Terima kasih admin kerana menyiarkan coretan ini.
Assalamualaikum semua.
Aku hanya menulis coretan pendek. Harap admin siarkan confession ini.
Nama aku Srikandi (bukan nama sebenar).
Aku dan suami telah berkahwin selama 5 tahun dan setakat ini perkahwinan aku dengan suami alhamdulillah semua indah dan kami bahagia.
Sepanjang 5 tahun kawen sekali pun dia tak pernah sakitkan hati aku.
Suami aku ni seorang yang dalam kategori gemuk. Tapi walaupun gemuk tapi badan dia tinggi dab kemas.
Alhamdulillah dia juga sihat dan tak ada sebarang penyakit setakat ni.
Dia juga seorang yang sangat penyayang dan setia.
Gaduh-gaduh sikit tu biasa lah.
Tapi bila bergaduh, mulut aku yang bising berleter.
Tapi dia diam je. Dia pergi dapur buat secawan milo dan dia sua secawan milo kepada aku. Kemudian kami minum sama-sama.
Begitu lah kami bila bergaduh.
Kami juga dua-dua bekerja dalam sektor kerajaan.
Walaupun belum ada zuriat, tapi alhamdulillah suami aku tak pernah mendesak.
Keluarga kami pun tak pernah tanya soal zuriat. Pada mereka semua tu kerja Allah.
Suami aku juga seorang yang bertanggungjawab. Rumah, kereta, nafkah, semua dia sediakan. Bil api bil air semua dia yang bayar.
Aku tak beli kereta. Aku guna kereta dia yang dia dah habis bayar tapi masih elok kereta tu. Dalaman masih baru.
Jadi gaji aku, aku hanya habiskan untuk beli barang-barang aku seperti mekap, baju mahal, kasut, emas, set penjagaan kulit dan macam-macam lagi yang aku nak.
Dia dah kerja lama. Berbelas tahun dalam sektor kerajaan. Oleh itu kereta dah habis bayar dia bagi pada aku.
Sebab dia jarang guna kereta. Dia suka pergi keje naik motor.
Bila nak jalan jauh baru dia bawak kereta.
Kami tinggal di pulau pinang. sesak.
Jadi dia lebih suka kemana-mana dengan motor.
Begitu lah kehidupan kami suami isteri. Cuma…..aku susah nak hamil.
Disebabkan aku susah nak hamil, kami jumpa pakar dan buat semua ujian yang perlu. Keputusannya dua-dua normal.
Macam-macam juga kami cuba petua. Minum susu kambing blender dengan kurma, minum air kelapa bakar, minum buah zuriat. Tapi buah zuriat ni kami baru minum beberapa kali.
Tapi….. belum juga rezeki berpihak kepada kami.
Tak mengapalah, mungkin belum tiba masanya lagi Allah kurniakan kami anugerah tu.
Aku nak tanya ada tak kalian di sini macam kami dah kawen lama tapi susah nak hamil.
Aku menulis di sini bukan nak berkongsi tips hamil atau apa.
Aku tahu kalian semua yang sedang berjuang untuk zuriat bukan tak tahu tentang semua tips2 hamil tu kan.
Semua sudah cuba namun belum berjaya.
Jadi aku tak nak cerita soal tips dan rawatan.
Di sini aku nak menyeru kepada semua pasangan yang sedang berjuang untuk hamil untuk berehat seketika dari semua rawatan.
Jom kita pergi makan angin.
Aku dan suami sudah buat keputusan untuk berehat dari segala rawatan buat seketika.
Bermula tahun depan kami nak pergi jalan-jalan saja.
Awal tahun depan kami rancang nak pergi Sabah dulu.
Lepas tu rancang untuk percutian yang seterusnya.
Jom semua pasangan yang sedang berjuang untuk zuriat.
Kita lupakan seketika soal zuriat.
Tidak mengapa, Allah belum kurniakan rezeki zuriat, tapi Allah beri rezeki lain dulu buat kita.
Aku tahu ramai antara kita yang sudah penat berusaha namun belum berhasil.
Jadi nasihat aku, berehat seketika.
Terima kasih.
– Serikandi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit