Jomblo Aku dan Berpasangan

Dia: Kau bila nak kahwin? Jangan memilih sangat. Seronok tau kahwin ni. Ada orang jaga kita, sayang kita. Kalau kau cakap tak ada orang nak dekat kau, itu sebab kau tiada usaha nak cari sendiri. Usaha kena ada, jangan dok tunggu orang datang dekat kau.

Juga dia: Kau senanglah. Bujang lagi, komitmen tak banyak. Keluar ikut suka kau, tak ada laki/bini tak ada anak nak kena kau risau fikir itu ini.

Juga dia: Perempuan ni dia ada tarikh luput tau. Kalau boleh kena cepat beranak, takkan nak almost 40 nanti baru terfikir nak ada anak. Cepatlah kahwin. Nanti tua siapa nak jaga kalau takda anak.

Juga dia: Aku tadi dengan laki aku makan dekat kedai makan tau. Ada seorang perempuan ni dok pandang ja laki aku. Ah, haritu aku sorang dengan anak kecik aku jemput dia balik dari tadika, tiba-tiba kereta aku rosak. Anak aku nangis macam apa, aku tension weh.

Kebetulan ada seorang perempuan ni lalu, muka masam dia pandang aku macamlah tangisan anak aku kacau dia. Dalam hati aku dok cakaplah: ni mesti andartu, tak pernah ada anak, tak pernah rasa jerit perih membesarkan anak…

Dialog-dialog di atas adalah ‘makanan’ masyarakat yang amatlah ‘caring’ yang kau kena telan hampir setiap masa dan ketika,

Kemuncaknya bila musim perayaan atau aktiviti berziarah ke rumah sedara, yang dilemparkan oleh pakcik makcik atau senior atau kawan-kawan sepejabat yang dah berkahwin.

Pernah dan biasa dilemparkan oleh sesiapa saja tak kira gender, umur, agama mahupun kaum. Budaya terlebih ‘caring’ masyarakat timur ni kan sejujurnya menjengkelkan dan diakui seantero alam.

Aku seorang wanita berumur 34 tahun yang bekerja biasa-biasa, ada kereta sendiri, sudah memiliki rumah sendiri walaupun kecil but at least harta kepunyaan sendiri.

Kelayakan akademik, aku cuma belum berkesempatan nak buat PhD, sebenarnya tak pernah pasang angan-angan pun nak buat PhD.

Sekadar bersyukur dengan apa yang ada. Aku bukanlah kerja berpangkat tinggi pun hanya berjawatan level diploma saja.

Yes, gaji taklah besar mana but CUKUP bagi aku dan berkongsi dengan keluarga, tolak loan apa semua, bil dan belanja harian termasuk simpanan sikit-sikit setiap bulan.

Aku jenis takut nak buat hutang so basically kereta aku dah abis bayar dan tak pernah terniat pun nak upgrade kereta sebab selagi ada 4 roda dan masih gagah menyelusuri jalanraya, buat apa nak upgrade kan? So, hutang aku cuma bayar rumah.

Yelah, selagi namanya perempuan, aku kena hadap segala macam expectation masyarakat terhadap apa seorang perempuan kena patut buat.

Sometimes aku kena berfikiran feminist sebab aku kena protect diri sendiri, well…siapa nak protect kita kalau bukan diri kita sendiri kan?

Aku kena act strong almost all the time sebab aku cuma ada DIRI AKU but tipulah aku tak pernah rasa sekelumit pun rasa ingin disayangi dan menyayangi, nak rasa ‘lemah’ tu, penat weh dok jadi strong saja 24/7…

Berbalik kepada dialog-dialog di atas, adakah berkahwin dan beranak itu satu pencapaian tertinggi manusia tamadun ini???

Sebab kan… ramai sangat dok caring tanya bila nak kahwin dekat orang jomblo ni but at the same time mengeluh cakap pasal komitmen, pasal anak-anak… as if macam kau menyesal pula berkahwin dan beranak.

So, why in the first place kau sibuk tanya yang solo ni bila nak kahwin?? Adakah kau nak kami ni sama-sama merasa kepayahan kau menanggung komitmen dan membesarkan anak-anak??? Adakah orang bujang di mata kau takda komitmen ke dorang kena tanggung?

Kau tak pernah ke merasa jadi orang bujang satu ketika dahulu dan tolong keluarga sesambil kau duduk serumah dengan ahli keluarga yang lain?

Once bekerja, aku dan siblings kitorang sorang bayar bil TM, sorang bayar bil api air, sorang bayar Astro etc,

Sama-sama collect belanja dapur dan sebagainya takkan nak biar parents pula bayar padahal dah bekerja kan tak kiralah siblings kau dah kahwin ke bujang lagi ke, segan lah weh biar parents bayar semua tu.

Parents dah lahirkan dan besarkan kita kan so it’s about time kita yang balas budi dorang balik, jaga kebajikan dorang.

Kita pergi pasar pun nak beli sayur pilih yang cantik-cantik (padahal yang ada lubang sikit, ada ulat hijau tu lagi elok tandanya kurang racun/ organik) ini kan pula nak pilih suami/ isteri yang nak kita hidup bersama dengan izin Tuhan, sampai ke akhir hayat.

Macam aku cakap tadilah bila umur aku yang dah masuk 34 ni, takda maknanya dah tak ready lagi nak kahwin. Boleh sangat dah tu.

Bukan memilih pun but kita tak muda remaja lagi bermimpikan jodoh bermuka kacak/cantik semata-mata, di usia ni kau nak semua dah stabil, kalau dari segi kewangan tak perlu kaya pun, key word dia STABIL.

Kestabilan ini termasuk keperluan-keperluan lain seperti keperluan emosi, bimbingan agama, akhlak dan sebagainya. Rupa luaran tu tolak tepi dah, asalkan di mata kau spouse kau kacak, peduli apa rupa dia dekat mata orang lain! Kan?

Hakikatnya, aku memandang tinggi lelaki yang rajin cari rezeki lebih, masam berpeluh daripada yang clean cut atas bawah, sado, kacak bergaya.

Kalau setakat kita berharap spouse kita nanti boleh tolong kita settlekan hutang sama-sama atau kita mengharap spouse kita adalah pelengkap kepada segala macam kekurangan kita, aku tak rasa yang kita ni dah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Dua orang yang tak sempurna takkan menjadi satu pasangan yang ‘sempurna’ kalau begini yang kita harapkan dari sebuah perkahwinan, sebaliknya yang terjadi adalah dua orang yang ‘setengah masak’ – takat tu saja lah.

“Alah… kau tak kahwin lagi, kau apa tau. Cakap senang lah!” – dialog paling bosan aku kena hadap bila cakap bab ni (considering ini adalah luahan orang bujang)

Sebab masyarakat kita ni ego tinggi melangit, suka kecam orang, tak nak berfikiran terbuka dengar pendapat orang lain. Mempersendakan dan tidak meraikan pendapat.

Ada yang cakap, “kau tak perlu ajak orang untuk tidak berkahwin kalau kau rasa kau tak nak berkahwin,”

Pernah dengar kata-kata macam ni dari seorang yang sudah berkahwin macamlah kita nak minta beras dekat rumah dia, macam dia sesuatu sangatlah dekat orang bujang ni. Lumrah manusia, hidupnya ingin berpasangan waima LGBT sekalipun.

Aku ada seorang kawan perempuan umurnya 42, teman lelaki duda tanpa anak berusia 60an.

Dorang tak bersekedudukan lah ye jangan salah anggap pula since masing-masing tinggal bersama parents, punya kerjaya cukup bagus tapi di usia itu mereka lebih mengutamakan companionship daripada marriage.

Yang kawan aku tu reason dia adalah takut ‘spark’ itu hilang dan kejadian-kejadian aneh alam perkahwinan orang di sekeliling berjaya mewujudkan trauma terhadap perkahwinan dalam diri dia,

Manakala teman lelaki dia jenis berfikiran terbuka, pernah mengalami kegagalan rumahtangga dan kini more to living in the moment, go with the flow.

Berkahwin itu tak mudah juga tak susah – bergantung kepada mind set individu itu sendiri. Tak boleh ikut benchmark orang lain. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, nak buat macam mana?

Ambil konsep ajal, kita tak tahu bila ajal menjemput, samalah juga bila entah jodoh tu datang dekat kita, atau kita yang mencari but sometimes kau gigih cari macam mana sekalipun, bila kau tenang is good, chillex, time tu pula dia datang. Kan?

This is not a confession actually. It is more like aku tengah sharing tentang pendapat aku mengenai erti sebuah perkahwinan.

Ramai fikir kahwin sekadar majlis gah sehari, pelamin cantik, bridesmaid semua tip top, balik-balik gambar sama saja throwback dekat social media setiap kali anniversary – padahal ia adalah permulaan kepada satu kehidupan baru.

Sama jugalah anologinya bila kita habis belajar, konvokesyen tu bukan satu penamat sebaliknya adalah permulaan kepada kau melangkah ke dunia alam pekerjaan sebenar.

Aku tak tau pendapat golongan lelaki macam mana but untuk golongan wanita, topik ni dia ada masa boleh jadi sensitif, ada masa tidak ekoran daripada expectation terhadap perempuan – kena pandai masak, urus rumah, beranak, jaga anak, didik anak dan sebagainya,

Padahal di zaman ini, dua-dua suami isteri kena sama-sama bekerja untuk tampung kos hidup keluarga means kerja-kerja dekat rumah juga kena dua-dua buat bersama.

“Kau ni perempuan, belajar tinggi sangat. Sebab tu lelaki takut nak dekatttt.”

Ah sudah. It will never end. Hiks.

– Dian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *