Jom Melabur Di Bursa Malaysia

Disclaimer: Saya bukan broker mahupun wakil syarikat broker saham. Sebaliknya mahu berkongsi sedikit ilmu yang ada dengan netizen.

Baru-baru ini mesti yang ramai terkejut dan kecewa dengan pengumuman PNB tentang pulangan rendah 5.5% Dana ASB. Apatah lagi mereka yang terpaksa menanggung beban ASBF.

Tapi jangan risau. Benda ni sebahagian dari pada economic cycle yang sihat, ada masa jatuh, ada masa tinggi. Kita doakan tahun-tahun mendatang index KLCI kembali naik dan pulangan pelaburan dan lebih lumayan.

Apapun, melihatkan pulangan yang hidup segan mati tak mahu tu, mesti yang ramai yang mula mempertimbangkan peluang pelaburan di tempat lain pula, tapi tak pasti atau tak tahu dimana mahupun bagaimana caranya.

Jadi saya terpanggil untuk buat sedikit perkongsian mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Apa yang membezakan ASB dan pelaburan saham ni?

ASB sebenarnya dana yang dikumpul dan diuruskan sendiri oleh PNB. Dana ni seterusnya akan digunakan untuk membeli saham-saham syarikat yang mampu memberi keuntungan pada PNB. Apa bila dapat keuntungan, PNB akan kongsi keuntungan tersebut dengan pelabur ASB.

Kelebihan nya, duit kita akan diuruskan oleh pengurus dana yang proffesional dan risiko pelaburan ASB ni minimal serta ditanggung kerajaan. Tetapi ini juga bermakna jumlah keuntungan kita rendah kerana pengurus dana tidak akan laburkan dana pada sektor , syarikat yang berisiko tinggi.

Di dalam pelaburan , makin tinggi peluang keuntungan, makin tinggi juga risiko yang kita akan hadapi.

Risiko inilah yang menyebabkan ramai di antara kita mengelakkan diri untuk menceburi pelaburan terus di Bursa Malaysia walaupun peluang untuk menjana keuntungan di Bursa jauh lebih tinggi berbanding mana-mana dana unit amanah.

Sebagai contoh ini beberapa saham yang meningkat naik,(bullish ) baru-baru ini.

1. FGV. Dari RM 0.86 / unit pada awal oktober , hari ini RM1.42. 68 % ROI

2. Brahim’s. Dari RM 0.175 / unit awal Desember, hari ni RM 0.320. 82% ROI

3. Rsawit. Dari RM 0.13 awal november, hari ni RM 0.330. 150% ROI

Macam mana? Jauh bezanya dengan pulangan pelaburan di ASB. Ini baru beberapa syarikat je. Banyak lagi syarikat lain yang boleh hasilkan pulangan yang lumayan.

Jadi macam mana nak mulakan pelaburan di Bursa Malaysia ni?

1: Buka akaun CDS akaun.

Bagi mereka yang nak mulakan pelaburan , seperti ASB kita perlukan akaun khas untuk pelaburan juga. Akaun CDS ini boleh dibuka dimana syarikat broker yang bertauliah.

Kebanyakan Bank ada syarikat broker sendiri. Bank Islam sebagai contoh ada BIMB Securities. Saya sendiri berdaftar dengan Malacca Securities. Boleh cari sendiri dimana-mana forum pelaburan macam klse i3investor untuk list broker di Malaysia.

Apa yang penting pastikan broker tersebut ada pilihan akaun patuh syariah. Jangan lupa tengok caj komisen juga. Caj akan selalunya sekitar RM7 –> RM28 . Caj berbeza untuk setiap broker.

Bagi yang nak mendaftar, terus ke laman web broker tersebut, sign up dan isi maklumat. Pihak broker akan hubungi kita dalam masa beberapa hari akan minta hantar beberapa dokumen seperti bank statement, salinan IC.

Ikut pengalaman saya, proses akan mengambil masa 3-5 hari berkerja.

2: Transfer Duit ke Akaun dan Mulakan Pelaburan

Bila dah dah terima akaun CDS, broker akan hantar maklumat Trading Platform seperti Username dan Password melalui email. Jadi kita dah boleh transfer duit melalui online banking ke akaun CDS tadi mula jual beli saham.

Untuk mulakan pelaburan di mana-mana syarikat, kita perlu membeli minimum 1 lot saham.

1 lot saham= 100 unit.

Jadi kalau harga saham tu RM 1/unit.

100 unit x RM 1= RM 100.

Kita perlukan RM 100 saja

kalau harga saham tu RM 0.20. Kita perlukan RM 20 saje.

3. Caj-caj yang terlibat

Broker akan caj komisen, duti stamp, dan clearance fee untuk setiap process jual beli. Bagi Malacca Securities secara ringkas sy letakkan minimum caj RM 9.60 tau 0.08% dari amaun transaksi.

Jadi andaikata kita guna beli saham 1 lot saham bernilai RM1/unit. Jumlah duit yang kita akan perlukan

RM 100+ RM 9.60= RM 109.60

Katakanlah saham tersebut naik kepada RM 1.2 dan kita buat keputusan untuk jual saham tersbut.

(100 unit* RM 1.20)-RM RM 9.60=RM110.4

4. Berapa modal nak mula?

Dah tengok caj kat atas, mesti dah mula tertanya. Berapa modal nak mula. Macam yang anda tengok jika mula dengan modal serendah RM 100 tetapi caj broker saja dah RM 9.60. Dapat pulangan 20% macam dalam contoh diatas, hampir separuh dah ditolak untuk komisyen broker.

Jadi jika anda nak jadi short term trader atau medium term trader, pasti anda pilih broker yang mempunyai caj komisen yang rendah serta modal setidak-tidaknya RM 1000.

Jadi andaikata dalam kes ini, nilai saham berubah naik sekadar 1% , itu dah cukup untuk membayar komisen broker. Tapi perlu saya ingatkan, kalau menurun 1% pon nilai pelaburan kita pon akan menurun dengan lebih banyak.

Oleh itu, bagi mereka yang kurang selesa dengan pelaburan short term atau medium term, kita boleh guna teknik buy and hold dan hanya beli disaat harga saham tersebut lebih murah pada harga pasaran. Ini merupakan cara terbaik untuk pelaburan jangka masa panjang.

Untuk cara ini, boleh dimulakan dengan modal yang minimal. Ini kerana kita tidak akan berjual beli secara aktif, sebaiknya membeli pada waktu tertentu . Jual jika perlu.

Macam mana nak tahu harga saham tu murah dari harga pasaran, dan bila waktu yang sesuai yang membeli?

Itu kena belajar bab Value Investing.

Ok, itu saja secara ringkas.

Kalau ada sambutan saya akan sambung sedikit mengenai ilmu-ilmu pelaburan yang sesuai untuk begginner.

Terima Kasih.

– 2122 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *