Jodohku Tak Kunjung Tiba

Assalamualaikum… Aku Ima… Tinggal di utara Sem Malaysia. Umurku sudah mencapai 38 tahun 2024 ni.

Apa yang aku ingin luahkan di sini adalah mengenai kisah jodohku yang masih belum kunjung tiba walaupun dah pelbagai cara aku gunakan.

Kadang timbul rasa sedih melihat rakan² dan juga adik kakak yang sudah berkeluarga sedangkan aku masih lagi begini.

Aku mempunyai ramai adik beradik, mungkin dengan ini terubat sedikit rasa kekosongan bila dapat bermain dengan anak² buah.

Sebutlah apa saja cara aku dah try tapi semuanya tak menjadi. Mungkin ujian buatku begini.

Pernah juga aku kenal melalui online, tapi hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Tak nampak lelaki tu serius pun dalam perhubungan.

Ada juga aku kena scam ya, aku ingatkn serius gak si mat ni, tapi bila dia sebut kena transfer sejumlah wang terus aku block. Buang masa aku lagi jumpa dengan orang yang salah. Huhu.

Pernah juga aku join website cari jodoh, tapi kena upgrade setiap 3 bulan, kalau tak bayar, tak boleh baca mesej yang dikirim untuk kita.. Huhu… Siap ada pakej sampai setahun, beratus ringgit juga nak kena habiskan kat situ. Jadi aku pilih untuk stop ja lah kat website tu.

Ada juga kawan kenalkan, tapi red flagnya lelaki itu sejak awal kenal lagi. Pagi aku whatsApp, malam baru dia reply. Awalnya aku assume mungkin dia busy dengan kerja, tapi weekend pun macam tu, hah memang kena angkat kaki, buang masa aku rasa… Haha…

Aku pun dah semakin berumur, bulan masa untuk main tarik tali macam ni, kalau taknak tak payah kenal dari awal. Kan senang macam tu, takda lah aku mengharap cuma bla si lelaki tu yang mulai dulu, aku ingatkan dia serius nak kenal.

Aku namakan dia si D. D ni seorang yang sangat terpelajar, sampai ke PHD tahap pelajarannya sedangkan aku cuma ada degree kerja pun swasta bukan gov macam si D. Mungkin dia cari yang sekufu dengan dia.

Aku pun dah tak contact dengan D lepas dia ghosting aku lama juga. Selalunya aku yang kena mula mesej dia, dia mesej masa awal² nak kenal ja dulu. Sampai sekarang aku tak tahu cerita si D ni, masih hidup lagi kot dia sebab kadang ada dia view status tele aku.

Tapi serius aku geram lelaki macam ni, tak matang walaupun umur dia dah 43 Tahun. Kalau ko taknak, jangan pernah mulai, ko tak tahu macam mana rasa pengharapan tu..

Betullah kata pepatah, jangan berharap kepada manusia sebab manusia ni selalu mengecewakan.

Dari segi fizikal aku seorang yang kurus dan tinggi, ada juga rupa tapi entahlah, tak jumpa juga jodoh aku ni haa.

Kadang aku tengok orang yang chubby pun ada jodohnya, aku yang kurus ni takda yang bekenan, huhu. Selalu ayat yang aku kena hadap “memilih sangat lah tu sebab tu tak kahwin lagi sampai sekarang”.

Aduh tajam macam pisau yang menusuk kalbu tau ayat tu bagi kami yang tak berjodoh lagi ni.. Kalau lah kalian tahu dah macam² cara kami buat, tapi jodoh tetap tak kunjung tiba jua.

Takkanlah kami nak ceritakan kisah kami mencari ni kat semua socmed, cukuplah hanya keluarga dan rakan terdekat yang tahu usaha dan ikhtiar kami tu. Nak minta kawan carikan pun dah malu tau sebab asyik tak menjadi, huhu.

Akhirnya aku memilih pasrah dan redha. Mungkin jodohku bukan di sini, Allah beri kesempatan waktu untuk lebih dekat denganNya. Waktu untuk merayu merintih padaNya.

Doakan kami yang senasib ni terus kuat, jika ada jodoh buat kami moga Allah permudahkan. Jika tiada, moga Allah berikan sekeping hati yang ikhlas untuk menerima segala ketentuanNya.

Kalau ada sesiapa yang senasib dengan Ima mohon kongsikan tips ya macam mana korang mampu bertahan sampai ke tahap ni. Kadang rapuh juga hati ini walaupun cuba untuk kelihatan tenang dan kuat.

Terima kasih semua yang sudi baca luahkan hati aku ni… Moga baik² ja untuk kita 2024 nanti..

– Ima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *