Bismillahirrahmanirrahim.
Aku nk kongsi tentang perubahan dalam hidup aku. Banyak perkara yang berlaku menjadikan aku sedar sesuatu yang penting.
Aku dibesarkan dalam keluarga islam yg sederhana, yang solat selalu last2 minute dan agama sekadar ibadah harian, bukan cara hidup. Solat di masjid hanya hari jumaat, raya dan terawih. Keluarga aku mementingkan pendidikan dan kejayaan dunia.
Smpai suatu ketika, ayahku diberhentikan kerja. Hidup menjadi sukar sebab bergantung dengan income mak berniaga. Usia lanjut menyukarkan ayahku mendapat kerja dan dia bantu mak berniaga kecik2.
Prestasi study aku mula down. Tapi aku masih mampu belajar smpai master. Tapi aku jarang ke masjid walaupon kawan aku selalu ajak dan masjid sangatlah dekat. Sampai satu hari aku stuck, buntu dgn master aku. Aku jejak kaki ke masjid solat asar dan kemudian aku berdoa untuk bantuan. Pulang saje ke makmal, aku search di google. Tiba tiba aku terjumpa tools yang membantu aku smpai aku graduate master. Memamg rasa ajaib masa tu.
Kemudian aku diterima bekerja. Selepas bekerja dalam 2 tahun company bankrupt. Aku tidak dibayar gaji yang dijanjikan berbulan bulan. Aku buntu macamana nk makan, bayar sewa bilik, bantu mak ayah, duit minyak. Aku tawakkal dengan amalkan surah alwaqiah dan solat dhuha sambil mencari kerja. Aku dapat kerja part time ajar tuition dan home tutor. Dan bantuan mengejut selalu tiba bila aku habis duit untuk makan. Tiba tiba aku terjumpa duit dalam laci dsbgnya.
Aku terus mengamalkan surah alwaqiah dan dhuha dan apply dalam 50 job sehari di jobstreet. Akhirnya aku di panggil interview di sebuah kilang. Aku ditawarkan gaji 4000+- sebulan sbgai eksekutif it tanpa pengalaman, sedangkan pekerja sebelum ni yg berhenti gaji akhir 3200 je pengalaman bertahun tahun. Ajaib lagi.
Pernah pulak aku terdengar ceramah, nak berjaya kena fokus pada solat. Kualiti hidup bergantung pada kualiti solat. Aku mula berubah, hari demi hari aku bersolat lebih awal waktu dan kadang kadang ke masjid. Aku cuba tinggalkn segala pekerjaan bila terdengar laungan azan. Rupanya dalam azan pon ada panggilan untuk berjaya, iaitu marilah menunaikan solat. Kemudian marilah kepada kejayaan. Rupanya kuncinya pada solat kita. Selepas itu aku terikut ikut dengan solat bilamana aku jadi lebih tepati masa dan lebih teliti dalam kerja.
Hanya 3 bulan selepas tu, aku ditawarkan biasiswa phd di universiti dalam negara dengan elaun melebihi dari gaji aku sekarang. Alhamdulillah. Jadi aku nak ajak semua reader, jomla kita berjaya dalam hidup dengan menjaga kualiti solat kita.
Sekian.
– Koko campur susu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit