Jom Tunaikan Haji

Saya selalu war-warkan, kongsikan, serukan semuaaa… buat lah haji ketika anda masih sihat dan kuat!

Haji ni kalau kita baca buku step by step kita rasa macam oh mudah je, oh macam ni je.. tetapi kalau kita dah laluinya sendiri kita akan faham betapa kerja-kerja yang kita anggap mudah itu boleh jadi agak berat dan banyak ujiannya..

Rukun haji, tempat yang sama pada setiap orang tetapi, pengalaman dan ujiannya lain-lain.

Setiap kali selepas musim haji saya gemar berbual dengan kenalan atau jemaah-jemaah yang datang haji, bertanya sendiri akan pengalaman mereka mengerjakan haji. Macam-macam pengalaman saya dengar dan pengalaman setiap orang itu berbeza.

Ada yang dapat laluinya dengan mudah dan tenang sekali. Ada juga yang terpaksa melalui seribu ujian kepayahan.

Walau apapun perbezaan ujian itu, sentiasa bersangka baik dengan Allah.. yang mudah jangan pandang yang banyak ujian tu kerana dia banyak dosa.. yang banyak ujian jangan rasa Allah tak sayang sebab itu Allah beratkan kerja haji kita.

Kita sama-sama mahu mengejar haji mabrur.. jadi hubungan sesama manusia juga penting..

Kita sama-sama selesaikan yang wajib dulu kalau berkemampuan.. Jangan lah letak kerja haji tu dalam list yang paling akhir. Ada yang fikir, tak pe nanti dah tua baru pergi haji sebab nak dekat ajal baru nak taubat.

Masa muda ni nak kumpul duit pergi jalan-jalan teroka tempat lain dulu. Jangan! Tolong Jangan. Rugi.. sebab kita tak tahu ajal kita bila…

Ehh.. kuota haji sikit… tak pe bagi orang lain lepas dulu. Kita bagi peluang kat orang yang daftar awal. Habis tu, kita tu tak daftar-daftar lagi.

Daftar je dulu.. kita pasang target dan niat awal-awal.. tidak mengapa tunggu turn lambat lagi pun.. kita doa.. mana tahu rezeki tiba-tiba sampai Allah nak bagi awal kan..

Kami tak mampu lagi.. kalau daftar pun bukan cukup duit lagi nak pergi.

Ni lagi satu kita kena percaya dengan rezeki. Kalau dah niat bermakna kita akan terus berusaha ke arah itu. Siapa sangka kot tiba-tiba ada rezeki terus cukup duit nak pergi!

Jangan tangguh-tangguh lagi okay… siapa yang belum daftar haji.. cepat pergi buka akaun tabung haji.. dah cukup duit dalam tu boleh terus daftar!

#pesansebabsayang

– Masnira Ramli (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *