Assalamualaikum, aku perkenalkan diri aku sebagai Dahlia, 28 tahun. Baru lapan bulan berkahwin, masih dalam fasa honeymoon, cehh.
Okey, throwback lebih kurang satu tahun tiga bulan lepas, sepanjang usia aku 27 tahun, aku tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki.
Ada lelaki yang suka dan confess pada aku, ada yang aku suka pada lelaki tu, tapi setakat tu je, kalau bermesej pun tak kekal lama, mesti lepas tu mati rasa.
Mungkin ada sangkut-paut dengan doa yang selalu aku baca selepas solat kalau ada mana-mana lelaki cuba dekati aku, atau ada mana-mana lelaki yang aku tersuka.
Doa aku – ” Ya Allah, jika si dia ni jodoh aku, maka Kau dekatkan lah kami beserta Rahmat-Mu, jika sebaliknya, maka Kau jauhkanlah dia dengan cara yang baik”. Aku rasa doa ni Allah kabulkan sehinggalah aku jumpa suami aku sekarang.
Alhamdulillah pada usia aku 24 tahun, Allah rezekikan aku beli rumah atas nama sendiri, ptptn pun aku dah langsaikan masa pkp haritu, dapat keluar dari KWSP RM10k, terus aku langsaikan hutang ptptn. Dari segi ekonomi, aku bersyukur sangat, Allah banyak bantu.
Cuma jauh dalam sudut hati aku, tertanya-tanya kenapa aku tak ada teman hidup lagi?
Kadang-kadang aku pasrah je tak ada jodoh, tapi ada situasi aku berharap aku akan bertemu juga jodoh didunia ni.
Sehinggalah bulan lapan, 2021 (masa birthday aku) time ni ramai yang wish semoga bertemu jodoh, aku aamiinkan setiap wish tu, sungguh-sungguh. Doa-doa lain aku aamiinkan juga, cuma yang satu ni, lebih ikhlas lah kot, haha.
Nak dipendekkan cerita, suatu hari ni (bulan sembilan), kawan baik aku (Zee), seorang MUA yang agak popular, call aku ajak jumpa, masa tu dah hampir 11pm, jadi aku memang tak lah nak keluar malam-malam macam tu,
Dari nada dia aku tau ada benda besar dia nak sampaikan dan dia kata “Kau kenal tak Aqashah? (bukan nama sebenar)”
Honestly, aku teramat-amat blur bila dengar nama tu, Zee whatsapp aku gambar Aqashah tu pun aku masih tak dapat tangkap siapa mamat sorang ni?
Zee kata kami pernah satu sekolah dulu dari sekolah agama 2005 sampailah 2009, sebab lepas tu dia pindah sekolah ikut aliran yang dia minat. Mungkin sebab tu aku tak boleh cam Aqashah.
Zee kata ibu Aqashah nak kenalkan aku dengan Aqashah, sebab masa Zee make-up adik Aqashah bertunang, ibu dia ada minta untuk Zee kenalkanlah Aqashah dengan siapa-siapa kawan Zee. Time time tu jugak Zee teringat kat aku.
Esok harinya, aku kerja macam biasa dan lupa terus pada Zee, Aqashah dan ibunya. Tiba-tiba Zee call aku dan bagi tahu ibu Aqashah nak jumpa aku.
And i was like “Whaaaaaattt?? gile ke kau Zee? Aqashah pun aku tak jumpa lagi, ni nak jumpa ibu dia pulak? No!!” Memang aku refused nak jumpa ibu Aqashah, at least biar aku jumpa Aqashah dulu.
Kalau dah melibatkan si ibu, macam mana aku nak reject dia nanti kalau aku tak berkenan? Takut aku rasa kesian dekat ibu, aku terima Aqashah secara paksa.
Tapi, aku muhasabah diri balik, ingat doa-doa aku panjatkan pada Allah sebelum ni, rintih, rayu aku pada Allah untuk bertemu jodoh.
Dalam fikiran aku yang bercelaru, hati aku cuba tenangkan dengan segala cara yang mungkin boleh jadi Allah tengah plan nak temukan aku dengan jodoh aku.
Aku call mak aku dan cerita semua, tiba-tiba mak aku menangis dan cakap “Jumpalah Lia, mak doakan yang terbaik buat Lia,Bmak reda.”
Berkat kata-kata mak aku, aku cakap pada Zee, aku bersetuju jumpa ibu Aqashah, ohh ya adik perempuan Aqashah yang Zee make-upkan time tunang tu pun ada juga.
Dalam sejam lepas tu, tiba-tiba aku dapat whatsapp dari no baru, siapa lagi kalau bukan Aqashah, saja aku sidai whatsapp dia dalam sejam macam tu, baru aku reply. Lepas bermukadimah, saya kenal awak – awak kenal saya tak? Aqashah tanya aku serius ke nak jumpa ibu dia?
Aku reply, – Ya, tu pun kalau awak bagi. Dan dia bagi. Whatsapp tu berlarutan sampailah ibu dan adik Aqashah jumpa aku bersama Zee, si pendamping setia.
Cuak wehh, korang bayangkan anak dia pun aku tak jumpa lagi, tiba-tiba kena hadap bakal mertua, cehh. Ulang-alik jugak aku ke toilet time tu.
Perjumpaan tu berakhir dengan baiknya, Alhamdulillah, ibu dan adik Aqashah baik. Malam tu juga Aqashah nyatakan hasrat untuk jumpa aku dan parents aku Jumaat nanti.
Aku pun bersetuju, selepas berbincang antara Aqashah dan ibu dia, malam tu Aqasah decided untuk merisik aku terus jumaat nanti.
THIS IS SUPER CRAZY!!! Terkejut pertemuan tadi pun aku tak hadam habis lagi, ada lagi benda mengejutkan.
So dari hari isnin sampai nak tunggu jumaat tu, bermulalah hidup aku dengan tak bermayanya. Kenapa? sebab aku belum jumpa Aqashah, kenal dia pun setakat dalam whatsapp saja.
Bercelaru otak aku bila fikirkan kemungkinan Aqashah ni tak macam yang aku sangkakan, idamkan. Tak salah kan kalau aku nak memilih sikit?
Aqashah maklumkan yang dia cuti Khamis ni (hari Malaysia kot) jadi kita boleh jumpa awal, kata dia dengan penuh terujanya.
Sedangkan aku time tu, kalau boleh nak stop semua, sebab kecut perut punya pasal. Hari yang Aqashah tunggu-tunggu dah pun sampai, dia je tunggu, aku tak hehe.
Kami jumpa buat pertama kalinya di rumah Zee, masa tu kat rumah Zee ada dia dan suaminya. Korang boleh bayangkan pertemuan pertama kami tak? tak ada malu-malu, aku nampak dia je terus aku tergelak, dia pun sama.
Agaknya dalam hati masing-masing, benda gila apa yang kita lalui dalam seminggu ni? Malam tu juga Aqashah ke rumah aku untuk jumpa mak dan abah aku.
Kalau ikut plan asal, esok keluarga Aqashah akan datang untuk merisik aku, tapi bertukar plan nak tunang terus. Time tu dah la pkp lagi, tak boleh rentas daerah apatah lagi negeri. So siblings aku tak boleh balik, tunang pun buat kecil-kecilan.
Esoknya sebelum solat jumaat, dalam pukul 9am Aqashah datang ambil aku, terus pegi beli cincin tunang dan kek. Zee dan kawan kami beli barang-barang hantaran belah aku.
Meanwhile ibu, adik dan tunang dia cari hantaran site Aqashah. Gila-gila! Hahaha. Alhamdulillah, majlis pertunangan berjalan dengan lancar.
Sebulan selepas bertunang, baru aku teringat yang aku pernah jumpa Aqashah ni, masa awal tahun 2020 (sebelum covid 19 melanda Malaysia) kami ada hadiri majlis kahwin yang sama iaitu girl best friend aku, kahwin dengan best friend dia.
Yang aku ingat time tu, aku dan kawan-kawan nak bergambar, sekali imbas aku tengok group lelaki depan pelamin, aku ternampak Aqashah.
Guess what?? dalam hati aku terdetik masa tu ‘Handsome jugak mamat ni, kalau jadi boyfriend aku pun okay jugak ni.’ HAHAHAHA. Lepas aku toleh ke kamera balik, aku terus lupa pada crush lima saat aku tu sampai lah selepas sebulan lebih dia jadi tunang aku.
Alhamdulillah, selepas lima bulan bertunang, Feb 2022 kami diijabkabulkan. Kenapa aku ceritakan kisah aku dekat sini? Aku tertarik dengan satu quote ni, maaf kalau aku silap.
Dikatakan quote ni dipetik dari kata-kata Umar bin Al Khatab RA, ‘Yakinlah bahawa ada sesuatu menantimu selepas banyak kesabaran yang kamu jalani, yang membuatmu gembira sehingga kamu lupa pedihnya rasa sebuah sakit.’
Selama ni aku tunggu jodoh aku, macam pungguk rindukan bulan, siapa sangka jodoh aku datang bagai bulan jatuh ke riba? Secepat ni? sampai aku rasa time tu nak bernafas pun tak sempat haha.
Buat yang mungkin bertanya apa buatkan aku terima dia dengan mudah?
Sejujurnya, aku pun tak tahu, selain kawan-kawan kami adalah kebanyakkan orang yang sama, rumah parents kami pun dekat je, tak sampai lima minit naik kereta. Selain tu, aku wakilkan ‘jodoh’ sebagai asbab keyakinan ini.
Buat wanita diluar sana, yang masih menuggu jodohnya, aku doakan moga Allah titipkan sebaik-baik pendamping buat kalian. Your time will come, in shaa Allah, jangan risau. Kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat sana, nikmatnya pasti berganda-ganda.
Doakan perkahwinan aku yang baru setahun janggung ni juga ya.
Salam seagama,
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit