Jom Jadi Cikgu-Cikgi!

Tidak lama lagi keputusan permohonan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) KPM akan dikeluarkan.

Antara program pendidikan guru dibawah tajaan KPM yang ditawarkan pada iklan tahun 2021 ini adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (Program PPC).

Pelajar yang ingin memilih program tajaan KPM perlulah menjalani tiga peringkat tapisan sebelum ditawarkan program yang dikehendaki.

Fasa pertama Ujian Calon Kelayakan Guru (UCKG) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), apabila lulus, calon akan ke Ujian Amali berserta Temuduga + Demostrasi Mengajar.

Tahniah diucapkan kepada insan-insan yang terpilih ke IPG. Sekiranya permohonan tidak berjaya, calon jangan gusar, IPGM akan mengeluarkan keputusan rayuan sekiranya ada di kalangan calon yang berjaya menolok tawaran yang ditawarkan pada 8 Julai ini.

Keputusan yang dikeluarkan adalah berdasarkan keputusan e-UKCG, perakuan panel penilai VP dan VKF, skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM.

Bagi PISMP adalah dibawah kendalian IPGM dan calon akan dilatih di 27 buah kampus IPG di seluruh negara berdasarkan bidang pengkhususan yang ditawarkan.

Tahun pertama calon akan mengikuti Program Persediaan yang setara dengan program Asasi, Matrikulasi, STPM.

Sekiranya, calon lulus dan diperakukan oleh Senat, calon akan ditawarkan pula ke program ijazah sarjana muda atau PISMP selama 4 tahun di IPG yang sama.

Nama ijazah dibawah kelolaan IPGM ialah Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (bidang pengkhusan masing-masing) Pendidikan Rendah.

Di Univeristi Awam, nama ijazahnya berbeza dengan IPG iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) atau Ijazah Sarjana Muda (bidang pengkhususan) dengan Pendidikan.

Di peringkat ijazah, barulah calon boleh memohon opsyen yang kedua (subjek minor) yang ditawarkan di IPG masing-masing untuk diajarkan di sekolah kelak.

Semua program PISMP di IPGM adalah untuk keperluan Sekolah Rendah (SR) di seluruh negara merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKT/SJKC), SKPK, SRA, SABK.

Calon PISMP adalah terikat kepada Perjanjian Pendidikan Guru dan perlu membayar balik tajaan yang diberikan selama 5 tahun pengajian dengan wajib berkhidmat selama 4 tahun (ikatan kontrak) dengan KPM sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41.

Setelah memperoleh Master, lulusan IPG tidak boleh sewenang-wenangnya memilih untuk mengajar di sekolah menengah kerana sekolah menengah dikhaskan untuk lulusan universiti awam (UA) sahaja dan program PPC KPM serta tajaan ISMP KPM.

Pelantikan lulusan IPG dan UA adalah sama sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 dan kenaikan pangkat adalah setara dengan menggunakan pakai Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) iaitu 8:8:6:3.

Bagi pelajar yang ingin mengajar di peringkat menengah (Kolej Vokasional dan Teknik/Sekolah Menengah) mereka bolehlah memohon ke Universiti Awam (UA) yang menawarkan sarjana muda pendidikan.

Bagi pelajar di UA, mereka bolehlah memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan (BPP) yang ditawarkan oleh Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan KPM yang ditawarkan semasa di Tahun 1 dan 2 pengajian universiti.

Kriteria yang ditetapkan adalah mendapat 3.5 keatas bagi semester terkini.

Sebelum mendapat biasiswa ini, calon yang memohon perlulah menjalani UCKG, UKF dan Temuduga (demostrasi mengajar) kendalian IPGM di IPG Kampus yang berdekatan.

Apabila berjaya ditawarkan, Ikatan kontrak yang dikenakan adalah selama 5 tahun oleh KPM selepas mendatangani Borang Perjanjian Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM ISMP di Universiti Awam.

Calon juga perlu bersedia untuk ditempatkan di kawasan pedalaman. Tetapi tidak semua opsyen ditawarkan oleh KPM tertakhluk kepada iklan tahun semasa.

Seterusnya, terdapat perbezaan antara program PISMP IPGM dan program PPC. Bagi program Program Pelajar Cemerlang (PPC) adalah dibawah urusan dan tajaan Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan KPM.

Pelajar PPC pula akan menerima Biasiswa Perguruan Persekutuan (BPP) dibawah kategori pra-perkhidmatan.

Ikatan kontrak bagi program PPC dengan KPM adalah selama 8 tahun. Antara PPC yang ditawarkan adalah PPC Pendidikan Islam, PPC Pendidikan Khas, PPC Matrikulasi, PPC Bahasa Cina, PPC Bahasa Perancis, PPC.

PPC Pendidikan Islam ditawarkan kepada calon lepasan SPM dalam iklan permohonan ke IPG.

Antara opsyen yang ditawarkan adalah Pengajian Islam, Bahasa Arab, Tahfiz. Kelayakan SPM adalah 7A dan keatas. Pelajar akan dihantar ke Mesir dan Jordan.

Program ini akan bermula dengan Kursus Persediaan ke Timur Tengah (KPPTT) di IPGM (IPGK Pendidikan Islam) selama sebulan.

Kursus Ijazah Sarjana Muda di universiti Yarmouk/ WISE, Jordan/ Universiti Al-Azhar, Mesir selama 4 tahun.

Setelah bergraduasi dan memperoleh ijazah di luar negara, pelajar akan meneruskan pengajian menjadi guru dengan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) sebagai kelayakan ikhtisas di IPGM (IPGK Darulaman, IPGK Pendidikan Islam) selama 12 bulan.

Pelajar akan dianugerahkan diploma pendidikan di majlis konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia. Bagi PPC Pendidikan Islam, pelajar akan ditempatkan di SMKA, SBPI serta SABK.

Bagi PPC Pendidikan Khas dan Matrikulasi adalah ditawarkan kepada calon cemerlang lepasan Kolej Matrikulasi, KPM yang mendapat keputusan 3.5 keatas dalam PSPM Semester 1.

Mendapat keputusan 7A dalam SPM dan gred A dalam bidang yang dipohon, MUET Band 4 serta IELTS skor sebanyak 6.5 keatas.

Bagi PPC Matrikulasi atau dikenali sebagai Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi (SLTPM). Antara opsyen yang ditawarkan adalah Kejuteraan, Sains Komputer, Fizik, Kimia, Biologi.

Pelajar PPC Matrikulasi boleh membuat pilihan universiti di negara Australia, New Zealand dan United Kingdom. Tempoh pengajian adalah selama satu bulan kursus persediaan ke luar negara di IPGM, 3 tahun Ijazah Sarjana Muda tanpa pendidikan di luar negara.

Setelah bergraduasi dan memperoleh ijazah sebagai kelayakan akademik, pelajar akan menjalani Program Diploma Pascasiwazah Pendidikan (PDPP) pula sebagai kelayakan ikhtisas bagi membolehkan mereka menjadi guru yang terlatih iaitu dalam negara selama satu tahun samada di IPGM atau Universiti Awam seperti UM.

Pelajar PPC Pendidikan Khas akan menjalani PDPP samada di IPGK Ilmu Khas atau IPGK Darulaman.

Semasa PDPP, pelajar akan menjalani Latihan Mengajar/ Praktikum di Kolej Matrikulasi bagi PPC Matrikulasi manakala PPC Pendidikan Khas di sekolah pendidikan yang ditetapkan semasa PDPP di IPG kelak.

Bagi lepasan PPC Matrikulasi, mereka akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi, KPM seluruh negara sebagai Pensyarah Akademik atau nama rasminya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 dan lepasan PPC Pendidikan Khas juga sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 di instusi pendidikan khas dibawah KPM.

PPC Bahasa Cina atau Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Penghantaran Pelajar ke China untuk Pembelajaran Bahasa Mandarin dalam Kalangan Penutur Jati dikhususkan kepada calon lepasan SPM yang mendapat 7A dalam SPM.

Pelajar akan menjalani kursus persediaan di universiti di negara China selama setahun, kemudian empat tahun Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua.

Setelah bergraduasi dan memperoleh ijazah di negara China, pelajar akan pulang ke Malaysia bagi meneruskan pengajian satu tahun PDPP di IPGM (IPGK Tuanku Bainun, IPGK Ipoh, IPGK Tuanku Ampuan Afzan) terpilih.

Akhir sekali, pelajar akan menerima diploma pendidikan pada majlis konvokesyen IPGM kelak.

Pelajar akan dihantar ke dua buah universiti di negara China samada Bejing Language and Culture University (BLCU) atau Bejing Foreign Studies University (BFSU).

Pelajar lepasan PPC Bahasa Cina akan ditempatkan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 di sekolah kebangsaan (SK), sekolah menengah seperti SMKA, SBP.

Mereka tidak akan ditempatkan di SJKC atau SMJK. Bagi PPC Bahasa Perancis pula, program ini dinamakan sebagai Program Berkembar Praperkhidmatan Bahasa Perancis, kerjasama antara KPM dan University Franche Comte.

Calon perlu mendapat 7A dan keatas serta mempunyai sekurangk-kurangnya DELF A1 dan akan ditawarkan di iklan permohonan ke IPGM.

Pelajar yang terpilih perlu menjalani kursus persediaan bahasa di IPGK Bahasa Antarabangsa selama dua tahun.

Pelajar perlu lulus peperiksaan yang dijalankan bagi membolehkan pelajar menerima tawaran kemasukan ke University Franche-Comte, Besancon di Perancis dalam Bachelor of Arts in Sciences of Language and Information Specialising in Teaching French as Foreign Language selama 3 tahun.

Setelah lulus pengajian di Perancis, pelajar akan meneruskan pengajian tahun akhir di IPGK Bahasa Antarabangsa selama setahun.

Ijazah akan dianugerahkan kepada pelajar pada majlis konvoksyen Institut Pendidikan Guru Malaysia kerana merupakan program Bekembar Praperkhidmatan antara KPM dengan Universiti Luar Negara.

Calon akan ditempatkan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 di sekolah menengah yang menawarkan bahasa Perancis sebagai bahasa antarabangsa di sekolah mereka contohnya di SMK, SBP dan sebahagian SMKA.

Dasar semasa Kementerian dalam urusan pengambilan guru baharu adalah memberi keutamaan kepada graduan IPGM dan Universiti Awam keluaran semasa khususnya yang diberikan tajaan oleh KPM.

Setiap calon yang ditemuduga akan dipilih oleh SPP berdasarkan merit, keperluan opsyen dan prestasi temuduga.

Apabila lulus temuduga, calon akan mengisi maklumat untuk urusan penempatan di e-Graduan KPM untuk lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41. KPM hanya akan memperaku calon tajaan KPM mengikut kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa.

Untuk lantikan PPP DG41 tangga gaji Master, Master hendak diperoleh sebelum calon dilantik ke jawatan PPP DG41 khsusnya calon lulusan UA.

Kesemua calon lantikan PPP DG41 perlu mengikuti kursus Program Transformasi Minda (PTM) bagi pengesahan jawatan kecuali lulusan IPG dan program PPC yang telah menjalani PTM semasa dalam tempoh pengajian.

Jadi, adik-adik pilihlah laluan yang betul untuk menjadi guru. Terdapat banyak laluan menjadi guru di negara kita. Bagi adik-adik yang ingin menjadi guru prasekolah, elok sekiranya memohon ke IPG kerana prasekolah beradi di sekolah rendah. Selamat maju jaya.

Linda Husin, Guru Akademik Biasa (GAB) dan bekas pelajar tajaan KPM.

– Linda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *