Journey Cukup Solat 5 Waktu

Assalamualaikum semua. Aku terpanggil nak buat confession ni bila aku baca “Antara Aku, Roomate & Solat” (https://iiumc.com/antara-aku-roommate-solat/).

Aku & adik beradik dibesarkan dengan didikan agama yang sangat cukup. Kami adik beradik bersekolah di sekolah beraliran agama. Tapi sayangnya, kakak abang aku belum sempurna 5 waktunya sehingga sekarang.

Ayah aku solat tak pernah tinggal. Namun, mak aku sebaliknya. Ayah tak pernah tegur kami adik beradik mahupun mak tentang solat. Aku pernah bangkitkan perkara ni pada ayah.

Tapi, ayah aku balas, “Masing-masing dah besar. Patut tahu mana dosa mana tak. Dah disekolahkan agama sampai besar. Ayah malas nak cakap-cakap”.

Dari kecil, aku tak pernah disuruh atau diajak solat. Jadi, bila masanya yang ayah aku pernah tegur anak solat?

Aku? Alhamdulillah solat penuh. Bila? Ha ni point aku sebenarnya nak cerita. Seingat aku, aku mula solat penuh, semasa aku di sekolah menengah. Macam mana aku boleh start belajar solat penuh? Sebab rasa MALU.

Dulu, setiap kali kelas Pendidikan Islam, ustazah/ustaz akan tanya beberapa orang, sama ada mereka solat penuh atau tidak di rumah.

Setiap kali tu juga, aku akan berdebar-debar, mohon supaya jangan ditanya. Jadi, disebabkan acapkali ustaz/ ustazah bertanya tentang solat, aku jadi takut & malu. Jadi, dari situlah aku mula solat penuh.

Aku ingat lagi, satu hari, cikgu BM aku tak semena-mena tanya aku, solat penuh ke tak. Aku dengan bangganya kata, aku solat penuh. Bila dah bangga tu, takdenya la aku nak tinggal solat.

Bila aku dah jaga 5 waktu, satu2 Allah datangkan rasa bersalah kenapa aku tinggal solat dulu. Kawan baik aku masa sekolah, orangnya tak pernah tinggal solat. Tapi Allah bagi aku lagi pandai dari dia.

Aku usaha sikit saja, dah dapat no1 dalam kelas. Tapi dia, macam-macam buku latihan buat, kat tangan tak pernah lepas buku untuk dibaca, masih lagi tak dapat score. Betapa sombongnya aku dengan Allah, masih tak jaga solat.

Aku mula journey aku dengan rasa takut dan malu dengan manusia. Ya aku tahu niat tu salah. Tapi dari perasaan tu la aku build up journey solat penuh aku ni, kepada niat bersolat kerana tanggungjawab kepada Maha Pencipta.

Seingat aku, perasaan takut dan malu kepada manusia tu sekejap saja. Bila aku dah mula rasa manisnya solat, dengan lepas solat, kita luahkan segalanya pada Allah, aku jadi takut nak tinggal solat, sayang nak tinggal solat.

Alhamdulillah, masa aku masuk uni, aku dijumpakan dengan kawan-kawan ‘surau’, & roomate yang tak tinggal solat. Mungkin doa aku dimakbulkan Allah, mintak sentiasa berada di kelilingi dengan orang-orang baik & sayang pada aku. Masuk alam pekerjaan pun,

Alhamdulillah yang rapat dengan aku, semuanya jaga solat. Tapi tak dinafikan ada yang tak jaga solat. Aku boleh katakan, Allah seperti jauhkan aku dengan orang yang tak jaga solat. Orang-orang ni, datang sekejap saja dalam hidup aku.

Jadi the point is, apa pun latar belakang keluarga kita, surrounding kita, jangan jadikan ianya satu alasan untuk kita tak solat.

Pada aku, biarlah kita mula dengan niat malu dengan manusia, kerana sifat malu tu sendiri sebenarnya datang dari Allah, Dia jentik hati kita untuk mula solat penuh.

Untuk confessor “Antara Aku, Roomate & Solat”, seperti ramai yang bagi tahu di ruang komen, 2 tahun Allah dah bagi kau masa untuk belajar solat penuh. Now, this is the time kau kuatkan hati dan iman, jadi contoh pada roomate baru kau.

Doa lepas solat jangan pernah tinggal sekalipun dengan hanya baca selawat.

Aku pernah dengar, kalau kita tinggal doa lepas solat, beerti kita sombong dengan Allah. Aku tak tahu sama ada ayat tu sahih atau tak. Tapi secara logiknya, betul la. Selagi mana benda tu baik, aku buat saja.

Aku share cerita aku, bukan nak menunjuk yang aku baik. Tapi sekadar berkongsi, bahawa jangan pernah salahkan orang lain atau pun surroundings, tapi salahkan diri sendiri.

Hidup kita, kita yang pilih. Journey aku nak solat penuh mungkin lebih awal dari confessor, tapi tu tak bermakna kau tak boleh berjaya untuk jaga 5 waktu kau.

Aku doakan confessor mahupun sesiapa sahaja yang sedang struggle nak didik hati untuk mula solat penuh,

Mahupun sesiapa yang sedang struggle nak ahli keluarga dia solat penuh, supaya kita semua sentiasa dijaga hatinya, ditetapkan Imannya, & dapat jadi contoh agar orang lain juga buat benda baik.

Aku pun masih sentiasa doakan ahli keluarga aku untuk ditetapkan hatinya supaya jaga solat.

Biarpun orang kata, mustahil untuk orang yang sudah tua untuk mengubah sikapnya, tapi aku tetap yakin yang menjaga hati manusia itu Allah. Kalau dia nak bagi, dia akan bagi sekelip mata.

Kita ni kena tetap positif. Aku mungkin muda atau tak mampu menegur mereka dengan kata-kata, tapi mudah-mudahan dengan sikap aku yang sentiasa tunjuk yang aku jaga solat, Insya Allah dibukakan hati mereka untuk sama-sama jaga 5 waktu.

Jaga solat, Insya Allah hidup berkat. Salam 5 waktu! Peace!

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *