Usrah Underground

Pada mulanya aku dapat tahu mengenai kumpulan usrah underground tersebut melalui kawan aku. Bukan tak ada usrah wajib kampus namun aku memilih untuk join jugak ‘usrah underground’ tersebut apabila diajak oleh kawan aku sebab pada mulanya nampak menarik.

Kawan aku yang mengajak aku mengatakan bahawa sepanjang dia join dapat membantu dalam pengurusan diri (dan lain-lain). Aku pernah dimaklumkan oleh kawan aku yang lain bahawa lecturer tidak menggalakkan kami mengikuti usrah underground.

Pada masa itu aku tidak faham apa buruknya mengikuti usrah underground namun setelah aku join selama beberapa bulan baru lah aku faham kenapa kami tidak digalakkan mengikuti usrah-usrah underground.

Aku bukanlah tidak pernah mengikuti usrah di zaman sekolah dahulu. Namun usrah yang aku faham dan sepanjang pengalaman aku mengikuti mana-mana usrah, usrah ini lebih kepada pengisian ilmiah dan juga untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli usrah.

Usrah underground yang aku ikuti ini juga banyak kepada perkongsian ilmu juga, namun apa yang aku ‘tidak setuju’ adalah PENYAMPAIAN ILMU AGAMA OLEH ORANG YANG BUKAN AHLINYA.

Contohnya, naqib/murobbi nya yang bukan ahli agama namun bercakap dan memberi penerangan mengenai ilmu agama walhal mereka secara jelas bukan ustaz mahupun pelajar bidang agama (bukan ahlinya).

Selain itu, antara yang selalu dilakukan oleh jemaah ini adalah mentadabbur ayat Al-Quran dengan menghuraikan menggunakan pemikiran sendiri. Tadabbur Al-Quran itu suatu yang sangat dituntut namun perlu mengikuti disiplinnya juga.

Seterusnya, aku ingin memberitahu bahawa usrah underground yang aku ikuti ini ada baiknya dan banyak sebenarnya kebaikannya. Seperti yang kawan aku beritahu, usrah tersebut membantu dari segi PENGURUSAN DIRI.

Usrah ini menekankan pelaksanaan amalan-amalan sunat dengan menyediakan satu checklist amalan-amalan sunat yang perlu dihantar kepada naqib/murobbi kita pada akhir setiap minggu supaya amalan kita dapat dipantau.

Menurut aku, aku tiada masalah untuk itu. Namun apa yang aku agak tertekan dengan usrah ini (mengenai pengurusan diri) adalah aku merasa aktiviti-aktiviti tersebut seperti PAKSAAN. Seperti usrah yang biasa, usrah ini dijalankan setiap minggu.

Dan usrah ini juga mengadakan daurah lebih kurang setiap bulan. Apa yang aku tidak setuju adalah, boleh dikatakan dalam setiap usrah dan daurah point yang mereka tekankan sama sahaja iaitu ‘usrah/halaqah ini lebih penting’ daripada urusan lain.

Bahkan ada salah satu aktiviti dalam daurah yang aku ikuti, mereka memberi soalan perbandingan antara masa usrah/halaqah dengan masa ibu meminta pertolongan yang bertembung,

Dan salah satu solusi yang mereka cadang adalah dengan menyuruh adik beradik lain yang menolong ibu pada masa tersebut seandainya masa tersebut ‘clash’ dengan masa usrah/ halaqah.

(Ini hanya salah satu antara banyak lagi pengalaman daurah aku). Aku pun tidak pasti adakah aku seorang sahaja yang merasakan itu tidak betul, atau adakah yang sama pemikiran dengan aku.

Selama aku hidup, aku sentiasa diajar untuk menghormati ibu bapa dan tidak membelakangkan mereka.

Apakah lebih penting mendengar perkongsian berbanding menolong ibu yang meminta pertolongan meskipun ada adik beradik lain pun?

Jadi ‘ajaran’ usrah ini seolah-olah menyuruh aku berbuat demikian. Mereka mahu kita mem’prioriti’kan usrah/ halaqah ini melebihi urusan lain. Aku tak faham, adakah ini caranya untuk mengajar kita pengurusan diri atau apa?

Seterusnya, masih juga mengenai PAKSAAN, apa yang aku tidak sangka mengenai usrah ini adalah aku yang sudah terjebak ini akhirnya perlu ‘menjebakkan’ diri aku di dalam aktiviti volunteer pula.

Bayangkan, aku yang pada mulanya join usrah ini sekadar ingin mendengar perkongsian ilmu setiap minggu akhirnya disuruh melakukan bermacam perkara dan menghandle beberapa program.

Tidak hairanlah juga kerana usrah underground tersebut adalah diasaskan oleh sebuah NGO, maka tidak larilah daripada kerja-kerja volunteer ini.

Namun aku tak sangka bahawa ahli-ahli usrah seperti aku ini rupa-rupanya akan ‘bekerja’ juga. Aku tahu bahawa dengan join usrah ini, mereka membantu kita dari segi softskill juga namun aku tidak sangka dengan cara aktiviti volunteer ini.

Akhir kata, mungkin ini adalah salah aku juga kerana tidak perasan bahawa pada mula-mula kawan aku mengajak aku, dia telah pun memberitahu bahawa usrah tersebut akan guide kita dari segi pengurusan diri termasuk spiritual, leadership, volunteerism dan lain-lain.

Namun, pada waktu itu aku tidak menolak pelawaan kawan aku itu kerana menganggap usrah ini best dan boleh membimbing aku dalam pengurusan-pengurusan diri tersebut. Pada hakikatnya tidaklah seindah yang disangka.

Aku yang pada mulanya berniat join usrah tersebut untuk mengisi masa lapang akhirnya mem’pack’kan pula masa free aku sampai kadang-kadang rasa macam sudah tiada masa free.

Aku ingin keluar dari usrah tersebut namun seperti sudah terlambat dan aku pun tidak tahu bagaimana aku mahu menyatakan sebab.

Overall, usrah yang aku join ini bagus, dan tiada unsur ajaran sesat pun. Cuma beberapa permasalahan yang aku nyatakan di atas yang membuat aku tak keberatan bersama usrah tersebut lagi.

Walaubagaimanapun, sekarang aku masih di dalam jemaah usrah tersebut dan masih lagi mencari ‘jalan keluar’.

Pesanan: Tujuan aku menulis ini bukanlah untuk memburukkan usrah yang aku ikuti. Ini hanya sekadar luahan aku yang sudah tiada semangat untuk join usrah tersebut.

Usrah underground yang aku ikuti ini sangat bagus dan banyak sangat kebaikan, namun pesan aku, kalau rasa tidak mampu dan keberatan melakukan kerja yang banyak pada waktu lapang, ikuti sahaja lah usrah rasmi di kampus itu.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *