Terima kasih admin kalau confession ini disiarkan.
Assalamualaikum semua. Nama aku Nurul. Rasanya belum terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam. Makan biarlah berpada, jangan disiksa sistem penghadaman di hari raya pertama. Terkejut dia tau, sebulan dia rehat tiba2 kau makan main tibai je semua. Lek la raya kan sebulan.
Ramadhan dah pun berlalu. Serius cakap tahun ni first time aku rasa rindu dengan Ramdhan bila dah habis. Tahun sebelum ni tak rasa apa pun. Moga2 amalan kita diterima Allah..Amiin.
Bulan Ramadhan yang lalu, aku perasan beberapa perkara yang mengganggu fokus umat Islam terutamanya di Malaysia. Apa dia?? Aku akan senaraikan dekat bawah. Harap lepas ni kita tak ulangi kesilapan yang sama. Inshaallah.
1. PRU 14
Kebetulan pilihanraya tahun ni jatuh seminggu sebelum Ramadhan dan demam PRU tu berlanjutan sehingga ke Ramadhan. Ditambah lagi kerajaan yang menang adalah kerajaan baru dan diterima baik oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Apa yang aku perhatikan masih lagi berlaku sikap menganjing diantara penyokong2 parti politik. Saling balas2 komen back up parti politik masing2 sampai tak hormat bulan Ramadhan langsung. Malu la. Belum lagi tu keluarkan kata2 kesat. Rilek je macam bulan2 biasa. Syaitan yg tengah kena ikat tu pun gelak je. Tak sia2 syaitan tu latih korang 11 bulan even dia kena ikat pun perangai korang still sama macam dia ada dekat sebelah. Syabas!
Tambahan lagi kisah2 politik yg dibongkarkan satu persatu. Allah biarlah bukti kukuh dulu dan pihak berkuasa buat kerja dorang. Ini korang seronoknya tengok kejatuhan orang lain. Aku tak back up mana2 pihak, cuma tak elok untuk kita buat spekulasi sendiri tanpa tahu perkara sebenarnya. Silap2 boleh jadi fitnah. Nauzubillahiminzalik. Bila Allah kata ‘Kun fayakun’ Inshaallah perkara tu akan terbongkar pada masa yang tepat. Tak cepat atau lambat sikit pun. Patutnya korang rilek dan fokus ibadah.
2. FAIZ ROSLAN
Pengakuan masa dia buat IG live tu dapat perhatian ramai. Aku pun tak sokong apa yg dia buat. Macam hidup dalam dunia dia sendiri. Tapi KEYBOARD WARRIOR ni bukan main hebat lagi maki carut haa semua benda keluar la. Terlupa tu bulan Ramadhan eh? Sebenarnya Faiz Roslan ni pun satu dugaan jugak untuk korang di bulan Ramadhan ni. Ramai yang cepat melatah dengan dugaan ni. Instead of kutuk doakanlah dia untuk berubah ke arah lebih baik. Kitakan manusia yg selemah2 iman.
3. TREND BAJU & TUDUNG RAYA SINGKAT
Baju ratus2 toq tapi singkat plus ketat. Asalkan branded tak kisahla. Barulah raya kan. Alah takpe setahun sekali. Hek mu. Tak malu ke pakai baju macam tu untuk hari kemenangan umat Islam? And yg paling memalukan boleh pulak designer atau jenama yang keluarkan baju raya tu claim itu adalah ‘Fesyen Muslimah’. Allahuakbar. Tudung lilit2 dekat tengkuk sampai berbelit aku tengok. Kenapa nak diikut sangat insta famous dengan hijabista itu?? Diorang mungkin berjaya dari segi perniagaan atau benda2 lain tapiii korang ambil lah mana yang baik untuk korang ikut. Takyah la yang tak betul pun ikut. Halahhh. Korang dah tak boleh nak bezakan yang mana baik yang mana buruk ke? Sedih tengok korang ni. Buruk sangat ke kalau pakai baju bawah punggung? Kolot sangat ke kalau labuhkan tudung bawah dada? Tak style ke kalau pakai baju longgar? Tepuk dada tanya iman.
4. MAKANAN
Bila bulan Ramadhan, makanan yg difokuskan bukan ibadah. Kau puasa berapa jam je nak dibandingkan dengan gelandangan tu. Tapi nafsu makan dia tak nak kalah. Sampai bazar masing2 tak sedar diri pantang nampak je beli. Sudahnya lepas berbuka minum air segelas pun dah kenyang. Allah nafsu berjaya kawal diri kau. Makanan yg kau beli pun tak habis masuk peti ais dah sejuk takde sape nak makan, ke tong sampah jugak akhirnya. PEMBAZIRAN! Seronok kawan dengan syaitan ya?
5. SERANGAN ISRAEL TERHADAP GAZA
Kalau perasan almost every Ramadhan diorang kena serang. Sengaja. Israel memang sengaja nak mengganggu fokus mereka dan seluruh umat Islam di dunia untuk beribadah. Pernah terfikir tak, kita buat apa bila dorang kena serang? Ke korang rilek je, scroll IG FB macam takde apa berlaku? Semua Allah akan tanya masa dihisab nanti. Allahuakbar. Dah ada jawapan kalau Allah tanya nanti? Ya, aku pun sentap dengan soalan ni.
Ini 5 perkara yang aku perasan. Manusia memang imannya adakala naik dan adakala turun. Lepas diteliti lima2 perkara diatas berapa je pahala puasa kita yang tinggal?? Allahu. Malu nak cakap kan?
Kalau korang ada je nak add on issue masa Ramadhan haritu, sila tinggalkan komen anda. Moga ada yang sedar, sentap, terhantuk, terketuk dengan hal2 ini.
Moga Ramadhan akan datang menjadi lebih baik dan bermakna buat seluruh umat Islam. Taqabballahu minna wa minkum. Yang sempurna itu datang dari Allah, yang cacat itu datang dari aku. Confession ni memang macam nak marah korang kan? Hahaha.. Siapa makan cili dia rasa pedas.
Assalamualaikum.
– Nurul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit