Assalamualaikum. Nama aku Cempaka (bukan nama sebenar). Sedikit intro, aku seorang penjawat awam dan berstatus belum berkahwin.
Maaf jika ayat aku tak teratur. Aku nak ceritakan dari kisah silam aku yang membuatkan aku menjadi orang lain.
Masa zaman aku study, aku berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki selama 3 tahun. Nama dia Azlan (bukan nama sebenar) berasal dari sabah. Dia sangat baik.
Dia banyak tolong aku masa zaman belajar. Dia pon merupakan seorang pelajar.
Satu hari ibu aku dimasukkan ke hospital disebabkan asma yang agak teruk. Aku terlalu risau dengan keadaan ibu. Waktu itu aku takde transport untuk melawat ibu di hospital. Aku bukan lah dari keluarga yang senang.
Nak dipendekkan cerita, Azlan bantu aku bawa pergi hospital untuk melawat. Itu lah kali pertama perjumpaan Azlan dan ibuku. Selepas seminggu, aku balik ke kampung. Ibu pun dah sihat dan dibenarkan pulang.
Semasa di kampung, ibu tanya sejauh mana hubungan kami. Adakah hubungan yang serious? Aku terdiam seketika mendengar soalan yang terkeluar dari mulut ibu. Kemudian, aku jawab ye, kami berkawan.
Ibuku faham maksud berkawan dari mulutku adalah bercinta. Sebab aku adalah seorang yang susah berkawan dengan lelaki. Dan sebagai ibu dia pasti faham dengan anaknya.
Tiba-tiba ibu suruh kami putus. Dengan alasan dia berasal dari sabah. Jika bersama dia pasti aku kena ikut dia ke sabah dan aku berjauhan dengan keluarga.
Tapi aku tahu itu bukan lah alasannya. Aku tahu pasti ada alasan lain yang membuatkan ibu tak suka dengan dia.
Tapi aku tak nak tanya banyak. Sebab pada aku cukup sekadar aku tahu yang dia tak nak aku bersama Azlan. Aku tak nak tahu apa alasannya.
Bagi aku restu ibu bapa adalah yang paling penting. Jika dia tak suka, aku kena putuskan hubungan ni.
Bila aku tahu ibu tak restu, aku decide untuk putus dengan Azlan walaupun aku sayang sangat pada dia. Sebab aku rasa tak guna teruskan hubungan yang tak direstui.
Aku rasa hubungan tu akan sia-sia dan buang masa. Dan akhirnya aku putus dengan Azlan selepas 3 tahun bercinta dengan alasan aku dah ada orang lain.
Aku terpaksa menipu sebab aku tak nak dia tahu perkara yang sebenar. Biarlah dia tahu aku curang. Biar dia benci aku. Aku sedih. Sedih sangat. Sebab aku sayang dia. Dia banyak bantu aku.
Kami takde masalah. Kami sangat happy. Tapi keadaan yang membuatkan kami terpaksa berpisah.
Walaupun aku bagi alasan aku curang, dia tetap nak pertahankan hubungan ni. Aku block dia dekat semua social media. Dia cari aku sampai email.
Aku tetap diamkan diri. Sebab aku dan dia perlukan masa untuk move on. Kalau tidak, dia akan terus cari aku.
2 tahun kemudian aku masih belum move on sepenuhnya. Aku sangat rindukan dia. Aku rindu nak share masalah, share cerita dengan dia.
Banyak masalah yang aku pendam sendiri sejak putus dengan dia. 2 tahun aku menahan rindu.
Dan disebabkan terlalu rindu, aku unblock whatsapp dia dan chat “assalamualaikum”. Tak lama kemudian dia reply. Dia kata dia bagaikan tengah mimpi sebab dapat chat dari aku. Hari2 dia tunggu aku.
Aku pun tanya khabar dan chat sebagai seorang kawan. Tapi lama kelamaan, aku rasa macam nak getback. Tapi aku cepat2 ingatkan diri aku, aku tak nak ada hubungan dengan dia.
Kalau tak, sia2 usaha aku untuk move on selama 2 tahun ni. Dan aku pon block semula dia di whatsapp. Aku cuba lupakan dia.
Sejak tu aku berazam untuk tak nak ada hubungan dengan sesiapa. Aku perlukan masa sendirian. Aku tak mencari mahupun menerima orang baru.
Aku bagaikan protess dengan diri sendiri. Aku dah hancurkan hati orang yang aku sayang, jadi aku pun tak layak untuk bahagia.
Aku tutup hati aku serapatnya. Ada lelaki yang handsome lalu depan aku pon aku tak pandang. Sedangkan kawan2 aku yang lain dah usha2 dari jauh.
Kawan aku kata hati aku dah mati. Dia minta aku jangan terus macam ni. Tapi aku diamkan saje.
Ada sambungan di part 2.
Tu saje lah setakat ni daripada aku…
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit