Jodoh Yang Mengelirukan

Assalamualaikum. Hai.

Di usia saya sekarang, ramai yang sudah berkahwin dan ada anak. Rakan sebaya yang belum berkahwin pula ramai yang sudah resah kerana belum bertemu jodoh. Sedangkan saya? Masih keliru tentang jodoh, mahu terima siapa? Entah. Masih keliru.

Saya tak cantik. Tak putih. Tak juga hitam. Tak kurus. Tak juga gemuk. Tetapi saya diminati ramai. Okay, bertenang. Ayat ni memang nampak semacam angkat bakul sendiri, tapi begitulah kenyataannya.

Punca diminati? Wallahualam. Saya sendiri tidak tahu asbab musabab sebenar. Jika saya tanya mereka, mereka akan menjawab…

“Suka tak perlukan sebab”

“Suka dengan diri you, all about you”

“Suka sebab senang dengan you”

“Sebab selesa dan sebab memang suka. Donno how to tell”

“Entah. Tak tahu kenapa suka you”.

So no answers telling me that they love me because of my looks. Sebab itu saya declare awal-awal yang saya tak cantik. Mungkin sebab perangai saya? Mungkin. Sebab saya seorang yang simple, tenang, tak complicated dan easy going. Peramah pun ya dan suka senyum haha

Sebenarnya dari sekolah rendah lagi saya ramai peminat. Saya pernah dilamar di dalam kelas. Pernah dikirim banyak surat cinta bertaburkan bedak dan minyak wangi. Diberikan hadiah yang tak putus-putus. Tapi kalau anda lihat rupa paras saya ketika itu, pasti anda tak percaya budak selekeh itu ada peminat. Haha. K tergelak dengan cerita sendiri. Dan ada juga yang crush dekat saya diam2 (dia confess masa zaman uni). Sehingga kawan saya ada mengadu kat saya, dia dah penat jadi orang tengah saya

Sambung sekolah menengah, pun ada peminat. Sehingga, lelaki bergaduh kerana berebutkan saya. Kelakar kan? Jangan tak tahu pula, budak 90s ramai yang sweet dan jiwang. Saya dikim surat cinta lagi. Nama saya dilakar di negara salji sana ketika si dia ke luar negara. Dibelikan hadiah. Dapat layanan istimewa berbanding rakan-rakan lain. Dinyanyikan lagu yang direka khas untuk saya. Selalu diberi hadiah di bawah meja dalam kelas. Selalu dapat mesej cinta dan sweet-sweet thru nokia 3310. Dan itu semua dilakukan oleh lelaki berlainan. Nak kata saya player? Tak. Dan perlu saya highlight di sini bahawa saya tak pernah couple pun dengan mereka semua. Saya hanya berkawan je dengan semua. Cuma masih dalam batas.

Masuk zaman universiti, ada lelaki zaman sekolah rendah dan menengah yang mula confess bahawa mereka dah lama memendam perasaan suka terhadap saya. Kemudian, rakan2 universiti pun ada yang mendekati, walaupun secara tidak jelas, tapi semua orang tahu si dia dan dia sukakan saya. Sekali lagi saya terpukul, rasa terbeban kerana diminati ramai. Saya gembira jika orang senang dengan saya, tapi saya tak tahu apa perlu saya lakukan jika sudah sampai tahap cinta. Kalau seorang, senang la pula. Tapi ini ramai. Saya hanya mampu berkawan sahaja dengan semua. Dan Alhamdulillah mereka mengerti.

Masuk alam pekerjaan, sekali lagi saya diminati. Cabaran kali ini agak berbeza, kerana saya diminati ramai lelaki lebih muda dari usia saya.

Saya sendiri keliru dengan isu jodoh saya. Jika orang lain frust kerana masih belum jumpa jodoh, saya juga frust. Calon jodohnya ramai, cuma saya yang tidak tahu memilih.

Disebabkan saya tak mahu lukakan hati mana-mana pihak, akhirnya saya berikan jawapan sama kepada semua. Saya katakan kepada mereka yang saya masih belum ada keinginan untuk berkahwin.

Pun begitu, saya masih dikejar. Masih ada yang setia menanti saya. Saya juga sengaja berikan jawapan begitu kerana saya mahu lihat siapa yang benar-benar ikhlas mahu tunggu saya. Tapi masalahnya semua mahu menunggu saya. .

Jika ditanya tentang perasaan saya, saya suka semua lelaki tersebut. Sebab, mereka semuanya lelaki yang baik. Semua jenis yang hormat wanita, tak pernah ambil kesempatan, sweet, setia, jaga batas, caring dengan saya dan jujur. Kalau lah boleh kahwin ramai, dah tentu saya kahwin je dengan mereka semua. Haha tapi perempuan hanya boleh kahwin 1 :(

Dan sekarang. Saya hanya berserah kepada Allah. Paling lewat pun umur 30 baru saya decide siapa yang akan saya kahwini (itupun sekiranya mereka masih setia tunggu saya).

Saya percaya, setiap perkara itu jangan terlalu terburu-buru dan jangan terlalu dilambatkan. Soal jodoh, biarlah saya menunggu untuk mengamati setiap dari mereka. Mungkin sekarang semua nampak baik. Tapi akan datang? Moga Allah tunjukkan petunjuk yang baik untuk saya.

Buat yang belum bertemu jodoh, luaskan networking dan connection anda. Keluar dari kepompong, banyakkan berkawan dengan kaum lawan. Baru lah anda akan jumpa lebih ramai orang. Calon juga akan semakin ramai, hihi.

Doakan saya jumpa jodoh yang tepat ya. Terima kasih.

– Xoxo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *