Assalamualaikum semua. Kalau yang main mobile legend tu tahu lah joki ni apa dia.

Aku ni hal belajar waktu sekolah boleh di katakan biasa sahaja. Tapi zaman belajar dari diploma ke degree boleh di katakan agak up sikit sebab waktu ni fokus nak banggakan mak ayah dan keluarga, dengan dekan berselang semester.

Aku graduate, pointer pun sedap habis selesai semua aku terus start bekerja office work pergi pukul 9 balik pukul 6 sampai rumah dalam pukul 7 kalau terpaksa stay sampai pukul 9-10 malam.

Tahun pertama bekerja aku tak ada masalah, aku bahagian game tak ada lah active mana. Tapi dota 2, league of legend, hs5, blackshot semua game standard cyber cafe punya game tu memang aku main.

Aku rasa mesti ada orang pernah terbaca satu news agak lama aku minta maaf tak nak mention nama dan details sebab kesian dekat keluarga arwah kalau ada yang terbaca.

Aku ada colleagues yang meninggal dunia. Dalam news di tulis lain, tapi kami yang kerja dekat situ tahu dia mati sebab b*n*h diri. Stress, depression, panic attack, burn out semua.

Aku dengan lagi 2 orang ni termasuk akak dia kira yang terawal jumpa tubuh arwah dekat rumah dia ada “surat” sekali.

Aku bila lepas hadap kejadian macam tu aku jadi entah kenapa aku setiap hari asyik tak boleh fokus kerja, nak muntah, kepala melayang macam low blood pressure tu.

Bukan sebab nampak mayat tapi lebih kepada selama aku kerja sama aku nampak dia tenang dan okay tapi dalaman tidak.

Selepas 6 bulan arwah meninggal aku pun decide letak jawatan aku tak boleh fokus. Tapi aku tak kasi tahu keluarga aku.

Aku pernah sekali kongsi gurau “ingat nak berhenti lah kerja kejap cari kerja lain” habis mak ayah aku membebel.

Dari sini aku start main mobile legend. Dia punya ketagih lain macam sebab aku tak kerja, duduk jauh dari mak ayah. Guna duit saving yang ada sewa bilik yang 200 sebulan. Lepastu setiap bulan kasi mak ayah aku RM500 jadi diorang tak curiga.

Akhirnya, selepas berbulan rasanya dah masuk 3 bulan tak kerja. Aku selalu share screenshot mobile legend, video semua dekat satu akaun Facebook ni, kira fake akaun lah guna nama lain, gambar anime.

Bila dah kenal kawan melalui mobile legend ada yang start minta aku “mainkan akaun” nanti diorang bayar. Mula² setakat sorang 2 tapi makin lama, makin ramai.

Bayangkan sehari tu 14-15 jam menghadap screen telefon joki nak ranking up akaun orang lain punya pasal. Lepastu ada macam sorang akak ni dia kira nak buat macam bisnes joki.

Aku pun follow dia, seminggu tu aku setiap hari tidur 3-4 jam dan main ML memang sehari minimum 15 jam. Setiap seminggu pula masuk payment. Paling sikit biasa RM500 tapi selalunya seminggu tu boleh jejak seribu ringgit.

Aku pun dari sewa bilik terus sewa rumah. Tapi waktu ni aku bukan kerja setakat under akak ni, aku kerja bawah orang lain sekali.

Waktu ni dekat Malaysia hal Joki ni tak rancak tapi dekat indonesia fuh sebulan kau bayangkan diorang boleh untung jejak 30-50 juta rupiah itu dah berpuluh ribu malaysia.

Aku pun tak boleh stop dan aku rasa macam ini “safe space” aku. Aku tak payah keluar rumah duduk je terperuk dalam rumah tu.

Lapar makan, Alhamdulilah walaupun menggila macam tu aku tetap lengkapkan 5 waktu. Cuma aku tak pernah kasi tahu keluarga aku, saudara mara aku. Semua ingat aku kerja tempat lama tapi padahal tidak.

Benda bukan aku buat setahun dua masuk 2024 ni dah nak tahun 5-6. Aku rasa macam entah tak boleh nak get back into professional career.

Aku kalau setiap kali terfikir eh taknak kerja office balik ke then aku just fikir balik “ah mungkin ni takdir aku” aku just keep swim sampai sekarang.

Rumah sewa aku ni aku design supaya nampak macam office jadi update dalam group dan dekat insta story macam tengah kerja sebab dengan formal attire semua.

Dalam masa sama aku terpaksa buat research pasal recent news pasal kerja jadi bila sembang dengan saudara mara atau kawan tu tak ada mcm out of touch.

Senang cerita dari luaran semua anggap aku ada kerja office maklumlah LinkedIn aku update juga. Tapi aku tak, aku menghadap screen telefon buka mobile legend mainkan akaun orang.

Kalau sekarang ni makin rancak. Memang banyak nak order joki. Kalau korang nampak ramai gila dark sistem tu mungkin salah satu punca dia adalah aku.

Bayangkan rank epic tapi tapi nak ke immortal. Aku buatkan tak sampai 3 hari settle. Waktu hujung season haritu ramai order ke immortal atau glory.

Sampai sekarang inilah kerja aku jadi pen-joki. Setiap hari berbelas jam tidur dalam 4 jam bangun makan apa semua sambung balik. Telefon sampai 6 biji aku beli sebab nak joki dari red magic, iphone, rog semua beli supaya senang buat job.

Aku rasa ramai dekat sana kerja macam aku. Dekat indonesia jangan cakap aku sendiri pernah pergi sana jumpa dan satu banglo tu penuh semua joki kan akaun orang.

Aku sekarang ni tengah saving lepastu mungkin bukan kedai makan/ runcit sebab kalau nak kembali kerja professional aku rasa memang tidaklah umur dah jejak 30. Target aku lagi 2 tahun lepastu bersara.

– Lam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Okay la tu ada hasilkan duit makayah tak marah la kalau ada penghasilan cuma tak terlambat pon kalau nak kerja office ..tapi susah sikit la orang nak ambik yang berumur macam kita 30tahun hehe .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *