Jom Melabur Di Bursa Malaysia II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jom-melabur-di-bursa-malaysia/).

Terima Kasih atas sambutan artikel pertama. Kali ini saya akan sambung sedikit saja lagi mengenai beberapa pekara yang kita perlu tahu sebelum mula melabur.

Sekali lagi saya ingatkan, artikel ditulis bukan membuat promosi atau bercerita mengenai benda-benda teknikal. Hanya sekadar pendedahan asas kepada mereka yang tiada asas atau mahu bermula dalam melabur di bursa Malaysia.

Ada komen yang bercerita mengenai modal RM100, bagi contoh RM 100 sebagai modal tapi untung kaw-kaw, pilih syarikat trending, Brahim’s syarikat PN17 etc, bagi saya tak perlu kita takutkan mereka yang baru nak bermula dengan benda-benda sebegitu.

Bila mereka sertai dunia ni, mereka belajar dan mereka akan faham benda-benda tersebut. RM 100 hanya sebagai contoh, saya boleh bagi contoh RM 10, 000-RM15,000 tapi saya pasti tak ramai yang ada simpanan sebanyak itu disaat mereka bermula. Jadi mereka akan terus berpegang denga mazhab melabur ni untuk orang berduit sahaja.

Boleh saya tulis mengenai fundamental analysis, technical analysis, ichimoku sen, cloud twist, bollingger band, break out, kijun sen cross, cloud break out, moving average, margin of safety, intrisic value blah, blah, blah….. tapi mereka tak kan boleh relate dengan topik sebegitu. Makin pening ada.

Jadi kalau anda orang berpengalaman, jgn terlalu gopoh nak bercerita benda-benda teknikal seperti ini. Hold your horse. Encourage them instead.
Ketepikan benda itu, balik ke topik asal.

Apa yang saya cadang sebelum anda mula melabur.

1. Belajar financial planning, pengurusan kewangan.

Pelaburan adalah salah satu intrument pengurusan kewangan. Jadi kalau kita nak melabur, kita perlukan ilmu pengurusan kewangan jugak. Untuk orang di pertengahan 20-an macam saya, tolonglah belajar ilmu ni. Di saat kita nak mulakan career, banyak jerat menanti kita.

Terjerat disini, merana seumur hidup. Fokus untuk kumpul aset, bukan kumpul liabiliti. Fahami sebab apa kita perlu buat pelaburan, kenapa kena ada perlindungan insurance, bina pasif income bukan buat loan kereta mahal, beli gajet mahal atau membazir ribuan ringgit untuk majlis kahwin, tunang.

2. Fahami risk profile

Okay, sekarang kita dah faham pengurusan kewangan. Masa untuk tentukan risk profile. Ini benda yang ramai orang terlepas pandang. Setiap orang mempunyai risk profile berbeza. Risk profile Individu yang bujang berumur 25 tahun tak sama dengan individu berumur 25 tahun yang dah berkahwin.

Umur dan komitmen faktor utama dalam tentukan risk profile. Jadi senaraikan aset, liabiliti, tanggungan, umur . Dengan faktor tersebut diambil, sejauh mana risiko yang kita sanggup tempuh untuk mendapatkan pulangan dari pelaburan kita.

Jika orang yang berusia 50-an, tetapi sudah tidak memili apa tanggungan, masih sihat dan tidak di diagnosis anda mungkin boleh pilih pelaburan yang lebih berisiko berbanding orang yang berusia 30-an tetapi perlu menanggung hutang keretam rumah dan juga anak-anak.

Jika kita mahu pulangan yang tinggi, bersedia untuk pelaburan yang lebih berisiko.

Sebab itu, jangan sesekali buat loan, pinjam duit, atau guna semua duit simpanan untuk buat pelaburan.

3. Apa target investment ?

Macam main bola juga, kita mesti ada investment gol kita sendiri. Investment gol ini berbeza untuk setiap orang. Ada yang mahu beli rumah, ada yang mahu income tetap, ada yang mahu jadikan simpanan di hari tua. Ada juga yang sekadar mahu dapat pulangan yang lagi tinggi dari kadar inflasi.

Tentukan apa gol kita dan jangka masa untuk kita capai gol tersebut. Nak pelaburan Short term, long term? Semuanya bergantung atas gol yang kita tetapkan. Strategy pelaburan jugak akan berbeza mengikut gol tersbut.

Ambil contoh Warren Buffet and Jeff Bezos. Kalau tak kenal sila google nama mereka.

Warren Buffet lebih suka pelaburan untuk jangka masa lama dan memberikan hasil yang consistent. Dia juga akan melabur di syarikat yang kukuh dan akan terus kuat walaupun di saat ekonomi tidak menentu. Syarikat Berkshire Hathaway yang dimiliki beliau mencatatkan purata pulangan pelaburan 17.5% sejak 1985.

Berskhire Hathaway memilik saham di Apple, Goldman Sachc, Coka Cola, Visa Inc dan Master Card.

Eh sikitnya.

Tapi apabila compound interest diambil kira, mereka yang melabur $10,000 di Berkshire Hathaway pada 1985, akan mempunyai wang sebanyak $2.4 Juta hari ini.

Berskhire Hathaway memilik saham di Apple, Goldman Sachc, Coka Cola, Visa Inc dan Master Card.

Jeff Bezos pula pemilik dan pengasas Amazon. Berbeza dengan Warren Buffet, saham Bezos berada di syarikat startup yang akan terus berkembang pada masa akan datang. Contohnya Google, Twitter, dan Uber.

Dalam kes google, Bezos merupakan antara individu pertama yang memberi suntikan dana, sekitar $1,000,000 kepada google. $1 Juta hari ni nilainya sudah berbillion dolar.

Nampak bezanya? 2 individu, 2 cara berbeza. Ini disebabkan mereka mempunyai gol yang berbeza. Industri yang mereka pilih pon berbeza

4. Study, Study, Study

Jadi dah tau ada ilmu financial, dah tau risk profile, dah tau gol masing-masing . Ini masanya kita mula belajar ilmu-ilmu berkaitan saham. Ada banyak cara, youtube, membaca buku, baca artikel pelaburan namun saya rekomen anda cari guru/ mentor yang betul dan hadiri kelas pelaburan.

Teori dan praktikal tak sama. Anda boleh cuba paper trading tapi disaat anda deposit duit sendiri dan mula tengok wang anda turun naik, anda akan mula rasa takut dan resah . Disaat ini lah ramai orang buat silap. Sebab itu kita perlukan mentor dan guru sebagai panduan.

Namun saya perlu tekankan, pergi kelas sahaja tak cukup untuk jadikan kita proffesional trader atau investor. Kita jadi pro apabila kita amalkan ilmu-ilmu yang kita belajar dan belajar dari kesilapan yang kita buat. Mahersaham, majalah antara platform bahasa melayu yang bagus. Untuk permulaan boleh cuba kesana.

Jangan ego dah redah dunia ni tanpa ilmu. Itu ibarat berjalan dengan mancis menyala dalam kilang bahan letupan. Kita mungkin selamat tapi itu masih lagi kerja yang bodoh.

5. Reka Algorithm dan Strategy

2 benda yang pasti dalam melabur saham.

-Kita akan hilang duit.

-Kita akan pasti akan hilang duit.

Jadi untuk buat kita perlukan strategy /algorithm yang bersesuaian untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan pulangan pelaburan kita. Untuk bab ini, tiada cara lain melainkan kita cuba melabur dan perbaiki, olah teknik dan strategy yang kita belajar dari sifu-sifu kita tadi.

Pastikan anda sudah pun anda strategy sendiri disaat nak mula melabur. Guna draw.io atau funnelytic untuk buat flowchart. Guna flowchat tersebut sebagai panduan . Setiap kali buat silap, baiki algorithm dan flowchart tersebut. Jadi kita tahu apa silap kita dan tidak lagi melakukan silap yang sama.

Saya cadangkan juga anda bermula di industri yang anda suka atau berminat. Saya mempunyai latar belakang it, dan mempunyai beberapa sijil dalam bidang kewangan, jadi saya lebih fokus pada 2 bidang ini.

Jika anda berminat dengan saham syarikat pertanian, komoditi anda boleh bermula dengan belajar mengenai trend semasa syarikat pertanian di Malaysia.

Jadi itu saja untuk artikel kali ni. Rasanya dah terlebih panjang. Kalau boleh saya harap ada sifu-sifu boleh sambung usaha ni dan buat confession /artikel lain pula.

– 2122 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *