Salaam semua. Hari ni nak share cara nak tackle hati HR bila minta kerja berdasarkan pengalaman dan komen daripada HR manager saya itu sendiri.
Pertama. Graduan perlu sediakan file sijil untuk interview selengkap-lengkapnya. Susun ikut classification dan buat partition ikut type. Contohnya,
Butiran Diri
-Resume, Ic, Sijil kelahiran.
Maklumat Pendidikan
-Sijil peperiksaan (pmr, spm, ijazah, master, phd).
-Transkrip akademik (bermula daripada awal pendidikan. Cth: asasi, ijazah, master etc).
Sijil-sijil Anugerah
-Susun setiap sijil anugerah yg pernah korang dapat ikut level yg paling tertinggi dulu (Cth: Royal award, Deans award, etc).
Sijil-sijil Penglibatan
-Susun mengikut level. (Uni, sekolah dan pilih yang the best sahaja yang boleh buat majikan rasa tertarik).
Partition ni korang boleh rujuk macam mana candidates SPP susun file mereka. Kami pernah jumpa 1 daripada 10 orang candidate yang sangat well organized. Bila tanya punya tanya dia ikut format SPP. Superb!
Kedua. Prepare, prepare and prepare. Prepare soalan yg berkemungkinan di tanya. Sebagai contoh:
-Perkenalkan diri.
-Kenapa pilih kerja ini.
-Apa kelemahan/kelebihan.
-Apa next planning kamu untuk company.
-Kenapa kami perlu hire kamu.
-Pengalaman dalam bidang berkaitan.
-Bila boleh mula kerja.
-If ada cases, macam mana nak handle. Bergantung pada job yang kamu apply.
Prepare bukan sekadar tulis isi. Prepare both english and malay language. Sebab? Most of the company akan guna english. Tapi ada juga yang akan guna malay. Jadi tak nak lah kamu tergagap-gagap masa temuduga. So, prepare both language. Prepare tu tulis satu persatu apa yg nak di jawab. Dan ulang rehearsal. Sampai lancar.
Salah satu sebab candidate dapat low marks sebab tak fluent masa bercakap. Gagagagap. Jadi buat latihan. Dont be over confident! But obvious kena confident. Tak nak over confident sebab tak nak kamu patah hati.
Ketiga. Jawab dengan tenang dan jujur. Kalau HR tanya ada apply kerja lain tak. Jawab ADA. Kalau perkara pertama pun kamu dah tak jujur macam mana company nak hire you guys. Kalau tak tahu jawab tak tahu. But kamu boleh cuba dan inform thats only based on your opinion.
Keempat. Jangan sesekali tak tanya soalan. Mesti tanya soalan walaupun satu. Kamu boleh tanya soalan seperti:
-Apa benefits yang akan staff dapat.
-Ada training provided atau tak.
-Ada kenaikan gaji atau tak.
-Bila boleh tahu result temuduga.
Jangan simply say no tak ada soalan. Majikan sometimes akan rasa ‘Dia macam tak minat je.’ Bila kamu tanya many questions majikan akan rasa ‘Oh he is the one’. Percaya cakap saya. Tapi jangan tanya benda merapu. Seperti you single lagi ke tak. Aiyo.
Kelima. Pemakaian. Mesti kemas. Lelaki pakai neck tie. Slack. Kemeja. Blazer if ada. Perempuan pun sama. Baju kurung. Kemas. Blazer kalau ada. Tak wajib pakai. But if you guys pakai, akan nampak sangat kemas. Manager saya sangat suka one of the candidate daripada Uia. Dia datang temuduga pakai neck tie, kemeja, slack, blazer and his nametag. Now dah dapat kerja here with starting salary company bagi rm1500. After 3 months gaji dah rm2100. How? Prestasi beliau mantap.
Keenam. Kadang-kadang manager nak tengok you are the one who willingly to work atau nak gaji besar saja tapi habuk tak ada. Means that, walaupun kamu dapat award dekat uni tapi gaji rm1700 permulaan pun you tolak. Its very very sad. Fresh grad. If kamu dapat kekalkan prestasi in about 2 or 3 months majikan akan naikkan gaji kamu. Trust me. Ini silapnya fresh grad sekarang. Gaji nak tinggi tapi experience zero. Sebelum nak demand gaji tinggi. You need to gain more and more experience.
Jangan salah faham. Saya bukan nak bashed sesiapa. Saya cuma luahkan apa pendapat kami di pihak HR. So pendapat terakhir, walaupun ada yang offer gaji rm1000 pergilah interview. Grab that opportunity. Dont lose it. Sekarang susah nak cari kerja. Yes saya akui. Company mostly nak yang ada experience.
Very sad bila my company tolak one of the candidate yang saya rasa sangat berkebolehan. Sebab too young. Dont have enough experience yet. Tapi she comes again for an interview here after two years, and she got the position. You tahu dia kutip experience sebagai apa? Kerani am starting gaji rm800. Cikgu tadika starting rm1000. Tukang gunting tudung, rm1200 per month.
Masa temuduga manager saya saja tawarkan gaji rm1550. Candidate ni dengan yakin jawab ‘Yes, I accept it. I still need to learn more and still have to gain more experience and your company can be a great experience.’ Manager saya senyum dan buat deal dengan a few interviewers after that session, dia cakap ‘hire that lady and give her basic of rm2100 salary.’ Serius cakap.
Fresh grad. Dont give up! Sedangkan Jack Ma pun failed 30 interviews sessions siap kena tolak oleh oxfort. Now dia jadi jutawan kot with his Alibaba.com. Believe in yourself. Try hard. Allah dah tentukan rezeki kamu di mana. Dont lose hope.
Sekian. Kalau rasa manfaat share. Kalau rasa tak. Slide teruskan pembacaan ke post seterusnya. One more thing, caiyalah graduan Uia semua mantop. In Sha Allah, saya akan sambung phd di Uia. See you guys there!
– Miss Cahaya HR Assistant
Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit