Jom Masuk U

Tahniah buat anak-anak untuk apa jua result SPM kalian. Berbanggalah dengan result anda.

Ingat! SPM bukan penamat. SPM ibarat jambatan untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Tak lama lagi akan ada jelajah pendidikan pusing satu Malaysia, karnival pendidikan dan program-program berkaitan sambung belajar ke universiti anjuran kerajaan dan pihak swasta.

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program-program seumpama ini.

Banyak info yang boleh kita dapat secara percuma di sini. Bermacam-macam info dari segi biasiswa sehinggalah ke alam kerjaya.

Rombongan sekolah yang datang ke program sebegini aku harap datanglah dengan cikgu kaunseling dan cikgu-cikgu yang berminat untuk membantu para pelajar dalam bidang kerjaya.

Aku bukan nak kecam cikgu-cikgu. Aku cuma nak share pengalaman aku sebagai volunteer yang pernah urus event seperti ini.

Cikgu yang datang cuma tinjau dan kutip segala brochures yang kami hulur di luar booth.

Janganlah dipaksa cikgu-cikgu yang tak berminat untuk datang ke sini. Kesian pelajar yang memerlukan bantuan cikgu-cikgu.

Berbeza dengan cikgu kaunseling dan cikgu-cikgu yang berminat nak membantu pelajar. Mereka akan singgah booth dan bertanyakan bermacam-macam soalan.

Daripada bantu pelajar bertanyakan soalan sehinggalah dapat atur satu lawatan ke universiti-universiti disamping bertukar no telefon untuk dihubungi dan berkongsi pendapat dengan pegawai-pegawai universiti.

Bantuan daripada guru pengiring penting sebenarnya untuk bantu pelajar-pelajar ini.

Bukan pelajar-pelajar tak tahu bertanya cuma kadang-kadang limit sikit pendedahan mereka.

Dengan adanya cikgu-cikgu, mereka dapat idea untuk bertanya lebih lanjut mengenai sesuatu.

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan untuk sambung belajar, jangan risau.

Mostly di IPTA/IPTS ada disediakan bantuan wang pendahuluan dan bermacam-macam lagi bantuan dari segi wang ringgit untuk bantu pelajar mendaftar dan sara hidup sepanjang semester pertama sementara nak dapat biasiswa atau pinjaman.

Tugas anda sebagai pelawat kenalah banyak bertanya mengenai hal-hal bantuan kewangan.

Ada bantuan kewangan yang tak perlu dibayar semula dan ada bantuan kewangan yang dikategorikan sebagai pinjaman pendahuluan yang boleh dibayar secara ansuran sepanjang pengajian.

Ramai yang tidak tahu mengenai bantuan-bantuan kewangan yang boleh meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan wang perbelanjaan untuk pendaftaran nanti.

Selain daripada wang pendahuluan tersebut, ada sesetengah universiti menyediakan tabung khas dan biasiswa untuk membantu pelajar.

Boleh juga tanya mengenai biasiswa-biasiswa dan pinjaman-pinjaman yang pihak universiti terima.

Selain daripada ambil tahu mengenai bantuan kewangan, ambil tahu mengenai program-program yang ditawarkan di IPTA/IPTS tersebut telah mendapat pengiktirafan MQA sama ada akreditasi penuh atau sementara.

Boleh minta pegawai-pegawai tersebut terangkan mengenai hal ini.

Begitu juga dengan pengiktirafan badan-badan profesional yang lain berkaitan dengan program-program pengajian yang ditawarkan.

Contohnya, engineering course boleh check dengan BEM, accounting course boleh check dengan MIA untuk jadi professional members.

Dapatkan maklumat mengenai harga kos pengajian. Duit untuk register masuk universiti kali pertama berapa, Duit untuk register setiap semester berapa, Yuran satu semester berapa dan kos-kos yang lain.

Maklumat seperti ini selalunya ada dalam broucher yang diagihkan dan dalam website IPTA/IPTS. Boleh minta pegawai di booth terangkan lebih lanjut.

Aku pernah jumpa parents yang keliru mengenai yuran pengajian dan duit register semester. Berpeluh nak terangkan bagi faham.

Nasihat aku untuk yang jadi volunteer jaga booth nanti, jangan assume semua orang tahu basic knowledge seperti ini. Macam-macam background parents yang datang visit booth.

Ada yang pernah belajar di peringkat pengajian tinggi, ada yang tidak. Bersedia dengan bermacam soalan daripada mereka.

Soal penginapan pun boleh ditanyakan. Sama ada disediakan hostel, rumah sewa atau kena cari sendiri penginapan sepanjang semester pengajian. Begitu juga soal pengangkutan. Disediakan bas atau tidak.

Pertanyaan-pertanyaan di atas antara soalan famous yang aku selalu dapat daripada pengunjung.

Banyak soalan lain lagi yang boleh ditanya kepada pegawai-pegawai di booth tersebut. InsyaAllah mereka sedia membantu anda.

Tips yang lain untuk masuk U ini sudah banyak sangat kakak abang confessors yang lain share. Boleh search dekat page IIUM Confessions ini sendiri especially masa mula-mula IIUM Confessions ditubuhkan.

Kakak dan abang yang merupakan pelajar IIUM ini sendiri yang confess kisah hidup mereka di IIUM.

– Kakak Tua (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *