Jodoh Yang Masih Tersesat

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca,

Aku Yaya (bukan nama sebenar) nak luahkan isi hati aku sebab aku tak tahu nak luahkan dekat siapa.

So aku luahkan kat sini as anonymous sebab aku memang sejenis yang susah nak bercerita dekat orang lain disebabkan trust issue.

Jadi kisahnya begini…

Aku sekarang berumur 22 tahun dan masih seorang pelajar di salah satu universiti terkemuka di Malaysia.

Selama aku hidup 22 tahun ni aku tak pernah bercinta dengan sesiapa pun, orang panggil single forever la katakan.

Jadi bila dah umur sekarang ni aku dah start berfikir pasal jodoh aku yang entah dimana.

Aku ni seorang yang berketurunan yang ada gelaran, jadi aku rasa nak cari suami yang sama-sama keturunan dan sekufu dengan aku. Sebabkan nak menjaga keturunan tu.

Tapi sepanjang aku belajar ni aku jumpa beberapa orang je yang macam tu, itupun aku tak berkenan sangat.

Untuk pengetahuan, aku ni seorang yang sangat introvert, aku memang berkawan dengan perempuan je dan bercakap dengan lelaki pun hanya berkaitan dengan assigment atau hal-hal penting.

Kalau tak da benda penting untuk bercakap memang aku akan ignore je dorang. Adakah aku dikategorikan sombong? Ntah la, mungkin tu salah satu sebab aku single sampai sekarang.

So, sekarang aku dalam fasa mencari si dia yang bakal menjadi teman hidup.

Aku tak tahu macam mana nak taaruf. Sebab aku ada planning hidup aku untuk berkahwin selepas habis belajar which is 3 tahun lagi, semasa aku berumur 25 tahun.

Benda ni aku ada bagitau kawan-kawan aku tapi tu la susah betul nak cari.

Aku tak bagitau dekat parents aku sebab aku tersangat jarang berkongsi masalah dengan dorang. Sebabnya aku rasa masalah dorang dah banyak dan dah cukup pening nak fikir semua tu.

Dulu aku pernah la cerita konflik aku tapi mak aku cakap, korang jangan la buat tambah lagi masalah mak ni sebab dah tak larat nak hadap masalah anak-anak dari kecik ke besar.

So sejak dari tu, aku memang dah undur diri untuk bercerita masalah-masalah dengan mak aku. Aku cerita semua yang indah-indah saja.

Hahaha. Sampai aku ada failed paper pun aku tak bagitau sampailah dorang yang tanya, tapi aku yang comfortkan dorang sebab tak nak dorang risau. Walaupun aku sedih.

So berbalik kepada jodohku ini, korang doakan la aku bertemu dengan jodoh yang menyenangkan hati aku dan keluargaku,

yang bertanggungjawab dan jujur, yang soleh agar dapat bimbing aku menuju ke syurga, yang penyayang dan sabar melayan karenah aku dan bakal anak-anak kami. Aamiin insyaallah.

Sejujurnya aku nak jodohku nanti adalah orang yang pertama aku bercinta, sebab kalau boleh aku tak nak la jagakan jodoh orang lain. Hehehe.

Tapikan aku ada la berkenan dengan seseorang ni, dia tak kenal pun aku, aku je yang kenal dia dari media sosial. First time aku tengok media sosial memang aku rasa lain bila nampak story dia.

Korang rasa perlu ke aku taaruf dengan dia, tapi aku memang segan sangat.

Orang cakap jodoh tu akan sampai bila tiba waktunya, tapi kita masih perlu mencari kan? Plan aku yang nak kawen 3 tahun dari sekarang tu korang rasa tercapai tak?

Aku perlu mencari sekarang atau nanti? Sebab aku takut kalau cari sekarang kang terjaga jodoh orang pulak dan bertambah dosa aku lagi.

Nak cerita lagi, kawan-kawan aku mostly dah jumpa dorang punya he’s the one. Jujur bila dorang dah jumpa tu aku happy for them at the same time sedih sebab aku macam dah tak diperlukan.

Aku ajar keluar sekali pun susah nak onz even dah lama sangat tak jumpa. Aku rasa aku je beria nak plan macam-macam dengan dorang tapi last-last tak jadi.

Okay la korang, aku nak ready untuk pegi class. Kalau aku sempat aku luahkan lagi kat sini. Hope korang dipermudahkan urusan sebab sudi baca luahan aku. Hehe.

Korang doakan juga aku dan jodohku sentiasa menjaga sampai Allah pertemukan kami di waktu yang terbaik.

Terima kasih korang..

– Yaya, 2023 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *