikharah dan saya serahkan urusan jodoh saya kepada Allah.

Selepas nikah dan majlis saya masuk kerja saya tak ambil cuti. M cuti seminggu urusankan rumah sewa.

Masuk rumah sewa M cuma bagi saya masak selebihnya M uruskan. Kami banyak bergaduh bila nak masuk tidur M suka kacau saya.

Saya stress gila saya terkarate M lepas tu saya balik rumah ayah. Rumah ayah cuma 30 minit. Ayah tak tanya apa2, lepas seminggu M datang M putih nampak lebam muka M.

M cakap dia nak datang malam tu tapi muka dia lebam nanti apa ayah cakap. M tanya saya pakai tali pinggang apa. Saya sound M kalau nak kena lagi kacau la.

Mama perasan muka M. mama marah saya. Mama minta M bersabar dengar saya.

Saya masuk kereta rem kuat2 saya masuk federal. Saya balik rumah M bising2.

M ajak saya pergi jumpa pakar sebab saya very cool during at night Pakar refer saya dekat kauseling, katanya saya terlalu focus dengan kerja dan dunia saya sendiri saya tak bagi ruang untuk orang lain dalam hidup saya.

Saya cukup menyampah nak pergi kauseling setiap bulan. M masih sabar, M nak anak lepas mengandung Saya masih rutin sama.

Lepas bersalin M uruskan anak. Saya penat sepanjang 5 tahun tak selesai masalah saya dah malas nak jumpa pakar dan kauseling.

Saya bagi borang izinkan M nikah lagi, M terkejut. Saya cakap nanti saya pinangkan. M sedih dengan keputusan saya.

Lepas setahun saya izinkan M berkahwin lain, ada seorang perempuan datang ofis saya kenalkan diri sebagai awek M, saya ajak dia minum di cafe(saya namakan dia Lin), saya call M suruh datang.

Masa M datang tak da pun saya tengok M pelik macam biasa sahaja. Saya cakap dekat M, Lin cakap dia awek u. M pandang muka Lin serious gila.

Saya rilex jer, saya tak marah saya masih okay. Saya tanya betul ker M cakap tak la dia ex classmates dia.

Lin ajak saya pergi rumah ayah dia, buat kenduri saya datang dengan M. Lin nak buat M cemburu saya perasan gelagat Lin, agak over saya pula rasa segan.

Walaupun saya tomboi tapi bila kenduri kendara saya masih jaga adap, kalau rumah mama lain la, masa di rumah Lin, M pengang tangan saya dan heret saya sana sini, balik dari kenduri saya tanya M, bila nak masuk meminang Lin.

M cakap dia lebih suka jadi hunter bila perempuan cuba jadi hunter dia reject. M buka cerita dia dah setahun spy saya sebelum M masuk meminang saya.

M tahu rutin saya tempt saya lepak 2 bff saya. Saya tak peduli kiri dan kanan saya. M pernah duduk sebelah meja saya tapi saya tak pernah pandang,

Bila M datang dengan group, kawan dia pernah bagi name kad, saya tak ambil pun, saya biar jer kat atas meja. Dia sengaja berebut parking dengan saya. Saya tak nak mengalah. Saya masuk federal pun dia follow tapi saya buat bodoh drive jer.

Bila M follow saya balik dia perasan kalau abang saya tengah lepak kat depan dia parking kereta saja tanya jalan nak kerumah kawan M. Abang saya sembang macam dah kenal lama.

Saya terkejut dan diam. Lepas tu Saya tanya jadi kawin ker tak ni. M cakap kalau dia nak dia cari sendiri dia ada taste dia sendiri.

Lepas kes Lin. M macam biasa M cakap follow the flow. M jadi kawan saya, Bff saya dan juga suami saya. Setelah 30 tahun kami berkahwin ada 4 anak.

Saya masih usik M tentang poligami M cakap malas nak fikir nanti dapat macam saya bertambah sakit kepala…. itu la kisah saya.

Saya tak sangka ada juga yang suka saya, bila ada anak2 saya cuba jaga perangai tomboi saya, bila anak2 tak ada perangai tomboi saya keluar. Doa kan semoga perkahwinan kami bahagia.

– Tomboi comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *