Join Usrah, Tapi Jadi Gila

Assalamualaikum. Terima kasih admin berbaik hati andai menyiarkan confession saya. Semoga confession ini saya boleh jadikan pengajaran yang baik daripada kisah hidup saya.

Saya ceritakan sedikit latar belakang saya. Alhamdulillah Allah kurniakan saya kelebihan dalma akademik, saya berlatar belakang sekolah asrama penuh, kemudian terus ke asasi X dan menyambung degree chemical engineering di sebuah universiti Y.

Tempoh hidup saya di universiti ini lah, penuh berliku ujian yang hadir dalam hidup saya untuk saya ceritakan. Alhamdulillah sepanjang saya di asasi, saya dipertemukan dengan satu organisasi usrah.

Satu nikmat yang saya tak mampu diluahkan dengan kata2 kerana Allah memakbulkan doa saya sepanjang di asasi, supaya saya dipertemukan dgn insan2 yang boleh membimbing saya ke jalan Illahi. Satu fasa yang bahagia semasa di asasi. Nikmat akademik yang baik, nikmat bersama orang2 yang solehah.

Bermula kisah hidup saya untuk menuju fasa degree, saya mendapat tawaran degree in chemical engineering. Suatu bidang yang diluar jangkaan dan kemampuan saya kerna pada masa itu saya mengharapkan untuk saya mendapat tawaran belajar dalam bidang perubatan ataupun biomedik.

Dari kecil saya selalu berharap untuk menjadi seorang doktor sehinggakan saya pernah menolak tawaran MARA dalam bidang Farmasi semasa saya di asasi dahulu.

Oleh sebab itu, saya menelefon kakak usrah saya untuk bertanya pendapat. Kemudian dia menasihatkan saya untuk teruskan juga degree chemical engineering itu. Katanya jika saya menolak tawaran di universiti itu, mungkin saya akn mendapat tawaran di tempat lain yang menyebabkan saya jauh dari tarbiah dan usrah.

Jemaah yang saya join ini sgt menitikberatkan menjaga anak2 usrahnya supaya memilih universiti yang ada ikhwah akhwat (term diorang panggil untuk orang join usrah) supaya kelangsungan usrah dapat berjalan.

Semasa itu, saya abaikan nasihat abang saya untuk tidak memilih chemical engineering kerana dia tahu saya tidak minat dan tidak mampu untuk mengambil course itu. Firasat seorang abang terhadap adiknya kan.. Tambahan pulak, abang telah habis master in chemical engineering jugak. Dia tahu betapa seksanya untuk saya hadapi nanti.

Akhirnya.. Saya membuat keputusan untuk teruskan pelajaran di universiti Y itu.

Alhamdulillah walaupun saya tidak minat course chemical engineering itu, tapi semasa di tahun pertama keputusan cgpa saya agak memberangsangkan iaitu hampir 3.5. Ketika itu saya punya ramai teman untuk bersenda gurau. Untuk meminta tunjuk ajar dan sebagainya.

Masuk tahun kedua, saya telah mula sibuk dengan aktiviti usrah. Ketika itu saya disibukkan dengan program dan segala aktiviti dakwah. Saya telah mula diajar untuk membawa usrah sendiri.
Usrah saya sendiri setiap minggu di KL, setiap minggu saya akan berulang alik naik bas dan KTM dari Shah Alam.

Usrah saya waktu malam, lepas balik kelas pada waktu petang saya akn bergegas naik bas, KTM ke KL. Pada esok paginya kelas saya pada pukul 8pg, selalu saya akan tersampai lewat disebabkan saya perlu bergerak dari KL naik KTM dan bas rapid semula untuk ke universiti Y saya.

Itu belum termasuk saya perlu membawa usrah adik2 saya di lain universiti. Setiap minggu jugak saya perlu naik bas ke universiti X untuk menyampaikan usrah. Perjalanan bas mengambil masa 2 jam tidak termasuk tempoh menunggu bas. Keesokan paginya jugak, semestinya saya terkadang terlewat untuk ke kelas kerana masalah bas yang lambat memulakan destinasi.

Selain usrah sendiri, usrah adik2, terdapat juga hari weekdays yang perlu saya join liqo (meeting) untuk membahaskan masalah dakwah. Setiap weekend pula saya disibukkan dengan program2 aktiviti dakwah.

Pada ketika itu, hidup saya tersangatlah sibuk dan saya hilang fokus kepada pelajaran kerana saya terasa terlampau penat. Kawan2 mula memandang buruk kepada saya kerana saya selalu masuk kelas lambat. Prestasi akademik saya jugak sangat2 merosot kerana saya hilang tumpuan di dalam kelas.

Pada ketika itu, sudah mula kawan2 yang menjauhkan diri pada saya. Hinaan, umpatan dan kejian yang saya terima. Pernah seorang kawan saya menyampaikan kepada saya, kata2nya, “Wei.. Nama kau dah buruk dekat satu dewan kuliah. Sekarang ni aku nak kau buatlah apa cara sekalipun untuk pulihkan nama kau balik”.

Saya mula hidup dalam keadaan tertekan. Tiada sesiapa untuk meluahkan. Saya masuk kelas, semua tidak bercakap dengan saya dan memandang saya dengan sinis.

Setiap kali selesai sesi pembelajaran, saya keluar dari dewan kuliah, saya pasti pergi ke surau atau masjid untuk menangis. Saya mula hilang fokus di dalam kuliah, saya tidak faham langsung apa yang diajar. Saya tidak ada kawan untuk saya study sekali.

Pada tahun itu jugak, saya diuji dengan rumah sewa saya dirompak 2x. Kali pertama tiada barang saya yang hilang disebabkan malam itu saya pergi ke universiti X untuk membuat usrah bersama adik2 saya. Kali kedua dirompak saya kehilangan laptop yang terisi semua assignments saya.

Ada kawan yang percaya, ada yang tidak. Maka makin bertambahlah benci kawan saya kepada saya kerana tidak mampu menyiapkan assignment kumpulan seperti yang ditetapkan. Tahun ke 3 pengajian pula, saya telah diragut. Hilang purse dan notebook yang ada assignment dan segala barang peribadi.

Saya pernah meluahkan semua masalah yang sedang membelenggu diri saya kepada akak usrah saya. Nasihatnya hanyalah banyak dekatkan diri kepada Allah dan mula berbaik dengan kawan. Saya cuba lakukan namun tiada jalan penyelesaian yang saya dapat.

Saya kembali meluahkan perasaan saya kepada akak usrah dan usrahmate, namun kerana sudah bosan mendengar luahan saya, akak usrah mengatakan selepas ini di dalam usrah tidak ada sesi luahan masalah diri lagi. Yang perlu difikirkan sekarang adalah solusi masalah umat yang semakin parah. Jika daie hanya terlampau memikirkan masalah dirinya, masalah umat ini makin lama akn makin bertambah.

Sejak itu, saya sudah mula hilang keyakinan diri. Saya memendam seluruh perasaan di dalam jiwa saya sendiri. Tiada siapa lagi yang mengetahui. Masalah makin lama makin bertambah. Masalah study, kawan2, kewangan. Makin kerap saya menangis sendiri dan kurang tersenyum. Prestasi dakwah saya mula menurun, saya tidak mampu lagi untuk mengikat hati adik2 usrah saya seperti dahulu.

Tika itu di dalam jemaah dakwah juga saya dimaki, dibodohkan itu sudah menjadi lali keluar dari mulut mereka. Banyak dalil2 al quran tentang neraka, tentang golongan yang tidak bersungguh-sungguh, golongan yang akan digantikan jika kita meninggalkan jalan dakwah.

Tika itu saya rasa penat sangat hidup di dunia ini. Banyak cubaan hidup, ujian yang datang silih berganti. Saya tetap solat tahajud, zikir, baca quran. Tapi tenangnya hanya seketika.

Akhirnya, akibat terlampau memendam perasaan, saya cakap di dalam group usrah, lebih baik saya mati. Saya ni manusia yang teruk, tiada kelebihan diri, selalu menyusahkan orang lain, bodoh dan tidak guna. Mereka semua marah saya ketika itu.

Kata2 saya tidak melambangkan orang yang join usrah sudah 3 tahun lebih. Saya di downgrade dalam jemaah usrah. Saya ditukarkan kepada usrah lain. Saya tidak dibenarkan untuk membawa adik2 usrah yang saya sayang lagi.

Bermulalah saya dipulau oleh ahli jemaah dakwah sendiri. Saya rasa sangat terasing. Hidup dalam dunia sendiri. Saya sudah mula bawa motor laju2 di atas highway berharap untuk saya accident dan hilang ingatan. Saya sudah mula ke hutan, hiking seorang diri dan akhirnya tersesat.

Saya menyendiri dan bergelap di dalam bilik. Tidak makan, tidak minum. Tidur sepanjang hari. Bangun hanya untuk solat. Berat badan saya menurun 8kg dalam masa sebulan. Saya pergi ke universiti tapi tidak masuk ke dewan kuliah disebabkan saya akan rasa tekanan yang melampau kalau saya berjumpa kawan2.

Saya fail exam disebabkan kawan membenci saya dan tidak mengizinkan saya join presentations kumpulan diorang. Saya juga fail exam disebabkan kawan menipu saya waktu untuk mula exam. Exam pukul 8.00 pagi tetapi dia cakap pukul 8.30 pagi.

Jadi saya tidak boleh menduduki exam kerana terlewat masuk 30 minit. Saya fail exam kerana saya sengaja tidak pergi exam kerana waktu malam exam saya menangis2 sambil membaca buku. Air mata menitik2 meninggalkan bekas di atas buku. Langsung saya tidak faham dan ingat apa isinya.

Keseluruhan hidup saya GAGAL. Gagal dunia, gagal akhirat.

Akhirnya kata putus dari jemaah usrah, saya dibuang jemaah. Tidak lagi dibenarkan join segala aktiviti usrah dan program dakwah.

TITIK…

Hampir rasa nak bunuh diri, tetapi akibat ada setitik iman di dalam diri, saya takut saya masuk neraka.
Saya tidak tahu, saya depression selama ini.

Tahun ke 4 pengajian (semester 7),

Barulah saya berani menceritakan masalah saya kepada abang. Abang tidak terus menghukum saya. Malah dia membantu saya untuk tukar bidang pengajian dalam SPA.

Alhamdulillah dengan sekali ujian dan temuduga saya diterima tawaran SPA dlm bidang kesihatan peringkat diploma. Bidang kesihatan, suatu cita2 saya ketika dahulu. Tidak mampu untuk menjadi doktor, cukuplah menjadi pembantu doktor membuat saya bahagia.

Tahun akhir degree ke diploma. Ramai yang menghalang malah memperlekehkan. Rugi dan sayang kata mereka. Sakit di hati.. Tetapi saya abaikan. Mujurlah saya mempunyai abang dan ibubapa yang memahami. Tidak pernah menghalang keputusan saya.

2 tahun saya meninggalkan kisah silam saya. Saya bahagia di sini. Tiada masalah lagi. Punya kawan2 yang baik dan membantu. Namun, sejak akhir2 ini saya jadi kerap sedih dan menangis tanpa sebab. Mungkin parut kesan depression saya ketika dahulu masih membekas dalam jiwa saya. Sekarang saya tengah menjalani rawatan depression saya di klinik pakar psikology hospital tempat saya praktikal.

Doakan saya kembali sembuh. Doakan saya untuk bertemu dengan usrah yang boleh mebimbing saya kembali. Doakan saya punya kawan2 yang baik.

Maaf andai kata2 saya ada terguris dan menyinggung perasaan anda. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan saya.

Saya berharap anda tidak takut untuk join usrah, usrah itu tidak salah. Tetapi yang salah adalah cara orang yang melaksanakannya. Jangan cepat menghukum terhadap anak usrah anda.

In shaa Allah masih ramai golongan usrah yang baik2.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *