Assalamualaikum wbt
Terima kasih admin kerana siarkan entri ini. I’m a medical student from public university. Saya mahu berkongsi tips dengan adik2 di luar sana on how my journey to medical school begins.
Percayalah adik2. Kadang2 tu nak masuk medic ni, not totally based on your result. Saya bersekolah di sekolah biasa. SPM saya hanya 5A, Muet band 3, CGPA asasi 3.7+ , boleh masuk medic.
Nampak macam mustahil kan? Mari saya kongsi dengan adik2 semua. Tips ini bukan saja untuk yang nak ambil medic saja, other courses pun boleh amalkan.
1) Niat
Dulu, saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru matematik. Tetapi cita2 ini beralih sejak saya terbaca satu artikel tentang keperluan pakar puan zaman sekarang.
Tak tahu macam mana, tanpa berfikir panjang, saya terus niat, “Ya Allah, izinkan aku untuk menjadi seorang pakar puan”. Perlu ada niat seperti ini dan niatkan kerana Allah.
Intention plays a big role in your life. If you want to become an engineer, niatkan. Apa2 pekerjaan yang kita minat, niatkan kerana Allah.
2) Taat perintah mak ayah.
Saya macam adik2 juga. Bila masa habis SPM je, pakat nak apply oversea. Saya mengaku, dulu pun saya begitu. Saya nak apply ke Turki waktu tu. Jadi adik2, tak salah nak apply ke oversea.
Yang salah tu bila adik2 tak bincang baik2 dengan mak ayah. Waktu tu, mak saya kata tak payah apply, jangan nak buat keputusan yg terburu-buru. Even ada terselit argument sikit2.
Tapi, saya akur. Dan alhamdulillah, dapat tawaran masuk matrikulasi dan asasi. Dapat masuk asasi dengan 5A? Saya pun tak tahu macam mana. Bukankah redha Allah terletak pada keredhaan mak ayah?
Taat pada perintah mak ayah selagi dalam batas syariat. Bila saya buat macam ni, saya lihat urusan saya dipermudahkan oleh Allah SWT.
3) Solat sunat
Adik2 kena jaga solat sunat dhuha. If tak start lagi, start buat sekarang. If tak constant, from now onwards, please be constant. Saya start buat solat sunat dhuha sebab kawan ajak.
Percayalah, lama-lama ia akan jadi kebiasaan pada diri kita. Selalukan juga buat solat hajat. ALLAH suka amalan yang sedikit tapi berterusan. Cubalah. Nak tambah solat tahajjud, solat sunat taubat, silakan.
Lagi banyak buat, lagi Allah suka. Tapi harus istiqamah. Peranan adik2 juga untuk pilih kawan2 yang baik yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Join usrah. Tambahkan kenalan yang baik2.
4) Doa
Doa dengan bersungguh-sungguh adik2. Menangis2 pun takpe. Kita doa supaya Allah beri apa yang terbaik buat kita. Allah Maha Mendengar adik2. Dalam doa, kita tarik aura positif.
Ingat lagi Law Of Attraction? Semakin kita positif dengan Allah, InshaAllah Allah akan kabulkan doa kita dan itulah yang terbaik. Kalau tak dapat medic, jangan berputus asa adik2.
Banyak lagi kos yang kita boleh pilih. Tak semestinya medic tu terbaik buat kita. Minta doa mak ayah dan orang sekeliling. Ini sangat penting. Ada keberkatan dalam doa mereka.
Kita tidak perlu sombong dan ringankanlah mulut untuk selalu mendoakan orang lain. Jaga hubungan dengan mak ayah, kawan2 dan lain2.
5) Tinggalkan maksiat
Adik2 pernah tak rasa hati ni tak tenteram? Pernah tak terfikir hati tak tenteram disebabkan dosa? Baiklah, saya cerita sikit. Since saya tak pernah couple, tapi pernah diminati seseorang.
Walaupun begitu, hati saya cepat terusik dengan benda2 macam ni. Jadi, fikiran saya jadi melayang, tambah pula ada kawan bagitahu ada orang minat dekat saya, time tu nak dekat SPM, can you imagine that?
Fikiran saya entah kemana. Sasaran 9A dah tak nampak. Asyik fikir soal hati. Dan akhirnya, end up with nothing pun. Dia suka kita, tapi actually dia tak serius pun nak dekat kita.
Jadinya, pada satu hari saya terduduk dan mula berfikir, saya hanya buang masa berfikir soal ini dan saya harus tinggalkan dia kerana Allah. Lepaskan dia. Hati kita akan tenteram.
Lain lah kalau ada orang yang betul2 serius nak dekat kamu, dan kalau betul serius pun dia akan mendahulukan wali. Jadi, inilah kepentingan tinggalkan maksiat dan move on!
Hati akan tenteram jika kita tinggalkan larangan Allah. Tinggalkan maksiat, mudah Allah nak kabulkan doa dan mudahkan urusan kita.
6) Usaha
Semasa di asasi, alhamdulillah setiap sem 3.6 ke atas. Even tak 4 flat sekalipun, sekurang-kurangnya kita usaha lebih. Usaha selagi terdaya adik2. Ubah persepsi diri dan masyarakat.
Adik2 yang sedang belajar di asasi/matrikulasi, bila bercerita tentang kunci kejayaan, semua orang dah tahu. Usahalah yang terbaik. Jangan difikirkan apa keputusannya.
Sering berguru. Sering bertanya. Bantu kawan2, kita tak nak berjaya sorang2. Berjaya sama2.
7) Berfikiran positif
Allah adalah seperti apa yang kita sangkakan. Benar. Saya sangat bersangka positif dan yang baik2. Dengan harapan agar Allah makbulkan doa saya dan memberi yang terbaik.
Dan, selain bersangka baik dengan Allah, saya cuba didik hati saya bersangka baik sesama manusia. Kerana apa? Hati yang bersih, senang ilmu nak masuk.
8) Bersyukur
Jarang kita bersyukur dengan rezeki Allah. Adik2, dapat 1A dalam SPM pun kena bersyukur. Bersyukur adalah satu nikmat yang tak semua orang dapat. Walaupun tak 4 flat, bersyukur juga.
Ucaplah tahniah pada diri sendiri kerana sudah buat yang terbaik. Jangan merungut kenapa Allah tak beri apa yang kita inginkan. Kita syukur, kita akan bahagia.
9) Solat fardhu awal waktu
Solat di awal waktu ni kena jaga sangat2. Kita jaga solat, Allah pelihara kita, mudahkan urusan kita, dan banyak lagi. Tak rugi pun solat awal waktu. Cuma nak kena mujahadah sikit lah.
Bukan ke dunia ini tempat untuk bersusah payah? Bersabarlah dalam taat perintah Allah.
10) Interview
Masa interview medic ni, banyakkan selawat atas Nabi SAW. Istighfar banyak2. Dan paling penting sentiasa senyum kepada interviewer. And keep positive.
You must know your own potential. Confident dengan jawapan kita walaupun nampak macam tak betul (haha).
Journey yang dimaksudkan adalah perjalanan saya selepas SPM sehingga diterima masuk ke fakulti perubatan. Saya tidak tahu mana rezeki itu datang.
Tapi saya yakin, 10 tips inilah yang saya amalkan sehingga saya diterima masuk dalam medic. Saya tak kata kena dapat result macam saya, buat lah yang lebih baik daripada saya.
If you guys want to join the club, silakan. Tapi, jangan sesekali pandang rendah pada orang lain/kos lain. Saya pelajar biasa2. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua.
– J
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit